Antara Kesan Penceraian

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum Wbt..

Alhamdulillah,,hari ni iaitu 11 Zulhijjah 1430h aku masih lagi bernyawa untuk terus mengupdate blog yang sudah menjadi hobiku dari dulu sampai sekarang.Hehhe...Lame dh rasenye nk update, cuma takder isi dan takder cerita yang nak dicelotehkan..hohoho..

Wal Aan,,sa Anbiikum Qissotan..Isma'uuu!! Hehhe..buat2 pandai bhase arab la pulak.. Ntah betul ke tak au?Xder kepandaian serta kefasihan dlm komunikasi bahasa arab lagi..Nanti sampai Syria, InsyaAllah aku akan belajar komunikasi bahasa arab,then blog ni akan jadi DWi-Bahasa.. Hhahaha! Berangan Betol la kau Saadah!!!

Perkahwinan,dah menjadi satu fitrah dalam hidup manusia.Kata Orang-Orang,hidup sesorang tak sempurna tanpa Hawa sebagai Isteri..Dan Tak sempurna kehidupan Hawa tanpa Adam yang melindungi sebagai Suami.Haa..Siap ada dalil lagi yang menjadikan Perkahwinan ni satu Sunnat Muaakkkad (Istilah Fiqh):
"Man Ahabba Fitrotii ,Fas Yastunna Bisunnati...Wa min sunnati An-Nikaaha" maksudnye : Barangsiapa yang sukakan fitrahku,maka ikutlah Sunnah2ku.Dan daripada sunnahku adalah NIKAH."
Tetapi,apakah disebalik pernikahan itu pasti ada bahagia?Habis kenapa pula timbulnya Cerai -Menyerai?
Bahkan sewaktu bercinta(bg yg kurang ikut agama la) bukan main lagi "I love U,U love Me" .. Hentah2 lepas kawin 2/3 bulan dah bercerai-berai?Ape kes?

Kalau orang perempuan mase nak diceraikan...apa dia kata.? "Aku kawin dengan kau bukan untuk bercerai!!?"

Lelaki jawab ape? "Kita dah sememangnye xder jodoh!!"

Habis tu sebelum kawin???? "Inilah jodoh kita,,oh darlingku.."?????

Inilah yang dikatakan buta akan pendidikan agama yang mengajar adab serta aturcara dalam mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia.Dan memang benar, setiap rumahtangga ada permasalahannya.Tetapi andai si suami dan isteri berpegang dgn apa yang diajar oleh Islam,,segala masalh boleh diselesaikan.InsyaAllah.

Dan yang kat atas tu,,dialog saje2 je...Jangan sampai ada yang terasa..Tu Ciplak dari filem Melayu belake.
Alkisahnya,jangan kita menganggap penceraian itu langsung tidak mendatangkan kesan. Especially penceraian yang berlaku di dalam sebuah keluarga yang sudah mempunyai cahayamata. Of course ,kita semua dah maklum tentang masalh gejala sosial yang berlaku dikalangan masyarakat sekarang yang kebnyakannya berpunca daripada masalah rumahtangga yang menyebabkan tekanan terhadap anak-anak.
Saya pernah ada seorang kawan,namanya takboleh tulis la..Dia pernah satu sekolah dengan saya dulu,dan sekarang dan lama tak berjumpa,,last sekali terjumpa mase berkempen PRKKT baru ni.Sekalipun dah hidup berjauhan,tapi sedikit sbnyak ada la tahu pasal hidup dia.
Berlatar-belakangkan keluarga yang bercerai-berai..Asal kehidupan (kawan) ni, okay baik,ramah,xder masalh.Tetapi apabila dia meningkat remaja,jiwa memberontaknya parah! Akalnya mula berjinak dengan pengaruh-pengaruh luar.Kini dah terlibat dengan gejala Meremp-It dan dibuang sekolah.
Kehidupan kawan saya ni,saya jadikan contoh sebagai mangsa penceraian ibubapa.Dia kurang didikan daripada seorang Ayah.dan Asuhan seorang ibu tidak mampu mendidik dia dengan sebaik2 pendidikan,sekalipun ibunya seorang guru.

Betapa sinis masyarakat memandang seorang anak
yang menjadi mangsa penceraian,

lagi membuat parah jiwa mangsa memberontak.
Tak mampu dikekang,ditahan.
Hanya mampu kita simpan dalam kenangan segala kebaikan.
Bila Kebaikan cuma sejarah yang kian berlalu.
Keburukan muncul menonjol diri,
kurang siapa yang mampu memperbaikinya lagi.

Yaa..seorang ayah adalah seorang pelindung dan juga seorang SUPERMAN bagi anak.Ketiadaan seorang ayah mengundang ketakutan dan mengancam keselamatan seorang anak.

Baru-baru ini..seorang sahabat saya yang turut menjadi mangsa penceraian ibubapa.Dan kini menetap bersama ibu kerana si ayah sudah mempunyai isteri baru.Ibarat kata ibu kedua itu, RIKA SUMANTO -ibu si bawang Merah.Sape yang suka karakter seprti itu?...

Punyai ayah,tetapi tiada disisi,punya ibu yang bekerja siang dan malam.Punyai abang yang memilih untuk hidup bersendirian kerana tidak tahan dengan masalah penceraian ibubapa. Hidup membela diri sendiri,sakit membenci ayah sendiri kekadangnya..apepun masih lagi punya sayang kerana dia anak kesayangan.
Tapi undangan penceraian bukanlah kebahagian.Mungkin bahagianya dirasa kedua pasangan,tapi bukan far'u warisnya!
Oleh kerana tidak ada si ayah yang melindungi ataupun kaum laki2 seperti abang yang menemani. Kumbang mana yang tidak tahan melihat bunga yang tidak dipagari oleh besi dan duri?
Seberaninya rumah itu diceroboh oleh seekor manusia,membawa nafsu ajaran syaitan.Tiada lagi yang mampu dibicarakan setelah semuanya berlaku..Ibu mahupun bapa tidak berhak menunding jari..melainkan jarinya terkena pada diri sndiri..

Kesan penceraian bila pasangan tidak berbincang dengan sebaiknya.Dayuskah seorang ayah membiarkan anak hidup keseorangan tanpa merisaukan keselamatan dan kebarangkalian akan sebarang ancaman?,mahupun di ibu yang diberi tanggungjawab tetapi menghilang diri siang dan malam?Apatah lagi abang yang memilih untuk lari dari keluarga?

Tepuk dada Tanya Iman...

WallahuaAlam