Kekuatan tu Perlu Dicari

Sunday, September 30, 2007



This Message is dedicated for Hafizah and for reader yg tengah membaca skrg nih,

Baru ni ada lah sorang sahabat saya kate yang dia takut untuk menghadapi exam sbb blum prepare lagi.Emm,saya pun *celoteh sini,celoteh sana* akhirnya naik le semangat dia,tp dia kate naik SIKIT je semangat dia.Hampeh tui dia ni!

Tapi saya tak kisah pun,sebab saya sendiri berterima kasih buat dia sbb kalu bukan krn dia,maybe mumtaz tu dh takder dlm genggaman saya.Anyway yg nak diceritakan bukan ini..

Perasaan takut tu mmg beser terjadi dikalangan pelajar.Dan ia sesuatu tindakan yg positif. Saya sendiri takut dan takut sngt!!Kalau exam akhir tahun ni saya x sebaik yg awal tahun punyer. Tapi saya teringat sesuatu yg penting..iaitu Cita-cita saya.Kalau saya x berusaha dr sekrang, habis bila lagi??Dan tiap kali saya terasa putus harapan,lemah,x bersemangat..saya akan terfikir inilah mehnah perjuangan.Menuntut ilmu adalah perjuangan bukan??

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang
..
Memang benar,menuntut ilmu x pernah best spt bestnyer juadah buke poser.Tapi kita kena ingat! Kita adalah orang yang berjuang,Kalau setiap detik kita rasa senang itu bukanlah jalan seorang pejuang..Sepertimana kita berkorban,sesuatu yg plg sukar utk dilakukan..
Tetapi, kadang2 saya terus bertahan dlm melayani kerenah ujian yg tdk serik menimpa, namun semangat saya sering luntur.Saya terasa sangat lemah untuk berusaha,Kadang di penghujung solat saya..entah berapa garisan airmata yg menjulur keluar..Betapa saya tdk bersemangat..Hanya Allah shj yg tahu bgaimana perasaan saya..Alhamdulillah,dgn restu dan keberkatan dr Allah SWT, saya berjaya mencari secebis semangat utk keluar kembali menemui wajah2 huruf yg menunggu utk dibaca dgn penuh khusyuk dan taat.

Actually,saya teringat kata seorang teman yang juga pernah merangkap ketua saya,dia pernah berkata "Semangat tu kita sendiri yang kena cari!Kalau kita x nak,org kasi semangat pun kita x kan bersemangat!"Dan saya sendiri berpendapat yang kata2 ni btullah jugak.Dh mmg diri sndiri yg x mau,nk buat camna dh...

Akhir skali..Hafizah!!! Don't give up and terus berusaha lagi...And for Adawiyah and khadijah.. Apesal malas sngt!!Malas itu bukan sikap seorang pejuang tau tak???Kalau anda terasa diri anda seorang hamba yang setia berjuang..tahanlah perasaan malas kalian tuh!!Korban lah skit mse tgk tv tuh...Gurau tp benar..

Perjalananmu masih jauh

Saturday, September 29, 2007


This is for my friends..
Good luck in your journey and may Allah always blessing you in whatever you do.And remember that Jihad is not easy as you think.

Look out my friend!!
There are more difficult than what've we through now.Nobody knows what will we going to face tomorrow.But i know thats life not easy.

Keep straight on!
And never pass under the yoke!!

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..











Solat Sunat seharusnya diamalkan

Friday, September 28, 2007


Sebelum dan selepas solat fardhu kita disunatkan untuk solat 2 rakaat.Ini jarang sekali diamalkan oleh kita.Tetapi sepatutnya kita mencuba dahulu ! Bagaimana ntah rasanya..
"Sungguhpun Allah memberi ni'mat kepada Hambanya yang dikehendaki.."
Saya tahu ..anda tentu mahu sekali melakukannya tetapi biasalah perasaan malas tu hadir kan.Jadi kita kene paksa sebenarnya diri kita untuk melakukannya..
Walau tak ikhlas dalam keadaan terpaksa ttp kita hendaklah jadikannya sbg perkara biasa. Dan akhirnya jiwa tulus akan mula terdetik di hati kita.Allah tidak melihat pada sesuatu yang hadir tanpa usaha.. Walau kita ashik berusaha tp tak ikhlas langsung.Sungguhpun kita mencuba dan nilai usaha itulah yang Allah nilai.
Tiap kali anda merasa penat melakukannya fikirlah bahawa Allah tahu yang kamu cukup berusaha melakukannya dan Allah amat menyintai kamu.Dan teruskanlah solat sunat tersebut demi Allah Subhanahu Wataala.
Adakah kalian tahu Apa sebenarnya makna disebalik solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?Hah!Sebenarnya Solat sunat sebelum adalah sbg persediaan kita untuk bertemu Allah di dalam solat fardhu.Sebagaimana kita mahu memasak.Kita akan sediakan barang2 yang cukup sblm mula masak.Dan kita akan pastikan yang hidangannya Perfect!
Dan solat sunat selepas adalah sbg Perhiasan kpd solat fardhu yang kita tunaikan.Ataupun kita boleh menjadikannya sebagai memohon maaf krn tidak menunaikan solat fardhu td dengan sempurna..banyak terfikir dan terleka dengan mende lain..
Akhirnya..serasikanlah diri anda dengan ibadah kepada Allah SWT..Ingat Paksa diri jangan Manjakan diri!!

Ingin Mencari Nilai Iman?

Cubalah kalian mengambil Pasu kaca yang halus dan yang tercantik di rumah anda.Dan bersihlah kotoran yang ada padanya.Semestinya anda membersihnya dengan berhati-hati. Takut terjatuh atau terguris yang boleh mencacatkan rupa pasu tersebut.Dan saya nasihatkan agar sentiasa membersih pasu tersebut agar tidak meninggalkan kotoran yang tidak mampu untuk dibersihkan lagi.

Tidakkah anda terfikir disebaliknya.Begitulah diibaratkan Iman kita yang terlalu nipis dan amat mudah tercarik oleh sekali petikan dunia yang menggoda naluri kita sebagai manusia. Inilah nilai Iman..Sesuatu harta yang berharga dan kita tidak mahu kehilangannya atau merosakkannya sedikit pon.
Iman yang harus kita bersih dan sucikannya dr hari ke hari agar tidak meninggalkan kotoran yang terlalu sukar untuk dibersihkan {DOSA}.Dan untuk membersihkannya pula bukan satu perkara yang mudah!Harus dibersih dengan berhati-hati dan dengan cara yang betul.Bukan seperti membasuh sudu atau garfu yang bila terjatuh tidak akan patah.
Saudaraku sekalian..
Iman kitalah yang menjadi saksi di hari akhirat kelak.Apakah sentiasa kita menjagainya atau sering membiarkannya.
Dalam Kitab Muzakarah Tauhid Wal Firqh ada menyatakan..
  • "Setiap apa yang berlaku dihadapan kita adalah sebagai petunjuk dari Allah SWT agar kita berfikir dan mensyukurinya diatas hidayahNya buat Para hamba."
  • "Al-quran meninggalkan begitu banyak persoalan adalah untuk menyuruh Akal kita berfikir sebagai tanda hormat kepada akal kita."
  • Firman Allah Ta'ala "Ambillah renungan terhadap segala apa yang ada di langit dan di bumi"

Oleh itu saya menyeru kpd sahabat2 semua..buat lah kesimpulan dan banyaklah berfikir diatas segala sesuatu yang berlaku samada dilihat ,didengar atau kita sendiri melakukannnya.

Kuliah Ramadhan [Taubat]

Sunday, September 16, 2007




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Petikan Hadith dr:Hamidah blog

Dalam sebuah hadis qudsi,Allah s.w.t berfirman (bermaksud)


"Aku cintakan tiga jenis manusia,tetapi aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya,iaitu::
  • "Aku cintakan orang bersifat pemurah,tetapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah"

  • "Aku cintakan orang yang rendah hati/diri.tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati"
  • "Aku cintakan orang yang bertaubat,tetapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat"


Berdasarkan hadith tersebut kita sudah boleh memahami sejelas-jelasnya apa maksud yang tersembunyi disebaliknya.Dan kalau anda mahu penerangan yang selanjutnya bolehlah mengunjungi blog sahabat saya http://hamhar0210.blogspot.com/ .

Namun disini ingin saya ulas atau bicarakan seddikit mengenai perenggan yang ketiga iaitu Allah cintakan orang yang bertaubat tetapi lebih mencintai orang muda yang bertaubat.

Sememangnya kebanyakan manusia menganggap bahawa kematian di usia remaja hanya jarang-jarang berlaku dan setengah orang menggapnya hanya satu kebetulan.tetapi apakah kita sudah mengira bahawa bilakah masanya kematian tersebut akan menjelma pada diri kita sendiri?

Diperingkat remaja atau golongan muda,sudah menjadi fitrah bahawa darah golongan muda ini membuak dgn nafsu keduniaan dan kebebasan.Kepentingan dunia lebih terpancar sinarnya daripada sinar akhirat di mata anak-anak muda.Dan golongan inilah golongan yang terlalu sukar untuk bersedia menuai baja didunia dan menyemainya di akhirat kelak.

Sperti barang yang jarang ditemui,apabila dilelong pasti tinggi nilainya.Begitulah dgn iman yang ada pd diri anak muda..Ia sesuatu yang jarang berlaku dan hanya berstatus minoriti,dan apabila ia iman itu ada dan kuat maka itulah yang paling tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Jadi,kesimpulannya disini janganlah seskali kita mengganggap bahawa umur muda bukanlah sesuatu masa yang mustahil untuk ditimpakan sesuatu keatas kita.Boleh jadi kita koma atau sakit [yang teruk]diusia muda dan meninggal dunia pd usia tua,hinggakan dari muda lagi kita tak sempat untuk beribadah kpd Allah SWT.

Sekian,Wallahualam

What's going on??

Thursday, September 13, 2007

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya(berlaku kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. ( At-Taubah : 67 )


Pelik argh!! Tazkirah HARAM..Malaysian idol,audition,akademi fantasi n program maksiat lain HALAL..akal ni dh xleh pikir!!!ARGHH



Pristiwa 21 Sha'aban1428 II

Friday, September 07, 2007

Sambungan dr Kisah Ustaz ...

Ketika menunggu detik nafas terakhir, Ustaz masih segar berbaring tubuh.Bibirnya tidak berhenti berzikir dan bertakbir. Saat itulah,Ustaz suruh adik iparnya untuk baca Quran di telinganya.Seraya alunan suci itu,ustaz berkata "2 malaikat datang mencabut nyawanya.." lantas bertakbir beberapa kali.
Dirumah kayu yang terletak tepat bersebelahan surau yang masih belum siap dibina, beberapa insan menyaksikan seorang wali Allah bertarung dengan mati.termasuk ustaz yang mengajar di mdq sendiri.

Ustaz Mad tidak pernah menjejak kaki ke Ka'abah yang mana ustaz terlalu berkehendk utk menunaikan haji di sana.Menemui janji dari kekasih yang terlalu ustaz cintai lebih mendahlui impian ustaz.Tapi,Dgn izin Allah..telah dipertunjukkan kpd ustaz mad keaadaan di Makkah.dan ustaz sendiri menceritakan perihal rupa bentuk dan keadaan kaabah sblm menghembus nafas terakhir seolah2 ustaz telah pergi ke makkah dan meneliti satu persatu apa yang tergantung di permukaan bumi yang paling mulia itu.Barakallahu Alaih..

Tu baru satu mende pelik yang berlaku..

Dikatakan Setelah ustaz menghembus nafas terakhir,hujan rahmat terus turun membasahi kawsn kampung yang ditarbiyah ustaz mad melalui kuliahnya di surau2 dan masjid2.Dan hujan tersebut tidak terkena pd tmpt lain.hujan rintik2 dibalik awan cerah hanya sebentar berlaku..
Diturunkan oleh Allah sekali lagi pd malam tersebut setelah selesai solat jenazah..Dan mase tu saya sendiri dh berada di hadpan dapur rumah ustaz...

Crite di Hospital...
2 orang tukang pegang kain kapan ustaz telah meninggal dunia pada keesokannya dan yang tukang ptong telah meningal 2/3 hari lepas ustaz mad.

Inilah yang saya tahu setelah diceritakan oleh ustaz Hanafiah.Begitu banyak kelebihan yang telah Allah SWT berikan kpd Allahyarham Ustaz Mad.Moga2 Bersemadinya jasad seorang Wali Allah,moga2 Allah melahirkan lebih banyak lagi walinya dimuka bumi ini bagi mempertahankan agamaNya di dunia yang begitu fana...

Dan yang paling saya kagum skali......

Seblm meninggal,Ustaz Mad bersuara mengatakan "Baginda Rasulullah SAW datang menjemput.."

ALLAHUAKABAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

Pristiwa 21 Sha'aban1428

Thursday, September 06, 2007


Diambang waktu yang kian suntuk,memanggil senja untuk datang.namun ditarikh tersebut langsung tidak memberi secebis kesempatan untuk dirasai embun jantan keesokannya bagi insan kesayanganku, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Sulong, yang pergi mengadap Rabbul Jalill pada 4 septmbr2007 bersamaan 21 shaaban 1428.

Entah kenapa mata ini seakan-akan menyekat air mata untuk mencurah diatas pemergiannya, Rasa tidak percaya, Menyesal.. dan menyesallll.... Langsung tiada settis airmata..tapi mengapa?
Sedang insan itu adalah merupakan ustaz yang paling kukagumi!!

Ah..Tarikh 27/7/07 yang bernoktah di muka kitab Tauhidku masih dirasakan baru kelmarin ustaz menjejak kaki masuk ke kelasku..Perjalanan hidup bersamamu Ustaz langsung tidak kami hargai..
Dulu..tiba madah ustaz..kitorang asyik berdoa agar ustaz x dtg mengajar sbb kitorg malas nk bljar.tp dr dulu ustaz x prnh miss skalipon madah ustaz..sakit pon tetap mari ngajor..
Bla2 ustaz mengajor dgn bahasa klasik ustaz..Kitorang tido tanpa sdikit pon menghargai pengorbanan ustaz yang datang ke MDQ yang lebih kurang setengah jam perjalanannya dr rumah ustaz.,MAAFKAN KAMI USTAZ.....

Segala gurau senda kita bersama..Bahas2 tntang agama..kdg bergaduh mempertahankan hujah msg2..tetap segar dlm lintasan ini..dan tetap kami junjung hingga akhir hayat kami ustaz!!

4 all student!!Seminggu sblm ustaz pergi..Die pesan..
"Belajar molek..smpai Mesir..."

Especially 4 thanawi 1 zakiah..yang duk tido sokmo dlm kelas..bising mase ustaz ngajor..lepah nih blajor molek...

And psl kejadian pelik psl kematian ustaz..esok ana post entry tntg kejadian pelik tuh.!!! baca Tau.. khas untuk golongan yang ingin mencari keinsafan!!