Hukum Suara Wanita

Friday, December 19, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak.Masing2 membawa hujah yg tersendiri.Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain.Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi.Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang,golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan.Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan.Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan.Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.
"Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)
Buat para wanita,mase berbicara dgn ajnabi,jgn nk tackle ayu la plak.Jadi wanita muslimah yg lembut tapi tegas.Halus tapi tidak lemah.Mase cakap tu jgn melencong ke arah yg xperlu. Nanti makin galok dan melarat sehingga timbul perasaan lain.Ni xbetul ni.

Okeylah,,Pasni insyaAllah akan ana kupaskan mengenai SMS dan Chatting.Setia bersame SDC!

0 Komentar: