Tangis Baginda Rasulullah SAW

Monday, August 31, 2009

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak bersua di alam maya kerana disibukkan dgn perkara2 penting dan yg tidak penting.Akhirnya pagi ni terbuka mata nak menulis sedikit artikel mengenai ini..

KIta umat islam sering diceritakan dengan cerita2 yg mengasyikkan mengenai syurga, yang di dalamnya pokok buah-buahan yg beraneka macam yg rendang dahannya.Dikurnia juga sungai2 yang mengalirkan jenis2 air yang telah disediakan oleh Allah SWT khusus buat hambanya yang berusaha mendapatkannya.

Khabar gembira itu terus-menerus diceritakan bagi menaikkan semangat sang pejuang dalam mengerjakan amal ibadah khalison lillahi taala.

Akan tetapi kita lupa sesuatu mutiara yang harus ditekupkan ke dalam jiwa setiap mujahid.

"Adalah lebih baik meninggalkan satu dosa daripada melakukan amal ibadah"

Ini kerana dosa yang dilakukan pasti akan membintikkan 1 noktah hitam di hati. Apa guna ibadah seorang hamba yang disebaliknya terkumpul dosa? Begitulah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWt " Aa'n solatihim sahuun" - bermaksud Allah SWT mencela orang yang lalai disekitar solatnya.Solat yang cukup 5 waqtu sehari semalam, akan tetapi mereka terus dilalaikan dengan maksiat2 serta dosa2 yang berpanjangan.

Oleh kerana itu, manusia harus diberi khabar mengenai neraka agar mereka merasa neraka senantiasa mengancam mereka..

Diriwayatkan mengenai perbualan Baginda Rasulullah Saw dengan Malikat Jibril:

Rasulullah s.a.w. bertanya kpd malaikat Jibril mengenai perihal api Neraka, lalu Jibril pun menceritakan,

"Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini"

"Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan"

"Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan"

" Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi"

Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril,"
lalu Rasulullah menangis, Jibril pun turut menangis.

Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"

Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk."

Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.