Ini Peringatan Dari Yang Maha Esa

Saturday, October 31, 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,ruang waktu yang berbaki sebelum aku memulakan langkah menuju HadiQah Ilmu di Rusila..Musim Tengkujuh sudah tiba.Hujan di Ardhullah (Bumi Allah),Apa di sana ada Nikmat RezekiNya..Atau di sana ada Hikmat BalaNya?Yang Pasti,Allah Maha Berkuasa di atas Segala2nya.

Muthakhir ini,terlalu banyak berita2 yang kita dengar.Sekalipun aku sudah skian lama terperap di Hadiqah Ilmu Rusila,namun masih ada juga sedikit sebnyak berita yang aku dengar yang harus diamati.Bala Allah di Amerika,Jepun,Indonesia,serta Malaysia turut terkena biasnya.

Sekalipun semua ini tanda Marah dan Ihzar,tetapi tidak semua insan berfikir tentang Zat-Nya dan Sifat-Nya disebalik kejadian ini.Dan aku masih ingat diantara ayat yang aku hafal..iaitu di dalam surah Ali Imran.

Allah Menyatakan "Dan Allah memberi peringatan kepada mereka terhadap diri-Nya (iaitu Siksa Allah swt),Maka Allah itu sungguh Maha Penyayang terhadap Hamba2nya"
Meskipun kita melihat Allah itu menurunkan bala,tetapi mengapa kita tidak mengambil pengajaran daripadanya untuk diri kita?Diri yang sering melakukan dosa dan maksiat.Yang sering lalai daripada mengingatiNya.Dan diri yang sering sombong daripada RahmatNya.

"Astaghfirullah Al-Azhim...Allazi La Ilaaha Illa Hu.."

HUmm,,dan diri aku pulak..Ape nak jadi ntah!! Exam seminggu lagi,tapi membaca pun kurang. Kitab pun baru 2/3 biji yang sudah ditelaah.Masih berbaki 19 mawad.Aduhai Saada!!!

Dan minggu lepas,terjadi beberapa peristiwa ke atas diri aku.Yang buat aku sedar,yang selama ni terlampau banyak aku membuat dosa dan menganiaya.Dan sejak itu.Aku garapkan satu tekad dan azam dalam diri untuk melakukan perubahan.

Aku tetap Aku! Namun Aku yang dulu telah lama berlalu.Kini aku mahu mulakan hidup baru, bersama cita-cita dan impian sendiri.Aku harus berani dalam menempuhi semua ini.Kerana aku tahu pasti muncul di sana nanti warna Pelangi..Aku dan Semua..

Hidup ni xterlepas daripada masalah sebenarnya.Tapi atas diri sesorang,yang mencipta tempat Mengadu, yang mencetus penyelesaian bagi setiap permasalahan.Marah bukan Berani tetapi Takut untuk menghadapi!
Tapi,Penyelesaian perlukan MASA..Ada pepatah berkata,
"Biarlah waktu yang mengubat hati yang lara,jua jiwa yang berduka"
Dan kawanku,,
Aku tidak menagih simpati dalam menuntut sesuatu,cuma harapanku, persahabatan yang dahulunya kita jalin akan terus kekal,di atas nama ukhuwah kerana Allah. Tidak pernah aku membenci kalian kerana kamu semua bukan lawan,Tetapi Kawan!

"Ma ibghodhokun munzu Ahabbukunna"

Kepada Semua Calon Jenazah

Friday, October 30, 2009

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

  • Ahli Syurga Dari Awal.
  • Ahli Neraka Dari Awal.
  • Ahli Neraka Sementara Bagi Proses Penyucian Dosa
  • Ahli Syurga setelah Mengikuti Program Pra-Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa sahaja.Semua calon mesti bersiap-sedia pada setiap masa.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.


Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
" Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tips Qiyamullail

Pertama,
jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!

Kedua,

jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat. Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.



Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”
Sufyan atas-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!
Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.

Keempat,

lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur.

Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.
Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (hari. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)


(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Sibuk kan ujian Allah Swt

Friday, October 09, 2009

Hemm,,kesibukan tidak pernah jemu menjengah hidup ini,cuma aku yg diletihkan olehnya sehingga kadang2 terputus asa dgn amanah yg dipikul.Namun dengan RahmatNya aku berjaya mengumpul sedikit kekuatan untuk teruskan perjuangan.

InsyaAllah,tahun ini adalah tahun last aku akan memegang jawatan sbg Setiausaha pengawas. masuk tahun 2010,,aku merdeka dr 1 jawatan.Macam2 pengalaman selama 5 tahun lebih aku jadi pengawas ni.Dulu2 selalu kene buli,Sekarang aku adalah insan yg berani.Kisah lama aku sbg seorang penakut,pemberontak telah berakhir.Aku adalah aku,tapi aku skrg lebih baik dari dahulu.Latihan demi latihan saban tahun membina satu personaliti baru untuk aku.Terima kasih untuk kakak2 mantan 2005,2006,2007,2008,2009 yang telah mendidik aku sehingga aku jadi begini.

Namun,seperti yg aku katakan,kesibukan tdk akan pernah jemu menjengah hidup ini.Kini aku terlantik pula memegang jawatan kedua tertinggi dalam organisasi iaitu Timbalan Yang Di Pertua Majlis Syura Robe' Tsanawi 2009/2010.Humm,,takziah buat diri sendiri...............

Dan hari ini,aku semakin kedepan dalam menjalani hidup.Hidup sebagai kakak ni bukan mudah. Apabila berada di atas,pastinya akan mampu menilai apa yang berada di bawah.Sungguhpun keadaan adik2 skrg cukup2 membimbangkan aku.Ada yang kurang ajar,xreti bahase,x jage kebersihan, dan masalah akhlak yg paling kritikal.

Kelmarin dulu,sahabat2 dikalangan tsnwi3 buat satu gerak gempur bilik adik2.Macam2 masalah ada.Dan gerak gempur ini jugak turut membuat sebilangan pelajar bermasalah mengamuk. Ape taknye..Halang aktiviti diorg mlm2.Aku hanya mampu berdoa agar mereka semua ni insaf.

Tapi gerak gempur malam tu,aku tak mampu libatkan diri krn sakit kepala dan loya2.Nak kate Demam xla.tp teruk la jugak hinggakan aku berjaga malam smp pagi.Lepas subuh baru boleh lelapkan mata stelah aku jampi sket air dgn selawat syifa dan alfatihah.Ujian kan?dalam minggu yg same,hampir 4 hari aku xstudy.2 hari sakit,1 hari ade kirje, 1 hari tertidur.

Huhu..cukup takat ni la..Kene siapkan teks syarahan pulak.hari ni ade pertandingan syarahan peringkat Dun..Doakan aku berjaya..

Majlis Hari Raya di Sekolah

Thursday, October 08, 2009

Alhamdulillah,,,dalam kul 3 petang tadi,aku bertolak pulang ke rumah daripada asrama di kampung rusila.Hampir 2 minggu aku merempat di asrama...haha..xla jugak sebab ustazah dan ustaz pun dah start mengajar.


Minggu lepas,pihak sekolah menganjurkan sebuah majlis sempena Hari Raya eidulfitri.Aku di saff tsanawi 3 ditugaskan menyediakan makanan untuk jamuan.Fuhh!!Sibuk..hampir 2 hari kami bertungkus lumus menyediakan kuih raya..raya la katakan..Selain daripada kuih raya,kitorang turut berkerjasama dengan makcik2 dalam menyiapkan acar nenas..Hari khamis tu start majlis, awal2 pagi lagi kene bangun awal untuk settle makanan,tapi pagi tu aku bngun lewat. Membuat sakit mengantuk coz tidur kul 1 lebih malam sblm tu.

Ape-pehal badan aku diniaya oleh rakan2 sbb bangun lewat,dan aku terus didera sehinggalah aku bngun mandi.hahahha..Sibuk betul hari khamis tu,dahla tempat jamuan x strategik langsung! Letih aku dibuatnya..Tapi kaann..


Punya la aku nasib baik,mase adik2 banin tsanawi 3 tengah main dikir2 atas pentas,aku sempat duduk dalam majlis sekejap.Ambil rehat....Then ade la ustaz Azri kasi tawaran sape2 yg berani naik pentas akan dapat duit raye.Asalnye aku nak naik dah,tapi ustz jemput banin dulu..


Dengan sabar aku terus menunggu..selps wakil banin turun pentas,ustaz terus menjemput wakil dr banat..hehhehe..ape lagi..hentam je la.Mula2nye fikir panjang jugak nk naik tu.ye la.muka dahla xcomel,pakaian pun jubah khusus untuk wat kijer(huduh la sket).Jilbab pun x matching. hahhaa..lawok betul aku mase naik tuh.Ramai gak adik2 banat tegur,aku naik pentas sengeh je memanjang..


Anyway,,atas keberanian aku tu,dapat la jugak rm5 ditambah rm10 hadiah dr moksu mase aku turun pentas.hehhee.dont be jelous yep!hak ni kisah baik..kisah malang pun ade jugak


Mase adik2 banin start main2 dikir,,aku malas nk tgk.xnk wat maksiat mate bnyk ngat.So aku terus keluar.Nak tenangkan fikiran dengan mencuri sedikit makanan kat luar di dewan jamuan. Tapi xberkesampaian krn aku antara yg dikerah untuk tolong makcik2 di dapur.huhuhu.. lapar sangat mase tu...hah nak tahu aku kene ape?


mujur aku xpakai jubah lawo2,sbb mase aku ke dapur untuk menolong,makcik2 suruh aku bersih ayam.fuh,,tanpa fikir bnyok,aku wat je la kirje..mase wat kirje tu pulok..ade la sket2 yg xkena dan xberkenan dan xselesa dgn kehadiran bbrapa ajnabi..dahla aku sorang mase tu..

Apepun,majlis berjalan dengan lancar.Dan aku seronok dapat berkhidmat.. ye la,tahun depan xdapt nk kerah tenaga sebnyk ni dah.Coz akan naik robe' tsnawi,so kene tumpu pada pelajaran la pulak.