Hukum Suara Wanita

Friday, December 19, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak.Masing2 membawa hujah yg tersendiri.Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain.Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi.Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang,golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan.Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan.Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan.Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.
"Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)
Buat para wanita,mase berbicara dgn ajnabi,jgn nk tackle ayu la plak.Jadi wanita muslimah yg lembut tapi tegas.Halus tapi tidak lemah.Mase cakap tu jgn melencong ke arah yg xperlu. Nanti makin galok dan melarat sehingga timbul perasaan lain.Ni xbetul ni.

Okeylah,,Pasni insyaAllah akan ana kupaskan mengenai SMS dan Chatting.Setia bersame SDC!

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah pagi ni,rase nk mengulas sedutan kisah keluarga sahabat ana mengenai ummi dan abinya memimpin keluarga.Sememangnya tanggungjawab seorg ummi dan abi itu cukup besar dan sukar utk dipikul.Ia harus disusuli dgn strategi yg mantap dan mempunyai ilmu mengenai memimpin keluarga.
Anak-anak ibarat kain putih,Ibu bapa lah yg memcoraknya.Baik buruk anak2 merekalah yg dipertanggungjawabkn.Setengah ibu bapa ada yg terlalu memanjakan anak.dan setengah yg lain ada yg terlalu bertegas dgn anak.Seharusnya kedua2 sikap ini harus diseimbangkan.Dalam manja ada ketegasan.
Kisah ini apabila dicerita oleh sahabat ana,dia menangis teresak2 memikirkn sikap ibu bapanya selama ini.Si ayah hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan mencari nafkah namun tidak mengamalkn aktiviti pentarbiyahan dgn betul terhadap anak2.Dan segala urusan rumah dan pentarbiyahan anak2 diserahkan bulat2 kpd si ibu.

"Tidak pernah gerak pun suruh gi sembahyang,"inilah komentar yg dilontarkn sahabat ana semasa dlm sesi muhasabah.Dan ada yg bertanya apakah abangnya tidak ambil cakna soal solat.
"Bagaimana acuan,begitulah bentuknya.Ayah borek anak rintik".Mahu harapkan abang,mereka semua tidak bertanggungjawab.Bagaimana mrk nk tanam sikap bertanggungjawab spt mengejutkn adik bangun solat sekiranya ayahnya pun tidak pernah berbuat demikian.Fikir2 klu xpernh kejut solat,Pernah x diorang sekeluarga mendirikan solat jemaah?
Tugas tarbiyah anak2 tidak seharusnya diserahkn kpd si ibu 99%.Mmg xkan dpt bentuk anak tu.Ibu dilihat lemah dan sewenangnya shj boleh ditindas krn kelembutan mrk.Ajar mengaji Al-Quran boleh laa,tp nk bentuk anak menjadi seorg yg baik.20% shj boleh dilakukan sekiranya tarbiyah itu diserahkan bulat2 kpd si ibu.

Bagaimana nk bentuk keluarga hasanah,ayah berkerja dan bila balik care hal sendiri.Mase mane dia tarbiyah anak2?Bila anak ada mslh besar spt kes di sekolah barulah ayah ambik tahu.Dan kerjanya hanya marah dan menengking.Tp akarnya semua itu adlh berpunca krn si ayah yg selama ini tidak mentarbiyah dan tidak cakna terhadap anak.

Persoalannya pembentukan keluarga dan anak2 haruslh berpandukan agama.Ibu bapa pun harus ikut agama,ikut bagaimana cara Rasulullah SAW didik anak.Sebab apa kita nk anak kita jd elok?Sebab esok2 dialah yg akan pelihara kita samaada sms tua mahupun di alam kubur.

Tiga yg dibawa ke alam kubur.
  • Sedeqah jariah
  • Ilmu yg diajar
  • Doa anak yg soleh

Terdapat juga kisah seorang akhawat ana,Keluarganya memang berpegang pada Islam.Tapi yang salahnya personaliti si abi dan si umi.Sayugianya seorang abi harus berpersonaliti tegas dan ini wajib.Akan tetapi dalam permasalahan ini,si abi memegang watak lembut manakala uminya tegas dan kuat menengking.(Tau-tau aje la kalau yang mengamuk itu namanya wanita).

Dan akhawat ana ni,menjadi seorang yang bermasalah di sekolah.Gemar melawan akhawat senior.Asatizah pun dilawannya.Percakapannya mengarut dan kurang ajar.Namun ana mengambil inisiatif utk selidik dulu puncanya budak ni jadi begini.

Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang pada agama.Itu sudah okay.Tambahan lagi dia adalah kakak sulong dan mempunyai seorang abang yang turut bermasalah di pondok. Punyai adik namun sering bertengkar.Setelah diteliti,punca yang dapat ana simpulkan adalah silapnya ayah kerana berlembut dgn anak dan hanya menegur dgn cara lembut.Salahnya ibu kerana begitu bengis dgn si anak.

Lihat pada keluarga kita sendiri la.Andaikata umi-umi antum yang bengis serta selalu marah-marah.Antum jugak jadi bengang akhirnya bila sampai tahap menyampah kerana kebiasaan si umi, antum jugak akan mula melawan.Kalau ddari kecik kene marah,dah besar pun kene marah.Anak tu makin keras.

Keadaan akan berlainan kiranya si abi yang berperilaku sedemikian.Kita memandang orang lelaki itu memang tegasnya disitu...........

(Huhu..masa mencemburui.nak pergi sekolah pulak.So pasal artikel ni entum fikirlaa sendiri.)

S0lat Tahajjud

Tuesday, December 16, 2008

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda,

"Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

sumbangan artikel blog cahaya akal - http://mindataqwa.blogspot.com

Ciplak dr Halaqah Online

Analisis Hari Lahir

Monday, December 15, 2008


  • 1, 9 & 24
Umumnya, mereka ini bersifat pendiam dan konservatif.Namun, dengan orang tertentu, mereka cepat mesra.Tapi, mereka yang lahir pada tarikh ini mudah terperasan.Kerana itu, ramai yang tidak menyukai mereka.Namun begitu, mereka tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.Dalam percintaan, mereka sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangan.Tapi perlu berhati-hati kerana kerana kadang kala mereka lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cinta demi persahabatan yang telah lama terjalin

  • 2, 11 & 30
Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

  • 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas mereka yang lahir pada tarikh ini.Tapi, jangan cuba mempermainkan kerana mereka akan mengamuk dengan hebat.Mereka bersifat bijak dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.Tapi dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sukar difahami.

  • 4 & 13
Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

  • 5 & 17
Mereka ini optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderunagn untuk berprestasi.Namun, mereka berwatak keras dan apa yang diingini selalu dipenuhi.Selalu memandang sesuatu daripada segi yang menguntungkan. Sayangnya, mereka suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, perlu berhat-hati kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan.

  • 6, 14 & 27
Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • 7, 28 & 31
Mereka bersifat terbuka, berterus terang dan jujur.Namun, mereka mudah terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan mudah.Cinta bagi mereka diertikan sebagai mengisi masa lapang.Semasa bercinta, mereka sangat berhati-hati dan suka merayu dan jika pasangan berlaku curang, mereka dengan mudah meninggalkannya.

  • 8 & 23
Mereka persifat peramah dan mudah terperasan.Pada teman-teman, mereka bersifat lembut dan bijak.Namun, mereka tersisih daripada teman-teman kerana rasa rendah diri yang tebal.Mereka perlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahu pun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling ketara ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi mereka ini penjimat.Dalam soal cinta, mereka seorang yang tabah dan rela berkorban.

  • 10, 16 & 21
Bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam mencapai cita-cita.Dalam pergaulan sehari-hari, mereka mudah tersinggung.Namun, mereka seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan.Dalam soal cinta, mereka sangat setia dan sebab itulah mereka disenangi.Tapi, mereka mempunyai cemburu yang terlalu tinggi.Jika baik, mereka sangat baik namun jika jahat, mereka sangat jahat.

  • 12 &19
Mereka bersifat suka dipuji.Mereka berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara.Pada dasarnya, mereka suka berdandan dan suka berpakaian rapi.Oleh kerana itu, mereka sering membelanjakan wang untuk menunjukkan penampilannya.Dalam kehidupan seharian, meraka disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijak membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sangat susah dipercayai.

  • 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat riomantis daripada mereka.Mereka tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun, mereka selalu bersikap penuh pengertian apabila menghadapi sesuatu masalah.Mereka sangat benci pada perkara yang berbau keributan atau huru-hara.Dalam soal percintaan, mereka menuntut untuk lebih diberi perhatian namun jarang mengambil berat pada pasangan. Namun, sikapnya disenangi kawan-kawan.

  • 22 & 25
Watak mereka paling susah untuk difahami.Kadangkala meraka disukai kerana kebaikan dan kadangkala dibenci kerana perbuatan mereka.Namun, bagai kawan-kawan mereka merupakan penuh pengertian.Dalam pelbagai situasi, mereka lebih suka merendahkan diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihan pada orang lain.Mereka ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diberi jolokan ‘seniman asmara’.

Kamar Yang Sering Mengintai

Thursday, December 11, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah,,Kali ni dapat jugak ana upgrade sikit entry "Kamarmu Nanti" ini.Baru ni mase posting entry ni,,xder mood nk ulas panjang2.So hari ni ade mood sket rasenye.

Kematian itu pasti,dan hakikat ini semua insan tahu mengenainya dan mengakui bhw akan tiba suatu detik mereka akan pergi meninggalkan dunia yg mereka cintakan dan risaukan ini... Dan disebalik pengakuan mrk,,Mereka ingkar pada Mati.

Bagaimana Keingkaran mrk?
  • Azan mula bergema,mereka masih lagi berlengah dr solat,Boleh jd saat itulah mati menjemput mereka.
  • Mereka berbuat maksiat,dan menyedarinya dan melambatkan taubat mereka,tidak mustahil mati itu mendatangi mrk sblm sempat mrk bertaubat.
  • Mereka melambatkan sesuatu ibadah
  • Serta mempercepatkan amal Kejahatan
  • Mereka tidak bersedia utk menghadapi mati.
Marilah sahabat2ku,kita munasabah diri kita adakah kita tergolong dgn golongan yg ingkar terhadap kematian?Sedarlah bhw umur tidak melewatkn kematian.Kaya tidak menghalang kematian. Sesuatu ajal itu telah ditetapkan oleh Allah SWt,dgn kuasanya lah dilewatkan dan diawalkan ajal seseorng itu.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Sebaik-baik penyedar adalah 'Kematian'.Ingin buat itu dan ini,fikir baik ke buruk!Andai buruk, ingatlah kpd mati.Nescaya sekiranya kamu ingatkn mati dan bertaqwa pdNya,,amalan maksiat itu akan kamu jauhkan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Adakah kita di Saf Awal?

Wednesday, December 10, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Bagaimana sambutan Raya Haji?Moga2 bagi yg berkorban tu agar korban diterima Allah.Dan bagi yg menunaikn haji,moga ianya Haji Mabrur.Alhamdulillah bg titipan kali ni,secara santainya, berkenaan solat jemaah kita seharian.

Fenomena di Darul Quran Banat,Saf awal hanyalah kesukaan bg adik2 i'dadie satu.Kerana musolla yg dhoif,masing2 berebut utk berdiri di bawah kipas.Tanpa mereka mengira fadhilat apakah yg ada pada saf hadapan.

Semasa program Kem Perkaderan Remaja Islam bagi pelajar thanawi yg diadakan pd baru2 ni, ada kisah yg cukup menyedihkan ana.Pada petang tu,ana bergegas ke musolla utk solat asar, memandang ana dh terlewat sdikit,dh ramai ahli jemaah yg dh sampai.Akan tetapi sebaik shj ana masuk ke dalam musolla.beberapa org pelajar yg kate "Sa'adah!Sa'adah!Gi duduk depan oo". Tanpa berkata apa2 lg ketika itu,ana terus meluru ke saf hadapan sekali.

Dengan membawa hati yg cukup terkilan dgn ucapan mereka.Ana mula mengatur kata-kata (separuh bleber).Time tu mereka masih lg suke2 sbb riak wajah ana mase tu mcm gurau kot.Tp diorg xtau yg ana betul2 nk marah.

Slps maghrib,ana mengambil kesempatan utk berucap di depan semua peserta.Mati2 ceramah siap dgn dalil ag.Entahlh samaada diorg ni sedar ke x..Tp slps tu ada yg dtg ckp nge ana ala2 menyesal/sedar sket.Moga Allah bukakan hati mrk.

"Sekiranya Manusia itu tahu apa yg terdapat(fadhilat) pada azan dan pada saf yg pertama. Kemudian mrk xdapati pada diri mereka itu melainkan perlu mandi,lantas mereka mandi. Dan sekiranya mereka itu tahu apa fadhilat pada bersegera(utk solat) lastabaquu alaihi-lupe makne-. Dan sekiranya mereka tahu apa yg terdapat pada a'tamah(solat asar) dan solat subuh -secara berjemaah- maka mereka akan datanginya sekalipun dlm keadaan merangkak."-Wallahu A'lam-
Terdapat juga hadith yg pernah ana dgr.Sekira2 kefahaman ana,"Sekiranya manusia itu tahu kelebihan yg ada pd saf awal,mereka akan mengadakan undian utk itu,,"-Wallahua'alam.
Dan pada siri kuliah Ust.Khalil ada menyebut tntg solat di saf awal.iaitu Malaikat mendoakan org yg solat di saf awal.Apa yg penting,kita harus sedar dan fikir betapa bnyk peluang yg Allah SWt berikan kpd kita. Tetapi bergantung ke atas kita utk merebutnya.

Kita Mengejar Dunia Pendusta

Sunday, December 07, 2008

Assalamualaikum Wbt,,
Hemm,petang ni 2 kali dh tulis post.Tp td yg biasa2 je.Ntah laa rase nk tulis pasal keagamaan sikit.Entom bace aje laa.
Sekarang manusia dh berubah sbb zaman dh beralih.Dulu orang cari agama dulu baru cari dunia. Dewasa ini,Agama yg terakhir mereka pilih.Mula2 kerjaya,kemudiaan harta yg banyak,then anak dan isteri ramai.Dah agama bila?Jawapannya,mereka lupa untuk listkan agama dlm kehidupan mereka.
"Waktu tua,bila dh xpunya harta krn dikebas anak/isteri muda.Bila dh hilang daya dan upaya.Akal pun mula beransur lupa.Saat ini br mereka kenal dunia itu apa?Dunia itu adalah kehidupan yg tidak kekal dan pasti mati.Kenallah sesungguhnya inilah dunia yg selama ini kita cari serta dambakan."
Namun apa lagi yg kita kejar?boleh kita cari dunia,tetapi carilah ia untuk ke Akhirat.Islam xmarah cari harta namun jangan lupa bersyukur dan kerjakan harta itu untuk Allah dan JalanNya.Islam xharamkan beristeri ramai tetapi biarlah kamu berlaku adil.Buatlah apa shj yg dibenarkan syariat tetapi niatkan ia kerana Allah SWT...
Namun sekarang ada yg jenis beragama untuk dunia pulak dah.Belajar tinggi smp Yaman,Mesir atau Syria tetapi belajar tinggi untuk cari kerja yg bagus2.Kerja bagus2 pulak supaya dapat kumpul harta.Harta utk apa?Mereka katakan untuk jalan Allah tetapi apa kebenarannya? Di dalam hati tidak dapat ditakwilkan...Apa yg mereka niatkan...
Cakap memang senang,dah kaya nanti?sebab tu kita diwajibkan solat 5 waktu,,supaya xlupa tuhan.Xlupa untuk bersyukur sama Allah yg Maha Kaya dan Maha Memberi.
Jadi setakat ni ajelahh,,Xnak ceramah panjang2..Dan jemput mengundi kat sidebar tepi ni.Apa Jenis Artikel Yg Anda Mahu? dan xlupa untuk ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Sang Murabbi

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah,hari ni cuaca di kawasan Gong Badak mendung shj.Hujan pun mcm xnak turun je. Moga2 keadaan mendung akan berterusan dan hujan lebat xmemanjang agar kg sebelah ana ni xbanjir lg.Br ni gi lawat,kawasan pendalaman smp paras dada lg.Yg blah luar dh okay sikit nampak.Cuma longkang still tersumbat.

Kali ni entahlah nk bicara apa.Td baru balik dr Pasaraya Mydin,beli baju dan seluar sepasang. Alhamdulillah laa,moge2 tahan lama.testing pakai ok lah jugak.Seluar yg mslh sket,xsempat nk test kat mall td.Hemm kategori L@XL,susah sikit la.

Tahun ni banjir paling teruk,kat trganu ni first time bnjir camni.Tengok dlm berita,Bukit Antarabangsa yg mengalami tanah runtuh.3 org bertemu Allah.Moga selamatlh perjalanan mereka di alam kubur.

Ooohh,Baru jumpa point nk tulis!Ana rasa antum seme dh pernah dgr title 'Sang Murabbi' yg baru diterbitkan baru-baru ni.Ana br tgk trailer,tp ana dp rasa keseronokan crita yg mengisahkan tentang seorang murabbi yg gigih menyebarkan islam.Sekalipun pd awalnya diperli ibu kerana bercita-cita untuk mengajar shj,tp akhirnya beliau lh yg disanjung kerana kesabaran dan keihklasannya dalam berjuang.

"Seribu langkah kau tapaki,Seluruh pelosok kau sambangi,

Tanpa penat,lelah ,jemu.Sampaikan firman tuhanmu,"



Dengan membawa diri yg penuh dengan kesederhanaan,ramai yg tertarik dengannya.Ditambah lg dengan kepeduliaan dia terhadap masyarakat dan ummah.MasyaAllah,ana sendiri cukup tertarik dengan watak Utama ni.

Yang Menjadi Tanda Tanya?

Saturday, December 06, 2008

Darul Quran,,Darul Quran,,,Darul Quran,,
Dimana boleh ku temu jiwa yg cintakan islam?
Dimana boleh ku cari darah yg sanggup mengalir di Jalan Allah?
Katakan siapa yg sakitnya memikirkan Ummah?

Sepatutnya semakin jahil masyarakat harus ada golongan yg berilmu untuk mengalimkan rakyat.Namun golongan yg tidak diharapkan,tidak boleh diharap,dan golongan yg diharap pulak bersesuaian dgn peribahasa "Harapkan pagar,pagar makan padi".

Fenomena 'tidak ikhlas' membanjiri bumi Darul Quran,masing2 tidak sedar keupayaan dan daya mereka utk islam.Belajar dan faqqihnya dalam ilmu hanya utk Islam.DIkatakan 10% shj yg dapat kita temui golongan2 yg berusaha,belajar,dan menuntut kerana Allah SWt..Dimanakah 90% lagi?

"Mereka hanyut dalam berkawan,Mereka lemas utk bebas.Mereka rebah utk bangkit maju mengikut arus kemodenan.Mereka berkejaran untuk Nafsu yg bersifat Dunia semata-mata. MasyaAllah!!Dapatkan kita bayangkan golongan yang diharap ini rosak dan punah?Agama mereka satukan di bibir tetapi disekutukan oleh hati dan perilaku?"


"Wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati-hati ini berkumpul dalam mengasihiMu, dan bertemu dalam mencari RedhaMu,serta bersatu dalam menyeru manusia ke jalanMu, Kekalkanlah kami di JalanMu!Jangan biar kami jatuh cinta pada dunia sekalipun hati kami terliur melihatnya.Jika kami rebah Engkau bangunkan kami dengan nur HidayahMu,, Kasihanilah kami kerana kami ingin syahid di jalanMu,Peliharalah hati-hati kami daripada tidak ikhlas,riya' serta lupakanMu.."
SELAMATKANLAH DARUL QURAN!

Segalanya MilikNya

Assalamualaikum Wbt,,
Hari ini mula sayu setelah hmpir 2 hari dah xhujan.tasik mula menjelma di tepi baitku.Dalam hati sepi memikirkan seseorang.Mencuba untuk melupakan kisah silam.
Petang kelmarin,ana dan 2 org kakak pergi tolong seorang makcik (Pn.Nik) membersihkan rumahnya yg ditengelami air akibat banjir teruk yg melanda.Kami tak tahu bagaimana untuk memulakannya,Akhirnya kami sempat membersihkan sebuah bilik sebelum Unit Amal datang dan membersih keseluruhan rumah.Syukur sekali,taman perumahan ana xdilanda banjir.
Berbicara soal hati,baru-baru ni ana baru mufaraqah dengan seorg sahabat ana.setelah lebih 2tahun kami berkawan akhirnya persahabatan kami terpaksa dijarakkan diatas sebab2 yg tertentu.Sedih tu mmg sedih.Dia lah kawan yg paling bnyk menolong,yg paling memahami, yg sabar melayani kerenah ana.Nak buat camane..

"Allah menemukan dan memisahkan.Hakikatnya pertemuan itu manis tetapi perpisahan itu sakit dan menderitakan,, Kita sebagai manusia harus bersyukur bila ada dan menghargainya"

3hbDisember2008,Seorang ayah dan anaknya sepasang kembar meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya.Berita ini menghempapkan sebak ke dalam hati anaknya iaitu rakan ana,Nurul Hikmah Hanafi yang menerima makluman ini tatkala menghadapi peperiksaan akhir tahun.Al-fatihah kita sedeqahkan.
"Allah menghadiahkan sesuatu untuk kita menjaga dan memeliharanya,,Sekiranya kita bersikap cuai terhadap hadiahnya,Dengan kuasaNya lah barang itu dikembalikan.Kerana Segalanya Milik Allah,..Pelajarilah apa itu syukur dan Bersyukurlah,"