Hukum Suara Wanita

Friday, December 19, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak.Masing2 membawa hujah yg tersendiri.Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain.Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi.Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang,golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan.Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan.Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan.Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.
"Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)
Buat para wanita,mase berbicara dgn ajnabi,jgn nk tackle ayu la plak.Jadi wanita muslimah yg lembut tapi tegas.Halus tapi tidak lemah.Mase cakap tu jgn melencong ke arah yg xperlu. Nanti makin galok dan melarat sehingga timbul perasaan lain.Ni xbetul ni.

Okeylah,,Pasni insyaAllah akan ana kupaskan mengenai SMS dan Chatting.Setia bersame SDC!

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah pagi ni,rase nk mengulas sedutan kisah keluarga sahabat ana mengenai ummi dan abinya memimpin keluarga.Sememangnya tanggungjawab seorg ummi dan abi itu cukup besar dan sukar utk dipikul.Ia harus disusuli dgn strategi yg mantap dan mempunyai ilmu mengenai memimpin keluarga.
Anak-anak ibarat kain putih,Ibu bapa lah yg memcoraknya.Baik buruk anak2 merekalah yg dipertanggungjawabkn.Setengah ibu bapa ada yg terlalu memanjakan anak.dan setengah yg lain ada yg terlalu bertegas dgn anak.Seharusnya kedua2 sikap ini harus diseimbangkan.Dalam manja ada ketegasan.
Kisah ini apabila dicerita oleh sahabat ana,dia menangis teresak2 memikirkn sikap ibu bapanya selama ini.Si ayah hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan mencari nafkah namun tidak mengamalkn aktiviti pentarbiyahan dgn betul terhadap anak2.Dan segala urusan rumah dan pentarbiyahan anak2 diserahkan bulat2 kpd si ibu.

"Tidak pernah gerak pun suruh gi sembahyang,"inilah komentar yg dilontarkn sahabat ana semasa dlm sesi muhasabah.Dan ada yg bertanya apakah abangnya tidak ambil cakna soal solat.
"Bagaimana acuan,begitulah bentuknya.Ayah borek anak rintik".Mahu harapkan abang,mereka semua tidak bertanggungjawab.Bagaimana mrk nk tanam sikap bertanggungjawab spt mengejutkn adik bangun solat sekiranya ayahnya pun tidak pernah berbuat demikian.Fikir2 klu xpernh kejut solat,Pernah x diorang sekeluarga mendirikan solat jemaah?
Tugas tarbiyah anak2 tidak seharusnya diserahkn kpd si ibu 99%.Mmg xkan dpt bentuk anak tu.Ibu dilihat lemah dan sewenangnya shj boleh ditindas krn kelembutan mrk.Ajar mengaji Al-Quran boleh laa,tp nk bentuk anak menjadi seorg yg baik.20% shj boleh dilakukan sekiranya tarbiyah itu diserahkan bulat2 kpd si ibu.

Bagaimana nk bentuk keluarga hasanah,ayah berkerja dan bila balik care hal sendiri.Mase mane dia tarbiyah anak2?Bila anak ada mslh besar spt kes di sekolah barulah ayah ambik tahu.Dan kerjanya hanya marah dan menengking.Tp akarnya semua itu adlh berpunca krn si ayah yg selama ini tidak mentarbiyah dan tidak cakna terhadap anak.

Persoalannya pembentukan keluarga dan anak2 haruslh berpandukan agama.Ibu bapa pun harus ikut agama,ikut bagaimana cara Rasulullah SAW didik anak.Sebab apa kita nk anak kita jd elok?Sebab esok2 dialah yg akan pelihara kita samaada sms tua mahupun di alam kubur.

Tiga yg dibawa ke alam kubur.
  • Sedeqah jariah
  • Ilmu yg diajar
  • Doa anak yg soleh

Terdapat juga kisah seorang akhawat ana,Keluarganya memang berpegang pada Islam.Tapi yang salahnya personaliti si abi dan si umi.Sayugianya seorang abi harus berpersonaliti tegas dan ini wajib.Akan tetapi dalam permasalahan ini,si abi memegang watak lembut manakala uminya tegas dan kuat menengking.(Tau-tau aje la kalau yang mengamuk itu namanya wanita).

Dan akhawat ana ni,menjadi seorang yang bermasalah di sekolah.Gemar melawan akhawat senior.Asatizah pun dilawannya.Percakapannya mengarut dan kurang ajar.Namun ana mengambil inisiatif utk selidik dulu puncanya budak ni jadi begini.

Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang pada agama.Itu sudah okay.Tambahan lagi dia adalah kakak sulong dan mempunyai seorang abang yang turut bermasalah di pondok. Punyai adik namun sering bertengkar.Setelah diteliti,punca yang dapat ana simpulkan adalah silapnya ayah kerana berlembut dgn anak dan hanya menegur dgn cara lembut.Salahnya ibu kerana begitu bengis dgn si anak.

Lihat pada keluarga kita sendiri la.Andaikata umi-umi antum yang bengis serta selalu marah-marah.Antum jugak jadi bengang akhirnya bila sampai tahap menyampah kerana kebiasaan si umi, antum jugak akan mula melawan.Kalau ddari kecik kene marah,dah besar pun kene marah.Anak tu makin keras.

Keadaan akan berlainan kiranya si abi yang berperilaku sedemikian.Kita memandang orang lelaki itu memang tegasnya disitu...........

(Huhu..masa mencemburui.nak pergi sekolah pulak.So pasal artikel ni entum fikirlaa sendiri.)

S0lat Tahajjud

Tuesday, December 16, 2008

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda,

"Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

sumbangan artikel blog cahaya akal - http://mindataqwa.blogspot.com

Ciplak dr Halaqah Online

Analisis Hari Lahir

Monday, December 15, 2008


  • 1, 9 & 24
Umumnya, mereka ini bersifat pendiam dan konservatif.Namun, dengan orang tertentu, mereka cepat mesra.Tapi, mereka yang lahir pada tarikh ini mudah terperasan.Kerana itu, ramai yang tidak menyukai mereka.Namun begitu, mereka tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.Dalam percintaan, mereka sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangan.Tapi perlu berhati-hati kerana kerana kadang kala mereka lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cinta demi persahabatan yang telah lama terjalin

  • 2, 11 & 30
Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

  • 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas mereka yang lahir pada tarikh ini.Tapi, jangan cuba mempermainkan kerana mereka akan mengamuk dengan hebat.Mereka bersifat bijak dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.Tapi dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sukar difahami.

  • 4 & 13
Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

  • 5 & 17
Mereka ini optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderunagn untuk berprestasi.Namun, mereka berwatak keras dan apa yang diingini selalu dipenuhi.Selalu memandang sesuatu daripada segi yang menguntungkan. Sayangnya, mereka suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, perlu berhat-hati kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan.

  • 6, 14 & 27
Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • 7, 28 & 31
Mereka bersifat terbuka, berterus terang dan jujur.Namun, mereka mudah terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan mudah.Cinta bagi mereka diertikan sebagai mengisi masa lapang.Semasa bercinta, mereka sangat berhati-hati dan suka merayu dan jika pasangan berlaku curang, mereka dengan mudah meninggalkannya.

  • 8 & 23
Mereka persifat peramah dan mudah terperasan.Pada teman-teman, mereka bersifat lembut dan bijak.Namun, mereka tersisih daripada teman-teman kerana rasa rendah diri yang tebal.Mereka perlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahu pun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling ketara ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi mereka ini penjimat.Dalam soal cinta, mereka seorang yang tabah dan rela berkorban.

  • 10, 16 & 21
Bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam mencapai cita-cita.Dalam pergaulan sehari-hari, mereka mudah tersinggung.Namun, mereka seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan.Dalam soal cinta, mereka sangat setia dan sebab itulah mereka disenangi.Tapi, mereka mempunyai cemburu yang terlalu tinggi.Jika baik, mereka sangat baik namun jika jahat, mereka sangat jahat.

  • 12 &19
Mereka bersifat suka dipuji.Mereka berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara.Pada dasarnya, mereka suka berdandan dan suka berpakaian rapi.Oleh kerana itu, mereka sering membelanjakan wang untuk menunjukkan penampilannya.Dalam kehidupan seharian, meraka disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijak membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam soal cinta, mereka adalah pasangan yang sangat susah dipercayai.

  • 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat riomantis daripada mereka.Mereka tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun, mereka selalu bersikap penuh pengertian apabila menghadapi sesuatu masalah.Mereka sangat benci pada perkara yang berbau keributan atau huru-hara.Dalam soal percintaan, mereka menuntut untuk lebih diberi perhatian namun jarang mengambil berat pada pasangan. Namun, sikapnya disenangi kawan-kawan.

  • 22 & 25
Watak mereka paling susah untuk difahami.Kadangkala meraka disukai kerana kebaikan dan kadangkala dibenci kerana perbuatan mereka.Namun, bagai kawan-kawan mereka merupakan penuh pengertian.Dalam pelbagai situasi, mereka lebih suka merendahkan diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihan pada orang lain.Mereka ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diberi jolokan ‘seniman asmara’.

Kamar Yang Sering Mengintai

Thursday, December 11, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah,,Kali ni dapat jugak ana upgrade sikit entry "Kamarmu Nanti" ini.Baru ni mase posting entry ni,,xder mood nk ulas panjang2.So hari ni ade mood sket rasenye.

Kematian itu pasti,dan hakikat ini semua insan tahu mengenainya dan mengakui bhw akan tiba suatu detik mereka akan pergi meninggalkan dunia yg mereka cintakan dan risaukan ini... Dan disebalik pengakuan mrk,,Mereka ingkar pada Mati.

Bagaimana Keingkaran mrk?
  • Azan mula bergema,mereka masih lagi berlengah dr solat,Boleh jd saat itulah mati menjemput mereka.
  • Mereka berbuat maksiat,dan menyedarinya dan melambatkan taubat mereka,tidak mustahil mati itu mendatangi mrk sblm sempat mrk bertaubat.
  • Mereka melambatkan sesuatu ibadah
  • Serta mempercepatkan amal Kejahatan
  • Mereka tidak bersedia utk menghadapi mati.
Marilah sahabat2ku,kita munasabah diri kita adakah kita tergolong dgn golongan yg ingkar terhadap kematian?Sedarlah bhw umur tidak melewatkn kematian.Kaya tidak menghalang kematian. Sesuatu ajal itu telah ditetapkan oleh Allah SWt,dgn kuasanya lah dilewatkan dan diawalkan ajal seseorng itu.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Sebaik-baik penyedar adalah 'Kematian'.Ingin buat itu dan ini,fikir baik ke buruk!Andai buruk, ingatlah kpd mati.Nescaya sekiranya kamu ingatkn mati dan bertaqwa pdNya,,amalan maksiat itu akan kamu jauhkan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Adakah kita di Saf Awal?

Wednesday, December 10, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Bagaimana sambutan Raya Haji?Moga2 bagi yg berkorban tu agar korban diterima Allah.Dan bagi yg menunaikn haji,moga ianya Haji Mabrur.Alhamdulillah bg titipan kali ni,secara santainya, berkenaan solat jemaah kita seharian.

Fenomena di Darul Quran Banat,Saf awal hanyalah kesukaan bg adik2 i'dadie satu.Kerana musolla yg dhoif,masing2 berebut utk berdiri di bawah kipas.Tanpa mereka mengira fadhilat apakah yg ada pada saf hadapan.

Semasa program Kem Perkaderan Remaja Islam bagi pelajar thanawi yg diadakan pd baru2 ni, ada kisah yg cukup menyedihkan ana.Pada petang tu,ana bergegas ke musolla utk solat asar, memandang ana dh terlewat sdikit,dh ramai ahli jemaah yg dh sampai.Akan tetapi sebaik shj ana masuk ke dalam musolla.beberapa org pelajar yg kate "Sa'adah!Sa'adah!Gi duduk depan oo". Tanpa berkata apa2 lg ketika itu,ana terus meluru ke saf hadapan sekali.

Dengan membawa hati yg cukup terkilan dgn ucapan mereka.Ana mula mengatur kata-kata (separuh bleber).Time tu mereka masih lg suke2 sbb riak wajah ana mase tu mcm gurau kot.Tp diorg xtau yg ana betul2 nk marah.

Slps maghrib,ana mengambil kesempatan utk berucap di depan semua peserta.Mati2 ceramah siap dgn dalil ag.Entahlh samaada diorg ni sedar ke x..Tp slps tu ada yg dtg ckp nge ana ala2 menyesal/sedar sket.Moga Allah bukakan hati mrk.

"Sekiranya Manusia itu tahu apa yg terdapat(fadhilat) pada azan dan pada saf yg pertama. Kemudian mrk xdapati pada diri mereka itu melainkan perlu mandi,lantas mereka mandi. Dan sekiranya mereka itu tahu apa fadhilat pada bersegera(utk solat) lastabaquu alaihi-lupe makne-. Dan sekiranya mereka tahu apa yg terdapat pada a'tamah(solat asar) dan solat subuh -secara berjemaah- maka mereka akan datanginya sekalipun dlm keadaan merangkak."-Wallahu A'lam-
Terdapat juga hadith yg pernah ana dgr.Sekira2 kefahaman ana,"Sekiranya manusia itu tahu kelebihan yg ada pd saf awal,mereka akan mengadakan undian utk itu,,"-Wallahua'alam.
Dan pada siri kuliah Ust.Khalil ada menyebut tntg solat di saf awal.iaitu Malaikat mendoakan org yg solat di saf awal.Apa yg penting,kita harus sedar dan fikir betapa bnyk peluang yg Allah SWt berikan kpd kita. Tetapi bergantung ke atas kita utk merebutnya.

Kita Mengejar Dunia Pendusta

Sunday, December 07, 2008

Assalamualaikum Wbt,,
Hemm,petang ni 2 kali dh tulis post.Tp td yg biasa2 je.Ntah laa rase nk tulis pasal keagamaan sikit.Entom bace aje laa.
Sekarang manusia dh berubah sbb zaman dh beralih.Dulu orang cari agama dulu baru cari dunia. Dewasa ini,Agama yg terakhir mereka pilih.Mula2 kerjaya,kemudiaan harta yg banyak,then anak dan isteri ramai.Dah agama bila?Jawapannya,mereka lupa untuk listkan agama dlm kehidupan mereka.
"Waktu tua,bila dh xpunya harta krn dikebas anak/isteri muda.Bila dh hilang daya dan upaya.Akal pun mula beransur lupa.Saat ini br mereka kenal dunia itu apa?Dunia itu adalah kehidupan yg tidak kekal dan pasti mati.Kenallah sesungguhnya inilah dunia yg selama ini kita cari serta dambakan."
Namun apa lagi yg kita kejar?boleh kita cari dunia,tetapi carilah ia untuk ke Akhirat.Islam xmarah cari harta namun jangan lupa bersyukur dan kerjakan harta itu untuk Allah dan JalanNya.Islam xharamkan beristeri ramai tetapi biarlah kamu berlaku adil.Buatlah apa shj yg dibenarkan syariat tetapi niatkan ia kerana Allah SWT...
Namun sekarang ada yg jenis beragama untuk dunia pulak dah.Belajar tinggi smp Yaman,Mesir atau Syria tetapi belajar tinggi untuk cari kerja yg bagus2.Kerja bagus2 pulak supaya dapat kumpul harta.Harta utk apa?Mereka katakan untuk jalan Allah tetapi apa kebenarannya? Di dalam hati tidak dapat ditakwilkan...Apa yg mereka niatkan...
Cakap memang senang,dah kaya nanti?sebab tu kita diwajibkan solat 5 waktu,,supaya xlupa tuhan.Xlupa untuk bersyukur sama Allah yg Maha Kaya dan Maha Memberi.
Jadi setakat ni ajelahh,,Xnak ceramah panjang2..Dan jemput mengundi kat sidebar tepi ni.Apa Jenis Artikel Yg Anda Mahu? dan xlupa untuk ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Sang Murabbi

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah,hari ni cuaca di kawasan Gong Badak mendung shj.Hujan pun mcm xnak turun je. Moga2 keadaan mendung akan berterusan dan hujan lebat xmemanjang agar kg sebelah ana ni xbanjir lg.Br ni gi lawat,kawasan pendalaman smp paras dada lg.Yg blah luar dh okay sikit nampak.Cuma longkang still tersumbat.

Kali ni entahlah nk bicara apa.Td baru balik dr Pasaraya Mydin,beli baju dan seluar sepasang. Alhamdulillah laa,moge2 tahan lama.testing pakai ok lah jugak.Seluar yg mslh sket,xsempat nk test kat mall td.Hemm kategori L@XL,susah sikit la.

Tahun ni banjir paling teruk,kat trganu ni first time bnjir camni.Tengok dlm berita,Bukit Antarabangsa yg mengalami tanah runtuh.3 org bertemu Allah.Moga selamatlh perjalanan mereka di alam kubur.

Ooohh,Baru jumpa point nk tulis!Ana rasa antum seme dh pernah dgr title 'Sang Murabbi' yg baru diterbitkan baru-baru ni.Ana br tgk trailer,tp ana dp rasa keseronokan crita yg mengisahkan tentang seorang murabbi yg gigih menyebarkan islam.Sekalipun pd awalnya diperli ibu kerana bercita-cita untuk mengajar shj,tp akhirnya beliau lh yg disanjung kerana kesabaran dan keihklasannya dalam berjuang.

"Seribu langkah kau tapaki,Seluruh pelosok kau sambangi,

Tanpa penat,lelah ,jemu.Sampaikan firman tuhanmu,"



Dengan membawa diri yg penuh dengan kesederhanaan,ramai yg tertarik dengannya.Ditambah lg dengan kepeduliaan dia terhadap masyarakat dan ummah.MasyaAllah,ana sendiri cukup tertarik dengan watak Utama ni.

Yang Menjadi Tanda Tanya?

Saturday, December 06, 2008

Darul Quran,,Darul Quran,,,Darul Quran,,
Dimana boleh ku temu jiwa yg cintakan islam?
Dimana boleh ku cari darah yg sanggup mengalir di Jalan Allah?
Katakan siapa yg sakitnya memikirkan Ummah?

Sepatutnya semakin jahil masyarakat harus ada golongan yg berilmu untuk mengalimkan rakyat.Namun golongan yg tidak diharapkan,tidak boleh diharap,dan golongan yg diharap pulak bersesuaian dgn peribahasa "Harapkan pagar,pagar makan padi".

Fenomena 'tidak ikhlas' membanjiri bumi Darul Quran,masing2 tidak sedar keupayaan dan daya mereka utk islam.Belajar dan faqqihnya dalam ilmu hanya utk Islam.DIkatakan 10% shj yg dapat kita temui golongan2 yg berusaha,belajar,dan menuntut kerana Allah SWt..Dimanakah 90% lagi?

"Mereka hanyut dalam berkawan,Mereka lemas utk bebas.Mereka rebah utk bangkit maju mengikut arus kemodenan.Mereka berkejaran untuk Nafsu yg bersifat Dunia semata-mata. MasyaAllah!!Dapatkan kita bayangkan golongan yang diharap ini rosak dan punah?Agama mereka satukan di bibir tetapi disekutukan oleh hati dan perilaku?"


"Wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati-hati ini berkumpul dalam mengasihiMu, dan bertemu dalam mencari RedhaMu,serta bersatu dalam menyeru manusia ke jalanMu, Kekalkanlah kami di JalanMu!Jangan biar kami jatuh cinta pada dunia sekalipun hati kami terliur melihatnya.Jika kami rebah Engkau bangunkan kami dengan nur HidayahMu,, Kasihanilah kami kerana kami ingin syahid di jalanMu,Peliharalah hati-hati kami daripada tidak ikhlas,riya' serta lupakanMu.."
SELAMATKANLAH DARUL QURAN!

Segalanya MilikNya

Assalamualaikum Wbt,,
Hari ini mula sayu setelah hmpir 2 hari dah xhujan.tasik mula menjelma di tepi baitku.Dalam hati sepi memikirkan seseorang.Mencuba untuk melupakan kisah silam.
Petang kelmarin,ana dan 2 org kakak pergi tolong seorang makcik (Pn.Nik) membersihkan rumahnya yg ditengelami air akibat banjir teruk yg melanda.Kami tak tahu bagaimana untuk memulakannya,Akhirnya kami sempat membersihkan sebuah bilik sebelum Unit Amal datang dan membersih keseluruhan rumah.Syukur sekali,taman perumahan ana xdilanda banjir.
Berbicara soal hati,baru-baru ni ana baru mufaraqah dengan seorg sahabat ana.setelah lebih 2tahun kami berkawan akhirnya persahabatan kami terpaksa dijarakkan diatas sebab2 yg tertentu.Sedih tu mmg sedih.Dia lah kawan yg paling bnyk menolong,yg paling memahami, yg sabar melayani kerenah ana.Nak buat camane..

"Allah menemukan dan memisahkan.Hakikatnya pertemuan itu manis tetapi perpisahan itu sakit dan menderitakan,, Kita sebagai manusia harus bersyukur bila ada dan menghargainya"

3hbDisember2008,Seorang ayah dan anaknya sepasang kembar meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya.Berita ini menghempapkan sebak ke dalam hati anaknya iaitu rakan ana,Nurul Hikmah Hanafi yang menerima makluman ini tatkala menghadapi peperiksaan akhir tahun.Al-fatihah kita sedeqahkan.
"Allah menghadiahkan sesuatu untuk kita menjaga dan memeliharanya,,Sekiranya kita bersikap cuai terhadap hadiahnya,Dengan kuasaNya lah barang itu dikembalikan.Kerana Segalanya Milik Allah,..Pelajarilah apa itu syukur dan Bersyukurlah,"

Tarbiyah hati & Iman

Saturday, October 11, 2008

Assalamualaikum WBT,

Alhmadulillah,malam ni bla2 record nasyid wt masuk dlm Ip0d,ana terasa nak menulis plak.Walaupun hari ini letih sikit,tahu jer la,baru balik dr kampung belah mak kat Pahang. Sampai Asar td,pahtu terus basuh2 baju dan kemas barang nk balik asrama esok pagi.And time 0rg lain sy0k teng0k citer S0leha,ana sibuk kat dapur masak rendang untuk jamuan Raya Thnw2 es0k.Bla2 masak plak kene sedia Buffet,brg utk masak mee esok,Kue raye and Thanks to Allah sbb ana xlupe utk bilas jilbab sekolah..

Apepun,kesibukan mengajar kita erti menghargai.Masalah mendidik kita supaya lebih matang berfikir.Tension mentarbiyah kita MENGENALI TUHAN.

Dlm erti kata lain janganlah kita mengeluh apabila tiba suatu perkara yg kita xsuka.Kerna semua itu adlh guru yang terulung.seperti mana Firman Allah SWT;

"B0leh jadi apa yg kamu benci itu adlh sesuatu yg lebih baik bagi kamu,dan b0leh jadi apa yg kamu suka itu adlh sesuatu yg lebih buruk bagimu.Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Dalam perjalanan ke Pahang,Abah seperti biasa selalu pasang ceramah.Entah ustaz mana yg berceramah tp kata2 dia cukup sinis dan mengena.Antara yg dia sebut adlh
  • 'Iman bukanlah angan-angan',
  • 'Ikhlas yg menemukan hati insan dengan Allah swt'
  • 'Tawakkal yg sebenarnya kpd Allah swt'

Memang sudah jadi fenomena dikalangan umat Islam kini,umat yg dahulunya cukup agung dengan tawadhu serta khusyu',apabila generasi bersilih ganti,kesombongan,syiddatul Harfi( cintakan dunia ), dan kuat berangan-angan sudah mengalir deras ke dalam jiwa-jiwa umat islam kini.Iman mrk kebnyakannya angan-angan shj,berazam utk mula berqiamullail,amalkan solat2 sunat,selalu berpuasa,mahu buat kebaikan demikian dan demikian, akan tetapi natijahnya apabila tiba masa utk melaksanakannya,beribu2 alasan yg dicipta nafsu utk tidak melakukannya.Dan ada jugak yg melaksanakannya sekali dua,tetapi slps tu habuk pun takde.

Namun perenggan yg terkarang ini,bukan utk menunjukkan yg ana ni perfect,malahan ana sendiri slama ni 'iman dengan angan-angan' jugak.Tapi yg ana nk fokuskan ialah agar pembaca sekalian sama-sama bermuhasabah tentang kedudukan iman kita.

Iman ni ada 2 jenis.Yg 'mahal' dan yg 'murah'.Iman yg mahal seperti kereta yg mahal,dan bila dh mahal sudah tentu bukan main canggih kereta tu.Pintu xkemas berbunyi,minyak nk habis nyala lampu,Air kering dan segala apa kekurangan kereta tu menyuarakan kpd tuannya.Begitulah iman yg mahal,Sblm hati gersang dengan nur ia bersuara,hampir2 melakukan maksiat ia bersuara memberi amaran.teng0k org buat maksiat pun,iman menyala2kan kebencian terhadap maksiat tersebut dan mengarahkan anggota agar mencegahnya.

Dan iman yg murah macam kereta murah la,bawa laju sikit cepat rosak,tangki air kosong pun tuan xtau,minyak nk habis tp meter tu rosak,hampeh la tgh2 jalan.

Akhirnya,setakat ni saja buat kali ni,sbenarnya x hbs lagi apa yg nk dikupaskn.memandangkn perut ni meragam(Lapar l0l) dan slps ni ade keje yg xberes lg,el0k la klu ana berhenti dulu. Wassalam.

Salam Sayang dr ana,

Kisah Budak sangka Mati

Wednesday, October 08, 2008

Assalamualaikum WBT,,
Awwalan,,buat bestariy,ana dh tukar dh nasyid tu,boleh lh nk suruh dia bising ke senyap pahni. Dan syukran buat pembaca yg masih sudi melawat bl0g ana yg xseberapa ni.
Korang Nak tau x?dr kecik lg ana bercita-cita nk jd seorang penulis,dan skrng Alhamdulillah, sekalipun menulis utk blog je,kire ok ape?Bergelar "penulis" jugak kan?
Seperti yg ana janjikan,ana nk crite pasal budak yg xsangka mati tu.Kisah ye bese2 je,cume pengajarannye je yg kite nk ambik iktibar.
Ia bermule dgn sorang budak perempuan yg xlah alim,mcm budak2 zaman lenning la.Pada hari kematian tu,budak ni ade plan nge kawan2 nk keluar same2.Sblm zohor,budak ni duk pilih baju,time ni malaikat maut still duk teliti ape yg budak ni buat,
"Kalaulh budak ni tau yg dia akan mati hari ini,bulan ni,tahun ni,pasti detik ini menjadi satu waktu yg tak sia-sia baginya."
Kat ruang dapur pulak si ibunya sibuk menghidangkn makanan tengahari buat keluarga.dan selesai siap2 budak ni turun nk keluar umah.Tp sblm keluar,ibunya menegurnya agar makan bersama-samanya terlebih dahulu.
"Ibu,nantilah saya balik nanti kita makan sama-sama ye ibu.Saya PERGI dulu,"Jawab si Anak.
Jauh di sudut hati ibunya terdetik,apesal la rase berat hati sangat nk lepas anak aku pergi ni?Ape suatu yg buruk akan menimpanya?
Keluar dr rumah,budak ni terus jalan hingga ke pinggir jalan depan rumah.Dan Malaikat maut yg dr 40 hari(i guess) duk perhati kt budak ni mula menjalankan tugasnya.Dengan takdir Allah SWT sebuah kereta yg dipandu laju datang merempuh budak ni dan akhirnya rohnya dicabut oleh Malaikat satu persatu.

Xsangka seorang ibu yg anaknya yg berjanji utk makan bersamanya kini xdpt tunaikn janjinya. Xsangka seorang ayah yg nanti bila pulang dr kerja nk lihat anak perempuannya.Xsangka seorang sahabat yg pertemuan terakhir mereka adalah diantara yg bernyawa dan mayat.Tetapi yg jelas,"Budak itu sendiri xsangka yg dia akan mati hari tu"

Kebanyakan mayat mencela dirinya sendiri setelh mati,MasyaAllah hutang aku dengan kawan masih belum langsai!Semalam aku bergaduh ngan si fulan ni belum ku minta maaf,Selame ni aku sering mengumpat kat kawan aku sendiri aku belum mintak ampun,Ya Allah skrg aku sakit diazab oleh mu lantaran dosa2ku!

"Namun saat itu bukan medan untuk kita berusaha,Tetapi ianya medan untuk kita menerima"

Ingat sedara!Kematian adalah satu kepastian yg telah banyak kali disebut2kan oleh Allah swt di dalam kitabNya yg A'zhim.Peringatan telah diberi agar kita lebih bersedia menemui Tuhan dan bersedia memenuhi jemputan yg wajib kita hadiri di hari pembalasan.
Apakah kita xtahu atau buat2 xtahu?Adakah kita sedar atau buat2 xsedar?Adakah kita ingat atau buat2 xingat?Tepuk dada tanye sama iman..
Salam Sayang dr Ana,,,

A'anta fi syahied?

Monday, October 06, 2008

Assalamualaikum WBT,,

Bla^bla ada sedikit kesemptan nk posting ni,,s0 kali ni ana ada pamerkan jugak video seorang lelaki yang terlalu khusyu chatting agaknye,,pasal duk sengih2 sokmo napok. Pahtu dia terdengar laungan azan,namun dia masih lg tidak berganjak utk s0lat.Sampai satu masa yg sedikit lama,ahah?ape jadi?Ana rase pemuda ni xdak sakit pape pun,tp mati secara mengejut.S0 sesame la kita ambik iktibar,

Ana sendiri pun pernah jugak camni,,balik dr pekan,relax smbil mengadap lap t0p.Mule2 niat nk relax skejap je,tetibe je ade budak online yg selalu gak ana chatting nge ye, dan tetau jer la,,Kantoi setengah jam duk chatting,,

S0 pesan ana,kalau kita nk chatting dengan org,tanye si dia dh solat ke belum,ni
tanda nye kita 'DAKWAH DALAM DIAM'

Dan nasihat buat wanita2,janganlah lewat2kan solat,sbb ana ada kisah yg mana ada sorang budak tu,sy0k sngt teng0k TV,azan asar dh lama berkumandang.Abih crite tu dia pi bilik air..Check2 xleh solat.Akan tetapi dia xleh nk kate ape dh,samaada haid tu sblm asar atau slps asar.And case ni bnyk kali berlaku.

Sebenarnya ana ada nk crite pasal 'Budak Xsangke Dia Akan Mati',,crite ni jugak ana petik dr ceramah ust.Ahmad Ismail.Tapi memandangkn org dh azan agaknye,lebih baik ana st0p dulu.Lenkali lh ana posting crite tu.

Salam Sayang dr Ana,,

Hidayah Buat Dia Yang Terpilih

Sunday, October 05, 2008

Assalamualaikum WBT,

Lame dh wase x posting entry baru,rajin tu sokmo dh,tp xdok idea nk tulis mende,,Tp sebelum ana celoteh panjang lg,n0k ucap "SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI" buat seme pembaca yg sudi jenguk2 blog green ana ni.
Hampir 4/5 kali dh ana dengar ceramah yg disampaikan oleh Ust.Ahmad Ismail(S'pore), dan ana xpuas dengar ceramah dia,pasai tu ana suke dengar bnyok2 kali,Dan antare bnyak2 crite yg dia kongsi adalah kisah seorang pemuda/anak yang tidak taat pd agama,dan hidup unLIMITed.
So,entry ana kali ni cume nk citer pasal budak tu la.
Kisahnye pendek je,ibu pemuda ni taat pd agama,cume anaknye yg jd peseng terbalik sikit, beser la,


Iman xdapat diwarisi
dari seorang ayah yang bertaqwa,
Ia xdapat dijual beli,
Ia tiada ditepian pantai....

Dan si ibu pemuda ni selalu mendoakan agar si anaknye tu berubah juga satu hari nanti,Dan memang doa seorang ibu berisiko besar akan dimakbulkan oleh Allah SWT.Akhirnya,Allah memilih Ramadhan Kareem sebagai landasan menyuluh cahaya hidayahNya.

Pemuda yg selame ni solat pun x,poser pun maybe la x kot,,mcmana dalam satu detik dan sekelip mata boleh mencapai map menuju ke Jannah.Hati yang keras dan beku kerana banyaknya dosa lampau,hanya mampu dilenturkan dengan izin yang Maha Kuasa.

Pada satu malam,Sbuah Sejjid(Musolla) menjemput sorang syeikh dr Arab Saudi utk beri ceramah sempena bulan Ramadhan,Melihat org ramai ngat,pemuda ni tertarik nak dengar etek ceramah syeikh tu.Dengan gaye penyampaian syeikh yg menarik dan menyentuh perasaan, Malaikat mula mewahyukan secebis rasa penyesalan yang cukup hebat dalam diri pemuda ni.

Sekembali ke rumah,pemuda ni punyer la mintak ampun nge ibu dia,bermanja dan baring disisi ibu.Dan antara ucapan yang menyentuh perasaan ana.Pemuda tu kate,

"Ibu,saya tidak pernah mencium tangan ibu,izinkan saya mencium tangan ibu,"

Selepas tu,pemuda ni rajin beribadat,dan membuat kebaikan.akan tetapi sehari dua selepas pemuda ni bertaubat, Allah menjatuhkan kesakitan keatas pemuda ni.MasyaAllah,semase ustaz Ahmad ni cerita,punyerlah nada dia menunjukkan peritnya sakit pemuda ni.

Namun pemuda ni masih belum mengalah dalam beribadat,kalau kite la,,andaikata kita sakit, itulah yg jadi alasan kita utk selalu qodho solat dan puase.Tetapi pemuda ni betul2 menjaga 'Baju Baru yg Cantik' yang telah dihadiahkan khusus buatnya dari Allah SWT.

"Wahai tuhanku,dulu semasa badanku masih sihat,aku selalu melakukan maksiat
kpdmu,akan tetapi,bila tiba masa badanku lemah,aku baru mula untuk beribadat kepadaMu,Ya Allah!",

(Ni la antara bicara pemuda tersebut)

Setelah tu,dekat2 detik kematian pemuda tu,,ana dh xberapa nk ingat dh.Jadi Moral yg kita ditunjukkan disini adalah, "Pemuda tu beramal dengan ilmu walaupun sedikit",Buat apa ilmu banyak klu xberamal ataupun kurang beramal.

P/S; kalau ada yg tersilap tulis tu harap perbetulkan,Salam Lebaran!

Kehilangan Yang Tersayang

Friday, September 26, 2008



Alfatihah buat ayah sahabat ana En.S0bri(Kuala Ibai) ayah kpd Ainul Mardhiyah (THnw2,DQ) yang telah meninggal dunia baru-baru ini akibat patu-paru berair.

Dikesempatan ini juga ana minta agar kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah buat beberapa org ayah/ibu sahabat ana yang telah kembali kerahmatullah;

  1. Ust.Wahab ayah kpd Hasanah(Thw2,Kubang Tangga,2008)
  2. Ust.Zakaria ayah kpd Nurul Husna(Thw2,Seberang Takir,2008)
  3. Tuan Fauzi ayah kpd Tuan Nadia (Thnw2,2008)
  4. Ust.Mohd ayah kpd Syahieda (thw2,Kuala Berang,2007)
  5. En.Shafie ayah kpd Aisyah (Thw3,Kuala Berang,2008)
  6. Ibu kpd Nurul Aniqah Zakaria(Thw2,2008)

Seterusnya sama-samalah kita doakan mereka selamat sejahtera disana dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

6/37 ahli kelas Thnw2 masing-masing telah kehilangan insan tersayang,pada tahun 2008 telah direkodkan sbg tahun dukacita bagi kami yang turut merasai kesedihan yg sahbt2 kami lalui. Namun ana kagum dgn ketabahan yg dibawa 0leh sbht2 kami spt Hasanah,Husna yg merupakan anak manje la katekan tetapi mampu menerima hakikat yg ayah mereka yg slama ini sering bermanja,bergurau dan bermain sudah pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya.

Akhirkata,ana merakamkan takziah sekali lagi buat sahabat2 ana dan peringatan buat yg masih mendapat kesempatan agar hargailah detik2 bersama yg tersayang,jgn dh terhantuk baru nak terngadah,Sebarang pertengkaran jangan-jangankan!Merajuk dgn mak bapak jauh-jauhkan!

Salam Sayang dr ana,,,

Redha Allah Pada Redha Mereka

Tuesday, September 23, 2008





PETIKAN KATA-KATA ULAMA'



  • Salah satu tanda hampir tibanya detik Kiamat,apabila seorang anak perempuan menengking ibunya sendiri

  • "Janganlah sesekali kamu mengatakan kepada mereka 'Uh' dan jgn pula kamu menangkis mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik" (Al-Ayat)

  • Sungguhpun kamu tidak akan dapat menyentuh syurga melainkan ibu bapa kamu meredhaimu sekalipun kamu mati dalam jihad fi sabil iaitu mati syahid.

  • Taatilah ibubapamu sekalipun mereka menyakitimu,melainkan mereka memaksa kearah maksiat kepada Allah SWT.

  • Sekalipun mereka salah kepadamu,mereka tetap ibu bapamu.Dan jangan kamu menyangka org yang baik shj yg harus kamu taat,akan tetapi taat kpd ibubapamu itulah kewajiban sekalipun mereka salah kerana mereka ibu bapa dan kekal sebagai ibu bapamu!

  • Ibadat seorang anak derhaka tidak sesekali diterima oleh Allah SWT sekalimanapun mereka mendirikan ibadat mahupun berpuasa.

  • Ingat!!Jika kamu bertengkar dengan ayah kamu selama 2@3 tahun,selama itulah ibadat kamu tidak diterima Allah.Dan bila datang hari hisab,kamu datang dengan tiada nilai dengan ibadat yang kamu lakukan semasa mana kamu bertengkar dengan ayahmu

  • "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu"

  • Rasulullah SAW bertanya kpd para sahabat :'adakah ibu kamu masih hidup?',sahabat menjawab;'ya',

    SAW bersabda:'beradalah(duduk) di bawah kakinya(iaitu berkhidmat utknya) dan ganjaran syurga itu pasti untukkmu'.

  • Jika Syurga berada dibawah tapak kaki ibu,Sungguhpun ayah adalah pintu tengahnya. Maka itulah jalanmu ke syurga ,ibu dan bapamu.

  • Satu kisah seorang ayah menadah tangan dan berdoa dihadapan ka'abah dan doanya ;

    "Ya Allah,Aku minta engkau hukum anakku yang telah mencaci dan memukulku"

  • Ibubapa seharusnya mengajar anak takut pada Allah agar mereka tidak seskali berani mengangkat tangan keatasmu.

  • Ibubapa harus mengajar anaknya takut pada Allah agar apabila mereka tua dan tidak mampu bergerak lagi,anak itulah yg akan menjadi bahu yang akan menolong dan berkhidmat utkmu serta mengambil berat terhadapmu.

  • Rasulullah SAW bertanya;'patutkah aku memberitahu kamu tentang dosa yang paling besar?',sahabat menjawab;'Ya',

    Rasulullah SAW bersabda;"Mensyirikkan Allah dan tidak taat kepada ibubapa"

Menghormati Majlis Ilmu

Thursday, September 18, 2008

Drpd Abi Waqid Al-laithi R.A:
Ssghnya Rasulullah SAW tikamana duduk di masjid(Nabawi) bersama-sama manusia disekelilingnya, datang 3 lelaki,,2 drpdnya mendatangi Rasulullah SAW(menyertai majlis),dan seorang lagi pergi (meninggalkan majlis tersebut).Berkata(Abi Waqid menyambung):2 laki itu duduk bersama Rasulullah SAW.Diantara 2 laki itu pula telah melihat tempat kosong dalam bulatan majlis tersebut maka dia memenuhinya dan seorang lagi duduk di belakangnya.Adapun laki yg ketiga berlalu meninggalkan majlis tersebut.

Setelah selesai berucap,Rasulullah SAW bersabda :Adakah kamu ingin tahu mengenai 3 laki-laki? Adapun salah seorg drpdnya mendampingi Allah,maka Allah mendampinginya.Adapun yang lain merasa malu maka Allah malu dengannya.Dan yang lain berpaling, maka Allah berpaling drpdnya.
________________________________________________________________

huraian ; Mengisahkan tentang 3 org laki-laki yg berjalan dan melihat majlis ilmu, 2 drpd laki-laki tersebut ingin menyertai majlis tersebut dan yg sorang laki berpaling dr menghadirinya.Pahtu 2 laki-laki tu duduk la dlm majlis.and then tetibe slh sorang laki tu perasan yg ada tempat kosong dlm halaqah majlis dia pun isi lah tmpt kosong.dan yg sorang lagi duduk kt belakang dia,,walaupun dia merasa malu tetapi dia tetap kekal berada dalam majlis tersebut.

After hbs berucap(maybe mengajar kot)Rasulullah SAW bersabda tentang 3 org laki ni.Seperti hadith diatas la.Yang mana laki yang isi tmpt kosong tu (mendampingi Allah dan Allah mendampinginya) dan laki yang duk belakang tu kekal diadalam majlis sekalipun berasa malu (dan yg lain merasa malu maka Allah malu dengannya) dan yg awal2 lg xmau masuk majlis tu dikatakan (dan yang berpaling,maka Allah pun turut berpaling drpnya)

Wallahua'lam.(Kalu ade silap tlg tegur)
_______________________________________________________________

Adapun syahidnya disini:

Sepatutnya kita menuntut ilmu atas dasar iman dan niat yg bersungguh2 utk tuntut ilmu.Jgn lah kite mendatangi majlis2 ilmu dengan membawa prsn geram andaikata dipaksa(especially bdk sekolah)Sekalipun program yg kita wajib menghadirinya,ubah niat dan betulkannya dengan mengatakan "takkira apa juga jenis majlis tu,aku tetap akan pergi dgn hrpn dpt menimba sdkt sbnyk ilmu drpnya"

2 golongan yg menghadiri majlis ilmu :
  1. Ikhlas utk menuntut ilmu
  2. Dipaksa menghadirinya
Beza diantara 2 golongan ini adlah golongan yang pertama mendapat keberkatan drpd Allah SWT dan lebih disayangi dan lebih pahala.Golongan yg kedua kurang berkatnya.

Dan ingatlah bhw majlis ilmu itu dinaungi oleh sayap para malaikat yang sentiasa mendoakan manusia yg berada di dalam majlis tersebut.

Ana pernah dengar org baca,Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada ertinya Matahri terbit pada hari itu sekiranya aku tidak mendapat ilmu(sekalipun sikit)"


-au kama q0l-

Pelapis Ulama' PAS paling Tidak Memuaskan

Saturday, September 06, 2008

dikemaskini Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.

mohamad sabu 040908 03"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.

"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."

Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.

"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.
Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.

Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu. [LIHAT VIDEO DI SINI]

Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:

Malaysiakini: Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?

Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979. Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.

Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura. Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa.

Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam.Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad.

Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).

Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?

Perlu banyak peningkatan. Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun.

Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.
Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?

Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu.

Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuMasalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?

Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.

Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.

Masalah akses ilmu?

Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan. Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).

Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?

Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan.

Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini. Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...

Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?

Masih mengecewakan saya. Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Kenapa?
Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.

Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...

Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.

Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?

Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya. Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah.Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.

Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...

Tidak ada? Kurang?

Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.

Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".

Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas).

Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.

Antaranya Tuan Haji?

(Ketawa) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)

Mereka ini dapat lingkungan umur?

Bawah 40 tahun.

Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?

Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria.

Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
mohamad sabu 040908 02Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia.

Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan dari India.

Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik.

Lepas itu mereka balik. Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.

Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.

Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.

Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius. Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).

(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.

Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?

Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.

Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.

Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.

Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia.
(Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti).
Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu. Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada.

Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu.

Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?

Fikir Sejenak;Hadith 3

Tuesday, September 02, 2008

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Fikir Sejenak;Hadith 2

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sedekah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”
Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam.
Ii) Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.
Iii) Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.
iv) Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.