Kehilangan Yang Tersayang

Friday, September 26, 2008



Alfatihah buat ayah sahabat ana En.S0bri(Kuala Ibai) ayah kpd Ainul Mardhiyah (THnw2,DQ) yang telah meninggal dunia baru-baru ini akibat patu-paru berair.

Dikesempatan ini juga ana minta agar kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah buat beberapa org ayah/ibu sahabat ana yang telah kembali kerahmatullah;

  1. Ust.Wahab ayah kpd Hasanah(Thw2,Kubang Tangga,2008)
  2. Ust.Zakaria ayah kpd Nurul Husna(Thw2,Seberang Takir,2008)
  3. Tuan Fauzi ayah kpd Tuan Nadia (Thnw2,2008)
  4. Ust.Mohd ayah kpd Syahieda (thw2,Kuala Berang,2007)
  5. En.Shafie ayah kpd Aisyah (Thw3,Kuala Berang,2008)
  6. Ibu kpd Nurul Aniqah Zakaria(Thw2,2008)

Seterusnya sama-samalah kita doakan mereka selamat sejahtera disana dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

6/37 ahli kelas Thnw2 masing-masing telah kehilangan insan tersayang,pada tahun 2008 telah direkodkan sbg tahun dukacita bagi kami yang turut merasai kesedihan yg sahbt2 kami lalui. Namun ana kagum dgn ketabahan yg dibawa 0leh sbht2 kami spt Hasanah,Husna yg merupakan anak manje la katekan tetapi mampu menerima hakikat yg ayah mereka yg slama ini sering bermanja,bergurau dan bermain sudah pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya.

Akhirkata,ana merakamkan takziah sekali lagi buat sahabat2 ana dan peringatan buat yg masih mendapat kesempatan agar hargailah detik2 bersama yg tersayang,jgn dh terhantuk baru nak terngadah,Sebarang pertengkaran jangan-jangankan!Merajuk dgn mak bapak jauh-jauhkan!

Salam Sayang dr ana,,,

Redha Allah Pada Redha Mereka

Tuesday, September 23, 2008





PETIKAN KATA-KATA ULAMA'



  • Salah satu tanda hampir tibanya detik Kiamat,apabila seorang anak perempuan menengking ibunya sendiri

  • "Janganlah sesekali kamu mengatakan kepada mereka 'Uh' dan jgn pula kamu menangkis mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik" (Al-Ayat)

  • Sungguhpun kamu tidak akan dapat menyentuh syurga melainkan ibu bapa kamu meredhaimu sekalipun kamu mati dalam jihad fi sabil iaitu mati syahid.

  • Taatilah ibubapamu sekalipun mereka menyakitimu,melainkan mereka memaksa kearah maksiat kepada Allah SWT.

  • Sekalipun mereka salah kepadamu,mereka tetap ibu bapamu.Dan jangan kamu menyangka org yang baik shj yg harus kamu taat,akan tetapi taat kpd ibubapamu itulah kewajiban sekalipun mereka salah kerana mereka ibu bapa dan kekal sebagai ibu bapamu!

  • Ibadat seorang anak derhaka tidak sesekali diterima oleh Allah SWT sekalimanapun mereka mendirikan ibadat mahupun berpuasa.

  • Ingat!!Jika kamu bertengkar dengan ayah kamu selama 2@3 tahun,selama itulah ibadat kamu tidak diterima Allah.Dan bila datang hari hisab,kamu datang dengan tiada nilai dengan ibadat yang kamu lakukan semasa mana kamu bertengkar dengan ayahmu

  • "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu"

  • Rasulullah SAW bertanya kpd para sahabat :'adakah ibu kamu masih hidup?',sahabat menjawab;'ya',

    SAW bersabda:'beradalah(duduk) di bawah kakinya(iaitu berkhidmat utknya) dan ganjaran syurga itu pasti untukkmu'.

  • Jika Syurga berada dibawah tapak kaki ibu,Sungguhpun ayah adalah pintu tengahnya. Maka itulah jalanmu ke syurga ,ibu dan bapamu.

  • Satu kisah seorang ayah menadah tangan dan berdoa dihadapan ka'abah dan doanya ;

    "Ya Allah,Aku minta engkau hukum anakku yang telah mencaci dan memukulku"

  • Ibubapa seharusnya mengajar anak takut pada Allah agar mereka tidak seskali berani mengangkat tangan keatasmu.

  • Ibubapa harus mengajar anaknya takut pada Allah agar apabila mereka tua dan tidak mampu bergerak lagi,anak itulah yg akan menjadi bahu yang akan menolong dan berkhidmat utkmu serta mengambil berat terhadapmu.

  • Rasulullah SAW bertanya;'patutkah aku memberitahu kamu tentang dosa yang paling besar?',sahabat menjawab;'Ya',

    Rasulullah SAW bersabda;"Mensyirikkan Allah dan tidak taat kepada ibubapa"

Menghormati Majlis Ilmu

Thursday, September 18, 2008

Drpd Abi Waqid Al-laithi R.A:
Ssghnya Rasulullah SAW tikamana duduk di masjid(Nabawi) bersama-sama manusia disekelilingnya, datang 3 lelaki,,2 drpdnya mendatangi Rasulullah SAW(menyertai majlis),dan seorang lagi pergi (meninggalkan majlis tersebut).Berkata(Abi Waqid menyambung):2 laki itu duduk bersama Rasulullah SAW.Diantara 2 laki itu pula telah melihat tempat kosong dalam bulatan majlis tersebut maka dia memenuhinya dan seorang lagi duduk di belakangnya.Adapun laki yg ketiga berlalu meninggalkan majlis tersebut.

Setelah selesai berucap,Rasulullah SAW bersabda :Adakah kamu ingin tahu mengenai 3 laki-laki? Adapun salah seorg drpdnya mendampingi Allah,maka Allah mendampinginya.Adapun yang lain merasa malu maka Allah malu dengannya.Dan yang lain berpaling, maka Allah berpaling drpdnya.
________________________________________________________________

huraian ; Mengisahkan tentang 3 org laki-laki yg berjalan dan melihat majlis ilmu, 2 drpd laki-laki tersebut ingin menyertai majlis tersebut dan yg sorang laki berpaling dr menghadirinya.Pahtu 2 laki-laki tu duduk la dlm majlis.and then tetibe slh sorang laki tu perasan yg ada tempat kosong dlm halaqah majlis dia pun isi lah tmpt kosong.dan yg sorang lagi duduk kt belakang dia,,walaupun dia merasa malu tetapi dia tetap kekal berada dalam majlis tersebut.

After hbs berucap(maybe mengajar kot)Rasulullah SAW bersabda tentang 3 org laki ni.Seperti hadith diatas la.Yang mana laki yang isi tmpt kosong tu (mendampingi Allah dan Allah mendampinginya) dan laki yang duk belakang tu kekal diadalam majlis sekalipun berasa malu (dan yg lain merasa malu maka Allah malu dengannya) dan yg awal2 lg xmau masuk majlis tu dikatakan (dan yang berpaling,maka Allah pun turut berpaling drpnya)

Wallahua'lam.(Kalu ade silap tlg tegur)
_______________________________________________________________

Adapun syahidnya disini:

Sepatutnya kita menuntut ilmu atas dasar iman dan niat yg bersungguh2 utk tuntut ilmu.Jgn lah kite mendatangi majlis2 ilmu dengan membawa prsn geram andaikata dipaksa(especially bdk sekolah)Sekalipun program yg kita wajib menghadirinya,ubah niat dan betulkannya dengan mengatakan "takkira apa juga jenis majlis tu,aku tetap akan pergi dgn hrpn dpt menimba sdkt sbnyk ilmu drpnya"

2 golongan yg menghadiri majlis ilmu :
  1. Ikhlas utk menuntut ilmu
  2. Dipaksa menghadirinya
Beza diantara 2 golongan ini adlah golongan yang pertama mendapat keberkatan drpd Allah SWT dan lebih disayangi dan lebih pahala.Golongan yg kedua kurang berkatnya.

Dan ingatlah bhw majlis ilmu itu dinaungi oleh sayap para malaikat yang sentiasa mendoakan manusia yg berada di dalam majlis tersebut.

Ana pernah dengar org baca,Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada ertinya Matahri terbit pada hari itu sekiranya aku tidak mendapat ilmu(sekalipun sikit)"


-au kama q0l-

Pelapis Ulama' PAS paling Tidak Memuaskan

Saturday, September 06, 2008

dikemaskini Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.

mohamad sabu 040908 03"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.

"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."

Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.

"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.
Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.

Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu. [LIHAT VIDEO DI SINI]

Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:

Malaysiakini: Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?

Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979. Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.

Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura. Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa.

Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam.Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad.

Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).

Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?

Perlu banyak peningkatan. Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun.

Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.
Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?

Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu.

Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuMasalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?

Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.

Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.

Masalah akses ilmu?

Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan. Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).

Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?

Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan.

Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini. Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...

Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?

Masih mengecewakan saya. Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Kenapa?
Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.

Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...

Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.

Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?

Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya. Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah.Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.

Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...

Tidak ada? Kurang?

Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.

Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".

Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas).

Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.

Antaranya Tuan Haji?

(Ketawa) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)

Mereka ini dapat lingkungan umur?

Bawah 40 tahun.

Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?

Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria.

Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
mohamad sabu 040908 02Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia.

Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan dari India.

Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik.

Lepas itu mereka balik. Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.

Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.

Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.

Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius. Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).

(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.

Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?

Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.

Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.

Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.

Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia.
(Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti).
Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu. Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada.

Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu.

Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?

Fikir Sejenak;Hadith 3

Tuesday, September 02, 2008

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Fikir Sejenak;Hadith 2

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sedekah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”
Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam.
Ii) Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.
Iii) Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.
iv) Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Fikir Sejenak;Hadith 1

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Bersungguh-sungguh Menjalankan Amal
Hadith :
Hadis 1.
Daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w meriwayatkan apa yang diterangkan dalam hadis qudsi, “jika seorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika ianya hampir kepadaku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika ia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari”.
Riwayat al-Bukhari

Huraian
1. Sesorang itu sangat digalakkan untuk mencari keredaan Allah, bukti galakan itu ialah dengan melipatgandakan ganjaran.

2. Setiap orang hendaklah segera berjuang ke jalan Allah supaya Allah lebih cepat lagi memberi balasan yang berlipat ganda kepadanya.