Love 'em All!!!

Sunday, October 07, 2007







Ni lah Gmbor pljor2 thanawi satu..Baik2 jer muke diorg kan?Mestilah..They all my friends.. Yg atas skali tu kelas Thanawi satu Najihah..Tu teacher Zalina..And yg second tu my class, bersepoh benor lah kelas..padat sngt.Tu pon terpaksa terajang2 je kerusi nk amik gmbr sbb nk cepat.. And yg tu Cikgu Salina..Very kind person laa..never miss her class!!Respect argh kt dier ni sorang.


Yg bawah skali tuh..My beloved friends..Sorang je yg x masuk dlm picture.die melencong tah kat mane mase tuh.Anyway..Ambe harap ni lah kawan dlm lena,dlm jaga,dlm mimpi dan kawan dunia akhirat!!

Kekuatan tu Perlu Dicari

Sunday, September 30, 2007



This Message is dedicated for Hafizah and for reader yg tengah membaca skrg nih,

Baru ni ada lah sorang sahabat saya kate yang dia takut untuk menghadapi exam sbb blum prepare lagi.Emm,saya pun *celoteh sini,celoteh sana* akhirnya naik le semangat dia,tp dia kate naik SIKIT je semangat dia.Hampeh tui dia ni!

Tapi saya tak kisah pun,sebab saya sendiri berterima kasih buat dia sbb kalu bukan krn dia,maybe mumtaz tu dh takder dlm genggaman saya.Anyway yg nak diceritakan bukan ini..

Perasaan takut tu mmg beser terjadi dikalangan pelajar.Dan ia sesuatu tindakan yg positif. Saya sendiri takut dan takut sngt!!Kalau exam akhir tahun ni saya x sebaik yg awal tahun punyer. Tapi saya teringat sesuatu yg penting..iaitu Cita-cita saya.Kalau saya x berusaha dr sekrang, habis bila lagi??Dan tiap kali saya terasa putus harapan,lemah,x bersemangat..saya akan terfikir inilah mehnah perjuangan.Menuntut ilmu adalah perjuangan bukan??

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang
..
Memang benar,menuntut ilmu x pernah best spt bestnyer juadah buke poser.Tapi kita kena ingat! Kita adalah orang yang berjuang,Kalau setiap detik kita rasa senang itu bukanlah jalan seorang pejuang..Sepertimana kita berkorban,sesuatu yg plg sukar utk dilakukan..
Tetapi, kadang2 saya terus bertahan dlm melayani kerenah ujian yg tdk serik menimpa, namun semangat saya sering luntur.Saya terasa sangat lemah untuk berusaha,Kadang di penghujung solat saya..entah berapa garisan airmata yg menjulur keluar..Betapa saya tdk bersemangat..Hanya Allah shj yg tahu bgaimana perasaan saya..Alhamdulillah,dgn restu dan keberkatan dr Allah SWT, saya berjaya mencari secebis semangat utk keluar kembali menemui wajah2 huruf yg menunggu utk dibaca dgn penuh khusyuk dan taat.

Actually,saya teringat kata seorang teman yang juga pernah merangkap ketua saya,dia pernah berkata "Semangat tu kita sendiri yang kena cari!Kalau kita x nak,org kasi semangat pun kita x kan bersemangat!"Dan saya sendiri berpendapat yang kata2 ni btullah jugak.Dh mmg diri sndiri yg x mau,nk buat camna dh...

Akhir skali..Hafizah!!! Don't give up and terus berusaha lagi...And for Adawiyah and khadijah.. Apesal malas sngt!!Malas itu bukan sikap seorang pejuang tau tak???Kalau anda terasa diri anda seorang hamba yang setia berjuang..tahanlah perasaan malas kalian tuh!!Korban lah skit mse tgk tv tuh...Gurau tp benar..

Perjalananmu masih jauh

Saturday, September 29, 2007


This is for my friends..
Good luck in your journey and may Allah always blessing you in whatever you do.And remember that Jihad is not easy as you think.

Look out my friend!!
There are more difficult than what've we through now.Nobody knows what will we going to face tomorrow.But i know thats life not easy.

Keep straight on!
And never pass under the yoke!!

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..











Solat Sunat seharusnya diamalkan

Friday, September 28, 2007


Sebelum dan selepas solat fardhu kita disunatkan untuk solat 2 rakaat.Ini jarang sekali diamalkan oleh kita.Tetapi sepatutnya kita mencuba dahulu ! Bagaimana ntah rasanya..
"Sungguhpun Allah memberi ni'mat kepada Hambanya yang dikehendaki.."
Saya tahu ..anda tentu mahu sekali melakukannya tetapi biasalah perasaan malas tu hadir kan.Jadi kita kene paksa sebenarnya diri kita untuk melakukannya..
Walau tak ikhlas dalam keadaan terpaksa ttp kita hendaklah jadikannya sbg perkara biasa. Dan akhirnya jiwa tulus akan mula terdetik di hati kita.Allah tidak melihat pada sesuatu yang hadir tanpa usaha.. Walau kita ashik berusaha tp tak ikhlas langsung.Sungguhpun kita mencuba dan nilai usaha itulah yang Allah nilai.
Tiap kali anda merasa penat melakukannya fikirlah bahawa Allah tahu yang kamu cukup berusaha melakukannya dan Allah amat menyintai kamu.Dan teruskanlah solat sunat tersebut demi Allah Subhanahu Wataala.
Adakah kalian tahu Apa sebenarnya makna disebalik solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu?Hah!Sebenarnya Solat sunat sebelum adalah sbg persediaan kita untuk bertemu Allah di dalam solat fardhu.Sebagaimana kita mahu memasak.Kita akan sediakan barang2 yang cukup sblm mula masak.Dan kita akan pastikan yang hidangannya Perfect!
Dan solat sunat selepas adalah sbg Perhiasan kpd solat fardhu yang kita tunaikan.Ataupun kita boleh menjadikannya sebagai memohon maaf krn tidak menunaikan solat fardhu td dengan sempurna..banyak terfikir dan terleka dengan mende lain..
Akhirnya..serasikanlah diri anda dengan ibadah kepada Allah SWT..Ingat Paksa diri jangan Manjakan diri!!

Ingin Mencari Nilai Iman?

Cubalah kalian mengambil Pasu kaca yang halus dan yang tercantik di rumah anda.Dan bersihlah kotoran yang ada padanya.Semestinya anda membersihnya dengan berhati-hati. Takut terjatuh atau terguris yang boleh mencacatkan rupa pasu tersebut.Dan saya nasihatkan agar sentiasa membersih pasu tersebut agar tidak meninggalkan kotoran yang tidak mampu untuk dibersihkan lagi.

Tidakkah anda terfikir disebaliknya.Begitulah diibaratkan Iman kita yang terlalu nipis dan amat mudah tercarik oleh sekali petikan dunia yang menggoda naluri kita sebagai manusia. Inilah nilai Iman..Sesuatu harta yang berharga dan kita tidak mahu kehilangannya atau merosakkannya sedikit pon.
Iman yang harus kita bersih dan sucikannya dr hari ke hari agar tidak meninggalkan kotoran yang terlalu sukar untuk dibersihkan {DOSA}.Dan untuk membersihkannya pula bukan satu perkara yang mudah!Harus dibersih dengan berhati-hati dan dengan cara yang betul.Bukan seperti membasuh sudu atau garfu yang bila terjatuh tidak akan patah.
Saudaraku sekalian..
Iman kitalah yang menjadi saksi di hari akhirat kelak.Apakah sentiasa kita menjagainya atau sering membiarkannya.
Dalam Kitab Muzakarah Tauhid Wal Firqh ada menyatakan..
  • "Setiap apa yang berlaku dihadapan kita adalah sebagai petunjuk dari Allah SWT agar kita berfikir dan mensyukurinya diatas hidayahNya buat Para hamba."
  • "Al-quran meninggalkan begitu banyak persoalan adalah untuk menyuruh Akal kita berfikir sebagai tanda hormat kepada akal kita."
  • Firman Allah Ta'ala "Ambillah renungan terhadap segala apa yang ada di langit dan di bumi"

Oleh itu saya menyeru kpd sahabat2 semua..buat lah kesimpulan dan banyaklah berfikir diatas segala sesuatu yang berlaku samada dilihat ,didengar atau kita sendiri melakukannnya.

Kuliah Ramadhan [Taubat]

Sunday, September 16, 2007




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Petikan Hadith dr:Hamidah blog

Dalam sebuah hadis qudsi,Allah s.w.t berfirman (bermaksud)


"Aku cintakan tiga jenis manusia,tetapi aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya,iaitu::
  • "Aku cintakan orang bersifat pemurah,tetapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah"

  • "Aku cintakan orang yang rendah hati/diri.tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati"
  • "Aku cintakan orang yang bertaubat,tetapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat"


Berdasarkan hadith tersebut kita sudah boleh memahami sejelas-jelasnya apa maksud yang tersembunyi disebaliknya.Dan kalau anda mahu penerangan yang selanjutnya bolehlah mengunjungi blog sahabat saya http://hamhar0210.blogspot.com/ .

Namun disini ingin saya ulas atau bicarakan seddikit mengenai perenggan yang ketiga iaitu Allah cintakan orang yang bertaubat tetapi lebih mencintai orang muda yang bertaubat.

Sememangnya kebanyakan manusia menganggap bahawa kematian di usia remaja hanya jarang-jarang berlaku dan setengah orang menggapnya hanya satu kebetulan.tetapi apakah kita sudah mengira bahawa bilakah masanya kematian tersebut akan menjelma pada diri kita sendiri?

Diperingkat remaja atau golongan muda,sudah menjadi fitrah bahawa darah golongan muda ini membuak dgn nafsu keduniaan dan kebebasan.Kepentingan dunia lebih terpancar sinarnya daripada sinar akhirat di mata anak-anak muda.Dan golongan inilah golongan yang terlalu sukar untuk bersedia menuai baja didunia dan menyemainya di akhirat kelak.

Sperti barang yang jarang ditemui,apabila dilelong pasti tinggi nilainya.Begitulah dgn iman yang ada pd diri anak muda..Ia sesuatu yang jarang berlaku dan hanya berstatus minoriti,dan apabila ia iman itu ada dan kuat maka itulah yang paling tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Jadi,kesimpulannya disini janganlah seskali kita mengganggap bahawa umur muda bukanlah sesuatu masa yang mustahil untuk ditimpakan sesuatu keatas kita.Boleh jadi kita koma atau sakit [yang teruk]diusia muda dan meninggal dunia pd usia tua,hinggakan dari muda lagi kita tak sempat untuk beribadah kpd Allah SWT.

Sekian,Wallahualam

What's going on??

Thursday, September 13, 2007

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya(berlaku kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. ( At-Taubah : 67 )


Pelik argh!! Tazkirah HARAM..Malaysian idol,audition,akademi fantasi n program maksiat lain HALAL..akal ni dh xleh pikir!!!ARGHH



Pristiwa 21 Sha'aban1428 II

Friday, September 07, 2007

Sambungan dr Kisah Ustaz ...

Ketika menunggu detik nafas terakhir, Ustaz masih segar berbaring tubuh.Bibirnya tidak berhenti berzikir dan bertakbir. Saat itulah,Ustaz suruh adik iparnya untuk baca Quran di telinganya.Seraya alunan suci itu,ustaz berkata "2 malaikat datang mencabut nyawanya.." lantas bertakbir beberapa kali.
Dirumah kayu yang terletak tepat bersebelahan surau yang masih belum siap dibina, beberapa insan menyaksikan seorang wali Allah bertarung dengan mati.termasuk ustaz yang mengajar di mdq sendiri.

Ustaz Mad tidak pernah menjejak kaki ke Ka'abah yang mana ustaz terlalu berkehendk utk menunaikan haji di sana.Menemui janji dari kekasih yang terlalu ustaz cintai lebih mendahlui impian ustaz.Tapi,Dgn izin Allah..telah dipertunjukkan kpd ustaz mad keaadaan di Makkah.dan ustaz sendiri menceritakan perihal rupa bentuk dan keadaan kaabah sblm menghembus nafas terakhir seolah2 ustaz telah pergi ke makkah dan meneliti satu persatu apa yang tergantung di permukaan bumi yang paling mulia itu.Barakallahu Alaih..

Tu baru satu mende pelik yang berlaku..

Dikatakan Setelah ustaz menghembus nafas terakhir,hujan rahmat terus turun membasahi kawsn kampung yang ditarbiyah ustaz mad melalui kuliahnya di surau2 dan masjid2.Dan hujan tersebut tidak terkena pd tmpt lain.hujan rintik2 dibalik awan cerah hanya sebentar berlaku..
Diturunkan oleh Allah sekali lagi pd malam tersebut setelah selesai solat jenazah..Dan mase tu saya sendiri dh berada di hadpan dapur rumah ustaz...

Crite di Hospital...
2 orang tukang pegang kain kapan ustaz telah meninggal dunia pada keesokannya dan yang tukang ptong telah meningal 2/3 hari lepas ustaz mad.

Inilah yang saya tahu setelah diceritakan oleh ustaz Hanafiah.Begitu banyak kelebihan yang telah Allah SWT berikan kpd Allahyarham Ustaz Mad.Moga2 Bersemadinya jasad seorang Wali Allah,moga2 Allah melahirkan lebih banyak lagi walinya dimuka bumi ini bagi mempertahankan agamaNya di dunia yang begitu fana...

Dan yang paling saya kagum skali......

Seblm meninggal,Ustaz Mad bersuara mengatakan "Baginda Rasulullah SAW datang menjemput.."

ALLAHUAKABAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

Pristiwa 21 Sha'aban1428

Thursday, September 06, 2007


Diambang waktu yang kian suntuk,memanggil senja untuk datang.namun ditarikh tersebut langsung tidak memberi secebis kesempatan untuk dirasai embun jantan keesokannya bagi insan kesayanganku, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Sulong, yang pergi mengadap Rabbul Jalill pada 4 septmbr2007 bersamaan 21 shaaban 1428.

Entah kenapa mata ini seakan-akan menyekat air mata untuk mencurah diatas pemergiannya, Rasa tidak percaya, Menyesal.. dan menyesallll.... Langsung tiada settis airmata..tapi mengapa?
Sedang insan itu adalah merupakan ustaz yang paling kukagumi!!

Ah..Tarikh 27/7/07 yang bernoktah di muka kitab Tauhidku masih dirasakan baru kelmarin ustaz menjejak kaki masuk ke kelasku..Perjalanan hidup bersamamu Ustaz langsung tidak kami hargai..
Dulu..tiba madah ustaz..kitorang asyik berdoa agar ustaz x dtg mengajar sbb kitorg malas nk bljar.tp dr dulu ustaz x prnh miss skalipon madah ustaz..sakit pon tetap mari ngajor..
Bla2 ustaz mengajor dgn bahasa klasik ustaz..Kitorang tido tanpa sdikit pon menghargai pengorbanan ustaz yang datang ke MDQ yang lebih kurang setengah jam perjalanannya dr rumah ustaz.,MAAFKAN KAMI USTAZ.....

Segala gurau senda kita bersama..Bahas2 tntang agama..kdg bergaduh mempertahankan hujah msg2..tetap segar dlm lintasan ini..dan tetap kami junjung hingga akhir hayat kami ustaz!!

4 all student!!Seminggu sblm ustaz pergi..Die pesan..
"Belajar molek..smpai Mesir..."

Especially 4 thanawi 1 zakiah..yang duk tido sokmo dlm kelas..bising mase ustaz ngajor..lepah nih blajor molek...

And psl kejadian pelik psl kematian ustaz..esok ana post entry tntg kejadian pelik tuh.!!! baca Tau.. khas untuk golongan yang ingin mencari keinsafan!!

Rindunyer Ramadhan!!

Sunday, August 12, 2007

Wachhaaa!!Rinduku makin membuak2 nih..sbulan lagi rmdhn akan menjelang..
Kene la menyusur dari hari ke hari dgn perit penantian yang sarat dgn harapan..moge poser kali ni lebih berkat dr tahun lalu..insyaAllah..RINDUNYERR

Kalau tahun lepas ahli family sumer cukup..tp tahun ni..Aku sorang je!!!Akim gi kuwait 9/9 ni.. lala pi bljr dlm JUNGLE daa..but arif je la duk UMT dekat nge umoh je..But..but..but..
yang speacialnye..tahun ni dpt beraye nge kakak yang lame menghilang..Moge perjalanan kkk pulang karang selamat dr sgl malapetaka bahaya...SEDIH & HAPPY

Sekarang..Ntah.bljr tinggl sbulan lg..tu pon sarat dng progrem.Cadang nk pindah skoloh..Umi dh stuju.tp Abah???Skrg hnye dpt tawakkal btul2..kalau hati abah terbuka nk bagi tukar skul.. maybe Disitu arah perjuangan yang ditetapkan oleh Allah..Tp kalau Abah kater No..how can I say YES..Parent menentukan sgl urusan anak mrk..maybe diorg dh pikir yang terbaik utk anak2 diorang...TAWAKKAL

duk asyik pikir nk tukar skolah..naper ekk?ntah..kdg sayang sgt nk tinggal darul quran yang dh 4 tahun aku singgah kt sini..tp..
Abah asyik tanye.."nk pi UK ke SYRIA nanti?Adah kene bljr molek"..tp skrg hati aku lebih rase mual dgr..mmg aku punye harapan nk ke oversea..ntahlahhhh..
Kalau aku tukar pondok..ke oversea tu xleh jamin mane..tp duk sini..just jd ulat kertas.. Nak au ape ulat kertas??Penuntut skdr nk exam...mmg bkn salah skoloh y lebih menggalakkan bljr untk exam..patut kiter berusaha untuk kekalkan ilmu itu didada..tp nk telaah pon xder mase.. ni kan sbulan lg nk pekse masih sarat dgn program..Tu yang makin buat aku berhasrat tinggi nk TUKAR!!

Lastly..about frenzz..aku ade kawan sorang name ye Syah..nk kater best frenz..not like that..but like speacial frenz laa sbb die lebih tuee dr gue.Honestly..mmg aku sayang kawan aku ni sorang tp..kawan2 aku y lain xsuke tgk aku rapat nge die..Ni yang jd problem nih..
kdg mase mkn ramai2 pon diorg marah aku nge syah..ntah ape silap ntah..smlam aku main msg nge shbt aku sorang tu..punyernye die marah kat aku..at last die kate "Kalau mung dk layan ye dulu..dokkan jd gini!!"..nk nangis rase dgr..but she still my frenz..mmg patut die kate gitu sbb aku bnyk abaikan die coz syah..
pernah aku biar die tido sorang2 sbb g meeting syah..padahal aku pujuk die teman aku smpai die x balik umah nk teman aku..berdosenye aku kat kawan aku nih!!!

and..kesimpulannya.aku akan cuba discuss nge syah sal nih..mngkn ade penyelesaian antara kitorang..manekan xnye setiap masalah pasti ade jalan keluar..bukan tembor lari..dan biar org lain yang tanggung.
hubungan aku nge syah nih terpaksa di-kan..bkn putus..tp slow lah..sbb..aku nge die pengawas. x molek org melihat.apetah lg dgn keadaan kucar kacir dgn kawan2 aku..I"M SORY SYAH!

And for my teacherss MDQ..nk mintak sori nih..kalau ade aku y nakal nih menggusik hati yang dh banyk terluka melayani kerenah pljr..SAYANG USTAZAH!!

tak lupe buat teman2 thnw I,adik2 i'd III,kkk2 thnw dan adik2 i'dadie..mintak maaf sumer!! aku syg korang..
Kawan2 aku..ateh,adawiyah,wanie,hasanah,wahed,ibah,joh,timah,natrah,nor,tiah, and ya..
Aku sayang korang mcm adikbradik aku sendiri..

And special case..

TEman seperjuangan aku..Puok2 pengawas..
diri ini nak mintk maaf dr hujung rmbt smp hujung tumit klu ade silap faham yang membuatkan setgh kalngn kite yang membenci diri ini...maaf..

Lord Of Ramadhan by CoTu

Friday, August 10, 2007



Ramazan’ın efendisi
Bana ışığı gösterdin
İlk günden son güne kadar
Cennetin sanki o kadar yakında ki
Varlığını hissedebiliyorum
Gündüzümde ve gecemde
Geleceği dolduruyorum
Bu kadar doğru ve gerçek sözlerle

Ramazan ruh’ul Rahman
Ramazan şehr’ül Kur’an
Ramazan feyz’ül Mennan
Fütihat fih’il cinan

Ya Ramazan seni bekledik
Dört gözle hadi gel dedik
Doyamadım senin Rahmetine
Dayanamadım senin hasretine
Allah (SWT), yağdır şefkatini
Allah (SWT), dindir derdimizi
Gelmiş Ramazan’ın ilk on günü
Nurlandırdı kalplerimizi
Şefkat yağdı üzerimize, günlerimize
Rahman ismini bize göster
Bize göklerden indir cümlemize yine bu sene
Hamdolsun sana Yaradanım…
Şeytanları zincire bağladın…
Hamdolsun sana Yaradanım
Günleri geçmesin hiç Ramazan’ın…

Ramazan ruh’ul Rahman
Ramazan şehr’ül Kur’an
Ramazan feyz’ül Mennan
Fütihat fih’il cinan

Ramazanin meyveleri daha tesis edilmemiş
Biz bir nehiriz hiç bir yere akmayan
Bir gemiye binip bize gel ve Allah (SWT)’a pişmanligini göster
Sonsuza kadar O’nun adı ile yaşa ve O’na bağlı kal
Günahlarindan pisman ol Allah (SWT) seni af eder.

Ramazan ruh’ul Rahman
Ramazan şehr’ül Kur’an
Ramazan feyz’ül Mennan
Fütihat fih’il cinan

Sedarkah kita?

Thursday, June 21, 2007



HARI KIAMAT akan SEGERA TIBA dan batu bintang akan terbit, AL QURAN akan hilang dan matahari akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia akan panik".Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti HAWA NAFSU dalam jiwa. Dan Barangsiapa yang menyebarkan ayat ini kepada teman-teman atau Masyarakat Islam sekitarnya.. " SEBARKANLAH AJARANKU WALAU SATU AYAT PUN" (Sabda Rasulullah S.A.W) "Nescaya ALLAH S.W.T memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab}

Dan

tahu tak!! bahawa matahari kita sekarang dah menghadap ke barat disebabkan tsunami,matahari dah terbit dari barat di planet marikh dan bulan 10/2007 akan berlaku 2 gerhana (bulan dan matahari) 1 petanda kiamat tiba,jika berlaku zaman ini maka kita adalah umat yang paling dimurkai Allah S.W.T.,sejauh mana kebenarannya hanya Allah S.W.T. yang tahu..tapi sebagai orang Islam.. beringatlah... sebarkanlah biar orang lain juga beringat.. katakan ini dengan jelas , " Ya Allah saya mencintai-MU dan memerlukan-MU, datang dan terangilah hati kami sekarang....!!!"


Result Ambe...

Assalamualaikum...
Hihii..lega rase dpt balik umah.bosan woo asyik duk asrama je..tertekan le jugok..
Ari khamis baru ni Result pekse awal tahun tubik..Bedebor giler dlm seminggu tu..
Tiap ari asyik duk belek markah..kadang duk pikir..
"Boleh dok au mumtaz tahun ni?"
Dari dulu sampai lening..dok sedor 4 tahun dh aku ngaji kat darul quran..Akhirnya dgn keberkatan yang dikurniakan keatas aku..Tahun NI aku disahkan Mengidap penyakit...ehhhh..salllohh!!
Aku telah DiSUREkan yang aku dapat Mumtazah!!! Biarpon sumer ni kebetulan..tp aku syukur sgt2..Alhamdulillah..

Juga sedikit penghargaan aku hadiahkan buat saf asatizah wal ustazaat yang slme ni berkorban utk aku N frenzku..jue sahabat handai y sudi terang-menerang ape y aku dk faham..jue x lupe sape-sape yang mendoakan kejayaan aku..

Akhirul kalam..dihadapan sana masih belum ditentukan..tp dlm pengusahaan..Doakan Aku utk berjaya sepnjg hayatku..Doakan aku agar terus bangkit stlh terjatuh..Doakan Aku andai aku terlupa bersyukur pada Yang ESA..

Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai TARBIYYAH dariNya. Yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih & sayang dariNya. Apa yang didamba selain cinta seorang hamba buat sang PENCIPTA. Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah. Moga kita menjadi perindu syahid sejati. INSYA-ALLAH”

SatU PeNghinaaN !

Thursday, March 15, 2007


{Gambar y dilukis oleh peserta pertandingan melukis karikatur nabi..menunjukkan nabi sedang berdakwah..}
____________________________________________________________


Setelah pernah diwar-warkan di muka akhbar tentang penghinaan melalui karikatur Nabi MUhammad oleh sbuah syarikat Akhbar {jyllands posten } di DENMARK..Malah mendapat satu tentangan hebat dr UMMAT ISLAM sedunia.tetapi golongan tersebut masih lagi menyebarkan picture2 tersebut di rangkaian canggih iaitu internet.
Malah terus melukis karikatur y lebih bnyk lagi sbg satu penghinaan terhadap islam..

Mereka tahu..Ummat islam tdk dibenarkan{diharamkan} mengandai@melakar wajah NABI SAW walau dgn wajah y plg cantik skalipon..
Namun..ape kejadahnye..mereka masih lagi membakar kemarahan dan sensitiviti ummat ISLAM..

Tidakkah ini satu penghinaan y cukup membuakkan kemarahan dihati ummat islam..!!
Sama-sama kita bangkit..moga Allah membalas usaha-2 mrk ini dgn bala y munasabah bg mrk..
"MAZZAKALLAHU MULKUHU" ALLAHUAKBAR!!!


{GAMBAR ORG STICK Y MENGATAKAN "I'M MUHAMMAD"

{PICTURE Y MENUNJUKKAN MEREKA MEMPERSENDAKAN UMMAT ISLAM Y BANGKIT MENENTANG DENMARK KTK MENYIARKAN KARIKATUR NABI SAW}

{GAMBAR Y MENUNJUKKAN NABI SDG MENGEMBALA BIRI-2}

{GAMBAR Y MENUNJUKKAN NABI SAW DIKELILINGI ORG POMPUAN}


{BODOH BTUL SPE Y LUKIS GAMBAR NIH!}


{MENGGAMBARKAN BHW UMMAT ISLAM ADLH SATU ORGANISASI GANAS DAN MENAKUTKAN}


{GAMBAR SALAH SEORG PESERTA PERTANDINGAN KARIKATUR}


{MENUNJUKKAN HUKUM Y DITETAPKAN ALLAH MENZALIMI MANUSIA}


{KUTUKAN TERHADAP HUKUM HUDUD DAN QISAS}




{GAMBR SALAH SATU PESERTA PERTANDNGN KARIKATUR}


{GAMBR SALAH SATU PESERTA PERTANDNGN KARIKATUR}


{GAMBR SALAH SATU PESERTA PERTANDNGN KARIKATUR}


{GAMBR SALAH SATU PESERTA PERTANDNGN KARIKATUR}


{GAMBR SALAH SATU PESERTA PERTANDNGN KARIKATUR}







SecebiS keteNangaN

Tuesday, March 13, 2007


SelaUt kU usiR kEresaHan..
BerMati-maTiaN..
PerTahaNkan SebuaH naMa..
Yg Indah..suKar diTemuI..

PerIt GetiR..
SunGguh teRlalU PagI..
UntUk akU turUt ..daLam PerjuaNgaN ini..

PertaHankaN seUkir Nama..
:::CINTA::::BUAT-NYA:::





For You All

Friday, March 09, 2007

FoR YoU AlL..

Beribadah tidak kira waktu..
Namun ibadah dibulan ramdhan
lebih terasa nikmatnya.

Beribadah biarlah buat Yang SATU..
Tatkala khusyuk..
panah luka tak lagi dirasa.



© KapanLagi.com Click here to get the code

Biodata Rasulullah SAW

Thursday, January 04, 2007


NAMA : MUHAMMAD BIN ABDULLAH

ASAL : MAKKAH AL-MUKARRAMAH

TARIKH LAHIR (ISLAM) : 12 RABIULAWAL

TARIKH LAHIR (MASEHI) : 20 APRIL 571 MASEHI

HARI/MASA LAHIR : PAGI ISNIN, SUBUH, TAHUN GAJAH

TARIKH WAFAT(ISLAM) : 11 RABIULAWAL 11 HIJRAH

TARIKH WAFAT(MASEHI) : 25 MEI 632

NAMA BAPA : ABDULLAH BIN ABDUL MUTALLIB

NAMA IBU : AMINAH BINTI WAHAB

PEKERJAAN BAPA : SAUDAGAR @ PENIAGA

PEKERJAAN IBU : SURIRUMAH

BERAT BADAN : SEDERHANA

TINGGI :+- 2 METER

WARNA KULIT : KUNING PUTIH CERAH

HOBI/MINAT : BERDAKWAH

MAKANAN KEGEMARAN :

  • SUP
  • ROTI MASAK DAGING
  • LABU AIR

MINUMAN KEGEMARAN : SUSU

WARNA KEGEMARAN : PUTIH SUCI

PAKAIAN KEGEMARAN : JUBAH DAN SERBAN

KERJAYA : BERNIAGA

BAHAN BACAAN DMINATI : AL-QURAN

SUKAN KEGEMARAN :

  • LAWAN PEDANG
  • RENANG
  • BERKUDA

ADIK-BERADIK : 1 (TUNGGAL)

BILANGAN ISTERI : 11 ORANG

BILANGAN ANAK : 7 ORANG

NAMA LAIN/GELARAN :

  • AL-MIN
  • ALMUZAMMIL
  • ALMUDDATHTHIR
  • ABDULLAHAN-NUR DAN BANYAK LAGI,,,,,,,


RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud "Tidak akan masuk syurga seseorang itu sehingga dia mencintai aku melebihi ibu bapanya,sanak saudaranya dan dirinya sendiri"


Dan saidatina aisyah berkata : kana khulukuhul quran (akhlaknya adalah seperti al-quran)

Wasiat Rasulullah SAW



Wasiat Rasulullah saw

Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabatnya siapakah diantara kamu yang akan menerima beberapa nasihat dari ku untuk diamalkan atau diajarkan kepada orang-orang yang mampu mengamalkannya.

Seruan itu lalu disahut oleh Abu Hurairah sambil menghulurkan tangannya, kemudian Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah dan beliau menghintung sampai lima lalu beliau bersabda.

  1. Jauhkan dirimu dari segala yang dilarang nascaya engkau akan menjadi orang yang paling abid berbakti antara manusai.
  2. Bersikap rela terhadap apa yang telah dibangkitkan tuhan kepadamu, nascaya engkau sekaya-kaya manusia.
  3. Berbuat kebajikan terhadap tetanggamu nascaya engkau jadi mukmin sejati.
  4. Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang kepada dirimu sendiri sesungguhnya engkau menjadi orang islam yang hakiki.
  5. Jangan engkau terlalu banyak ketawa kerana kebanyakan ketawa itu akan mematahkan hati.


  • Pesanan Rasulullah seterunya ialah sekiranya engkau menjadi raja atau menteri atau datang bertemu raja atau menteri maka janganlah engkau melampaui sirah dan sunnahku kerana barang siapa yang menyalahi sunnahku ini maka dia akan datang pada hari kiamat dikepung api neraka dari segala penjuru. Adil sesaat itu lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya, yang malamnya berisi dengan solat dan waktu siang harinya dengan ibadat puasa.


  • Pesannya lagi katakanlah kepada orang-orang yang beriman yang pernah melakukan dosa-dosa kecil atau besar janganlah mati salah seorang pun siantara mereka sedang ia masih bergelimang dengan dosa-dosa itu. Kerana sesiapa yang menghadap kepada tuhannya dalam keadaan yang demikian itu, maka siksaan atas dosa kecil yang terus menerus dilakukannya itu sama halnya dengan orang menghadap Tuhannya dalam keadaan dosa besar yang terus-menerus dikerjakannya pula.


  • Wasiat rasulullah seterusnya janganlah engkau mencaci-maki keculai kepada syaitan. sesungguhnya jika engkau mati dalam keadaan demikian tangan mu kelak akan dijabat oleh semua Rasul Allah, para nabi Allah dan orang-orang beriman sampai engkau melengkah ke dalam Syurga.


  • Pesanan Rasulullah lagi berjalanlah engkau ke masjid Allah didalam kegelapan malam, sesungguhnya engkau akan diberi Tuhan kebajikan-kebajikan dengan seberat sesuatu yang telah engkau pijak dengan kedua kakimu daro apa-apa yang kamu cintai dan benci sampai kepada tujuh petala bumi.


Wasiat Rasulullah lagi apakah engkau mengharap rahmat Allah di kala hidup, dikala mati, dikala berada dialam kubur dan diwaktu hari hari kebangkitan, maka bangunlah ditengah malam sunyi dan solatlah engkau memohon keredhaan Tuhanmu. semoga apa yang tulis disini akan menjadi panduan untuk kita semua menuju jalan yang diredhai Allah.

Petikan dari Peringatan Sebelum Mati

___________________________________________________________________

Pengajaran dari satu penampar

Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

PENGAJARAN DARI SATU PENAMPAR

.......Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'


Pemergianmu dihayati












GambarII Syeikh Ahmad Yasin...Y syahid ditembak oleh peluru jet pejuang Apache y dipandu oleh juruterbang Amerika.

Syeikh Ahmad Yassin y merupakan Pemimpin Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah {HAMAS} dibunuh pada waktu subuh ketika berangkat pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh dimasjid.

Semoga pemergiannya memberi seribu semangat kepada kita y sempurna tubuh badan.
Walaupun Syeikh Ahmad Yassin seorg y lumpuh,namun kepimpinannya tetap digeruni krn semangatnya dan ucap katanya y begitu mendalam pengertiannya.
Dan Semoga kita pewaris perjuangan akan terus berjuang berkorban demi Islam..

ALLAHUAKBAR!!!