Solat Sunat seharusnya diamalkan

Friday, September 28, 2007


Sebelum dan selepas solat fardhu kita disunatkan untuk solat 2 rakaat.Ini jarang sekali diamalkan oleh kita.Tetapi sepatutnya kita mencuba dahulu ! Bagaimana ntah rasanya..
"Sungguhpun Allah memberi ni'mat kepada Hambanya yang dikehendaki.."
Saya tahu ..anda tentu mahu sekali melakukannya tetapi biasalah perasaan malas tu hadir kan.Jadi kita kene paksa sebenarnya diri kita untuk melakukannya..
Walau tak ikhlas dalam keadaan terpaksa ttp kita hendaklah jadikannya sbg perkara biasa. Dan akhirnya jiwa tulus akan mula terdetik di hati kita.Allah tidak melihat pada sesuatu yang hadir tanpa usaha.. Walau kita ashik berusaha tp tak ikhlas langsung.Sungguhpun kita mencuba dan nilai usaha itulah yang Allah nilai.
Tiap kali anda merasa penat melakukannya fikirlah bahawa Allah tahu yang kamu cukup berusaha melakukannya dan Allah amat menyintai kamu.Dan teruskanlah solat sunat tersebut demi Allah Subhanahu Wataala.
Adakah kalian tahu Apa sebenarnya makna disebalik solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?Hah!Sebenarnya Solat sunat sebelum adalah sbg persediaan kita untuk bertemu Allah di dalam solat fardhu.Sebagaimana kita mahu memasak.Kita akan sediakan barang2 yang cukup sblm mula masak.Dan kita akan pastikan yang hidangannya Perfect!
Dan solat sunat selepas adalah sbg Perhiasan kpd solat fardhu yang kita tunaikan.Ataupun kita boleh menjadikannya sebagai memohon maaf krn tidak menunaikan solat fardhu td dengan sempurna..banyak terfikir dan terleka dengan mende lain..
Akhirnya..serasikanlah diri anda dengan ibadah kepada Allah SWT..Ingat Paksa diri jangan Manjakan diri!!

0 Komentar: