Al-quran,Mu'jizat terunggul (telah diedit)

Tuesday, March 17, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian lama xdiupdate laman SDC ni.Akhirnya ana ada sedikit idea yang ingin dikongsi bersama. Sempena Mawlid A-Rosul baru-baru ni,MDQ telah menganjurkan satu forum berkenaan Mawlid Ar-Rosul.Dalam forum tu ana tertarik dengan pertanyaan dari Ustaz Khalil berkenaan mukjizat Al-quran zaman kini.

Al-quran adalah kalam Allah SWT yang bisa mengalahkan tutur kata manusia.Yang mampu melemahkan mata dan anggota musuh.Yang berdaya mengubah hati-hati manusia dari hati yang gelap kepada hati yang tersuluh dengan kebenaran.

MAKSUD MU'JIZAT

Mu'jizat adalah bermakna melemahkan.Sebagaimana mu'jizat tongkat nabi Musa yang melemahkan ular-ular Ahli Sihir yang lain sekaligus melemahkan hati-hati penyihir Firaun untuk jatuh sujud kepada Allah SWT.Subhanallah!!

Begitu juga mu'jizat Al-quran yang meluruhkan kekufuran Saidina Umar Al-Khattab R.A tatkala mendengar alunan al-Quran daripada bibir adiknya..


MU'JIZAT AL-QURAN ZAMAN KINI

Hasil kajian ahli Sains mengenai alam ini terbukti benar.Bumi ini terhasil setelah terhasilnya bintang-bintang.Bintang pula hasil daripada sadaim(Kabus/asap).Kabus/asap pula terbentuk daripada Gas-gaz yang bertaburan secara tersusun di angkasa melalui proses pemelwapan. Lantas terbentuklah Bumi.
GAS -proses pemelwapan- KABUS -kabus berhimpun- BINTANG -dipecahkan/dibahagikan- PLANET (TERMASUK BUMI)
Namun kajian mereka ini mungkin tidak dapat diguna pakai oleh manusia.Kerana manusia tidak ada yang memerhati bagaimana pembentukan kejadian bumi,planet2,matahari dan sebagainya melainkan diakui dengan Al-quran.

Firman Allah SWT:

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk (Dukhon)asap"

"Dukhon" yang berada dalam ayat tersebut bermaksud asap.Alam pada mulanya kosong dan hanya mempunyai gas yang membentuk asap yang panas.Akhirnya asap tersebut berkumpul menjadi asap raksasa.

Setelah kejadian bintang telah berlaku.Ia dipecahkan kepada planet-planet dan bintang.Bukti bumi adalah hasil daripada pecahan tersebut ialah terdapatnya gunung berapi di permukaan bumi dan adanya bahan bakar didalam perut bumi

kemudian firman Allah SWT :
"Tidakkah orang kafir itu melihat bahawa sesungguhnya langit-langit dan bumi ini adalah suatu yang padu,kemudian kami pecahkannya"

Ayat ini menunjukkan bahawa setelah kejadian bumi..Tatkala Allah menjadikan diatas bumi itu Ahli iaitu (Adam dan Hawa) maka Allah memecahkan langit dengan hujan dan memecahkan bumi supaya dapat menumbuhkan...(Ayat ini telah mengikut apa yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas)

Merujuk kepada buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin..Ayat ini bermaksud bahawa langit dan bumi suatu masa dahulu adalah suatu yang bersambung,,namun ia dipisahkan dengan dinaikkan langit shingga zohirlah bumi.

________________________________________________________________
Begitulah yang ingin diceritakan.Bagaimana Nabi Muhamad SAW yang merupakan seorang Ummi lagi tidak berpendidikan tinggi mampu menerangkan mengenai langit,matahari,planet2.
Justeru itulah hasil kajian sains yg baru ditemui hari ini membuktikan bahawa tuduhan orang kafir bahawa al-quran itu kalam Muhammad adalah
salah.Ini adalah mu'jizat Al-quran yang mengalahkan kalam manusia.
Dewasa ini kita telah melihat berapa ramai ahli sains yang memeluk agama islam setelah mendapati kajian mereka diakui oleh al-quran.Malah banyak lagi kajian-kajian ahli sains yang dibuktikan oleh al-quran seperti zarah,cap jari manusia,sperma, dan sebagainya.

NAK TEKA SATU!!
Kenapa kerbau berendam dalam air seluk/lumpur?
--Sebab ingin membuang kuman serta bakteria yang terdapat pada badan Kerbau.