Kuliah Ramadhan [Taubat]

Sunday, September 16, 2007




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Petikan Hadith dr:Hamidah blog

Dalam sebuah hadis qudsi,Allah s.w.t berfirman (bermaksud)


"Aku cintakan tiga jenis manusia,tetapi aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya,iaitu::
  • "Aku cintakan orang bersifat pemurah,tetapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah"

  • "Aku cintakan orang yang rendah hati/diri.tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati"
  • "Aku cintakan orang yang bertaubat,tetapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat"


Berdasarkan hadith tersebut kita sudah boleh memahami sejelas-jelasnya apa maksud yang tersembunyi disebaliknya.Dan kalau anda mahu penerangan yang selanjutnya bolehlah mengunjungi blog sahabat saya http://hamhar0210.blogspot.com/ .

Namun disini ingin saya ulas atau bicarakan seddikit mengenai perenggan yang ketiga iaitu Allah cintakan orang yang bertaubat tetapi lebih mencintai orang muda yang bertaubat.

Sememangnya kebanyakan manusia menganggap bahawa kematian di usia remaja hanya jarang-jarang berlaku dan setengah orang menggapnya hanya satu kebetulan.tetapi apakah kita sudah mengira bahawa bilakah masanya kematian tersebut akan menjelma pada diri kita sendiri?

Diperingkat remaja atau golongan muda,sudah menjadi fitrah bahawa darah golongan muda ini membuak dgn nafsu keduniaan dan kebebasan.Kepentingan dunia lebih terpancar sinarnya daripada sinar akhirat di mata anak-anak muda.Dan golongan inilah golongan yang terlalu sukar untuk bersedia menuai baja didunia dan menyemainya di akhirat kelak.

Sperti barang yang jarang ditemui,apabila dilelong pasti tinggi nilainya.Begitulah dgn iman yang ada pd diri anak muda..Ia sesuatu yang jarang berlaku dan hanya berstatus minoriti,dan apabila ia iman itu ada dan kuat maka itulah yang paling tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Jadi,kesimpulannya disini janganlah seskali kita mengganggap bahawa umur muda bukanlah sesuatu masa yang mustahil untuk ditimpakan sesuatu keatas kita.Boleh jadi kita koma atau sakit [yang teruk]diusia muda dan meninggal dunia pd usia tua,hinggakan dari muda lagi kita tak sempat untuk beribadah kpd Allah SWT.

Sekian,Wallahualam

0 Komentar: