Pelajar Tahun Akhir 2010

Thursday, December 31, 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,kesempatan waktu yang ada semntara jejari masih berminat melakar kata-kata.Mood pun sedang2 molek je.oleh tu aku hargainya tanpa terus membuang masa.

hampir sebulan lebih,cuti sekolah hampir tamat dan akan bermulalah sesi persekolahan bagi sesi 2010. Sekalipun tempoh cuti yang agak lama,aku bersyukur krn aku dapat memanfaatkannya dgn pengisian ilmu selama 2 minggu baru-baru ini..

kisah penjelajahan ilmu di Rusila sudah memasuki final season bagi aku dan rakan-rakan se batch.Kalau ayat dalam needfor Speed ia dipanggil FINAL LAP.Tiap kali aku main game ni,,bila tibe final lap,masa tu aku dah terbiasa dgn jalan yang sama dilalui dalam lap 1,2 dan sterusnya.

Oleh itu final lap tidak begitu sukar,akan tetapi bila memasuki final lap,para saingan yang lain turut sama menjadi makin mant0p dan oleh kerana itu, masing-masing semakin ghairah dan bersemangat.

Begitulah juga aku di Darul Quran yang mempunyai 7 laps (pusingan)..Dan aku jua saingan yang lain akan mula berhempas pulas di lap yang ke-7.Siapa yang terkedepan,dan sapa terkebelakang?sukar diramal saat ini. Kejayaanku selama ini juga,tidak mustahil akan dipintas oleh saingan-saingan yang lain.

Baru-baru ini juga,peratus peperiksaan aku jatuh 2 mata(2%).Aku mula merasa kesal diatas sikapku yang acuh tak acuh tatkala menghadapi final exam 2009.Apatah lagi,musim peperiksaan yang kebetulanya musim hujan. Best sangat time tu nak terlelap,terkhoyal..dan macam2 adegan lagi yang sama waktu dengannya..

Waktu menghafalku pn tidak teratur.itulaa tidur punyer pasal,bila kawan kejutkkan buat2 tak sedar (mmg x akan sedor). Pahtu bila terkejut lewat pagi dlm kul 5.30 terhegeh-hegeh membaca kitab yang masih belum dihafal sepenuhnya..kejadian spt ni banyak berlaku padaku baru-baru ini..Lebih kot 3 kali.
Istilah yang aku gune time exam pulak "Biar la aku nk lepas nombor 1 ni ke kawanku yang lain,tak nak tekan sangat exam final ni,,takut time robe' jadi muok,malas,frust.." hasil dari ungkapan ini lah,Aku begitu-begitu banyak bercakap ,dan membuang masa.Lebih-lebih lagi time madah usulfiqh.hahha..

berdosa tak r aku ni? ade se malam tu,aku jadi malas menghafal dan aku bercakap,pahtu sorang2 kawan aku mari bersembang sama. Seme lending masa malam exam tu..Hhahahhha..Poyo betul...
Apepun,,aku still bersyukur diatas kejayaanku,,sekalipun tak kekal dgn peratus awal tahun dan menurun 2 % pada akhir tahun.Alhamdulillah Rabbi AlAaalamin.

Pintu-pintu Syaitan dan Cara Menghalangnya

Wednesday, December 23, 2009

Bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan iblis,Islam telah menunjukkan kpd manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya Berjaya menewaskan musuh ketatnya itu.


Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para solihin dgn katanya: “Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia,ternyata ia masuk ke dalam diri melalui 10 pintu :

  1. Tamak dan buruk sangka,maka aku menghadapinya dgn sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dgn apa yang ada.
  2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan,lalu saya menghadapinya dgn perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
  3. Cintakan kerehatan dan kemewahan,lantas aku menghadapinya dgn keyakinan bahawa kenikmatan itu pasti hilang dan balasan buruk pasti menanti.
  4. Kagum terhadap diri sendiri (u’jub),lantas aku menghadapinya dgn rasa terhutang budi kepada Allah SWT dan kpd akibat buruk.
  5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka,lalu saya menghadapinya dgn mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
  6. Hasad (Dengki),lalu saya menghadapinya dgn sifat berpada (Qana’ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kpd makhlukNya.
  7. Riya’ dan sukakan pujian orang.Lalu saya menghadapinya dengan Ikhlas.
  8. Bakhil (kedekut),lalu saya menghadapinya dgn menyedari bahawa apa yg ada pada makhluk pasti akan binasa .
  9. Takabur(Membesar diri),lalu saya menghadapinya dgn tawadhuk.
  10. Tamak-haloba,lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan disisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Aku Mahu Ke Sana!

6 Tahun akan berlalu seketika nanti.Menjelang 2010,aku akan berada di saff Robe' Tsanawi di Darul Quran, tempat aku diasuh dan dididik dengan pengajian agama.Dari yang tumpul,aku diasah menjadi tajam.Dari yang lemah aku diuji dengan pelbagai ujian sehingga aku mendapat kekuatan.Alhamdulillah,aku bersyukur dengan semua tu.

Awal kedudukanku di darul Quran,aku hanya murid biasa.Bukan seorang pelajar yang begitu pintar.Suka bermain dan cepat memberontak.Pasti ada sahaja yang tidak kena dengan aku.Tapi semua tu berlalu hari demi hari.Aku mula ditarbiyah dengan ditaklifkan berpesatuan.Gemar pada mulanya,tetapi kerana masalah yang begitu banyak (almaklum,budak2 lagi masa tu,xpandai nk selesai mslh sendiri) aku lupa siapa aku.Seorang pengawas yang lebih teruk dr pelajar?

Alhamdulillah,itu tidak lama.Benar kata orang,"Yang Guru Itu Adalah Ujian" ujian yang banyak melahirkan kekuatan dan kekebalan.Sampai saat ini,tatkala ujian menimpa,aku tidak menggelabah seperti dulu.Kerana aku tahu,aku hanya sedang diperhatikan bagaimana caraku menghadapi serta menyelesaikannya.

Bukan itu yang aku mahu ceritakan sebenarnya dlm posting kali ni.huhu,,sedih rasanye hati ni bila dengar kesukaran bagi pelajar ajanib ke Syria.Sebelum ni memang masalah tu dah berlaku.Tetapi baru-baru ini Ada ura-ura kerajaan syria nak beri iqomah buat pelajar ajanib.Dan sekarang,,Masalah yang sama berlaku semula.

Semenjak aku diberi harapan untuk menyambung pelajaran ke Syria ,semangatku untuk belajar begitu berkobar-kobar.Sehingga aku menampal di meja studyku "SYRIA OGOS 2010" ... dan aku telah menarget yg terbaik untuk exam Syahadah Tsanawiah.Aku telah merancang beberapa kelas bahsa arab sbg persediaan ke sana..Aku tahu semua usaha ni tidak sia-sia..Dan Berita tentang masalah ke Syria ni bukan hanya berita sedih buat aku,malah ianya membuat jiwa aku lebih bersemangat untuk ke sana..

Ya Allah,,

Aku Diserang Migrain?

Monday, December 21, 2009

huhu,,2 hari yang lepas aku diserang Sakit kepala sekali lagi.Seperti biasa,tiap kali aku sakit kepala,perutku mula loya dan hilang selera makan dan terasa ingin muntah.Tapi hari itu bukan stakat Rasa Ingin Muntah,tapi aku betul2 muntah.huhuhu..

Sakit kepala tu tak berakhir hari tu je..keesokan hari tu aku masih mengalami simpton yang sama.Kebetulan hari tu aku ditaklif menjadi Fasilitator bagi program Wadah Srikandi di Rusila.

Dan hari ni,sakit kepala mungkin berkurangan tetapi aku masih lagi merasainya.

Pada mulanya,aku kurang pasti samada sakit kepala yg aku alami ni,hanya sakit biasa atau migrain.Dan aku kerap mengalaminya sejak masuk tahun 2009 dan aku menduduki saff tsanawi 3.Kemungkinan sakit ni berpunca dripada proses pembelajaran harian.Letih dan banyak berfikir.

Antara gejala-gejala yg pernah aku alami ialah,

  • Sakit kepala sebelah sahaja
  • loya ,hilang selera makan dan muntah
  • rasa gegaran di kepala
  • kepala berdenyut kuat
  • sensitif terhadap cahaya (fotofobia)
  • sensitif terhadap suara (fonofoia)
  • senstif terhadap bau (osmofobia)

Dan baru ni,aku ke pusat homophaty,mmg aku disahkan berikut.Mane2 yang mengalami simpton2 tersebut, jumpe la doktor2 yg diiktiraf.Coz migrain mmg sakit!!!

Kelas Tuisyen Bahasa Arab

Wednesday, December 16, 2009


Assalamualaikum,,huhu,,lame benor xupdate blog ni..kali ni just nk cakap2 pasal Kelas Tuisyen Bahasa Arab yang dianjurkan oleh pelajar tsanawi 3 banat baru2 ni.Kelas ni dibuat selama 2 minggu.Tapi kami tak menginap di asrama,dan mujurlah kak ina memberi keizinan buat kami menumpang di rumah bahagian atas.

Makan minum xder masalah,kitorang memasak pakai resepi budak2 muda.Amacam?orang tua tengok pun kurang berkenan nak buat menantu..hahahha.apelah sangat,hidup sederhana tanpa mak bapak.so kena la berjimat cermat..Makan telur,ikan..ayam pun ade gak sekali due..(wat2 kaye)
Hari-hari kitorang terisi dengan perkara2 yg berfaedah la jugak.Pagi-pagi hari wajib solat subuh di Masjid Rusila,then menghafal Al-quran Juz 4.pah subuh,kelam kabut jugak nak memasak.kul 9 start kelas pagi.

Kelas sesi pagi biasa habis kul 11 atau lebih gok..atas tajuk yg ustaz ajar la.FYI,ustaz yang mengajar hanya seorang ustaz iaitu Ustaz Rozi Ali.sbb kitorang belajar pengkhususan untuk madah tatabahasa Arab.
  • Kelas sesi pagi start kul 9.00 smp kul 11.00.
  • Kelas sesi petang start kul 2.30 smp kul 4.30.
  • Bagi kelas malam bermula jam 9.00 smp 10.30.

Tetapi ada jugak kelas yg dibatalkn atas sbb keuzuran.

Waktu petang,kitorang beriadhah.Kadang-kdg bersama2 adik2 tahfiz(main bola jaring)..Adakala berjalan di pantai ambik angin.Main badminton dan sebagainya.Riadhah ni untuk menghilangkan tension yg dialami spnjang pembelajaran harian.

Ada petang isnin tu,kitorang melawat Ustazah Wan Nazrah.huhuuhu.kalau dang bersembang dgn ustazah..mmg xhabis cerite.bnyk pengalaman ustazah yg hendak dicungkil tetapi masa tak mengizinkan.


Posing dgn ustazah kat pantai.pergi tengok belut kat umah habibah smp xsedar hari menjelang senja.Kitorang pun kedek-kedek balik ke penginapan.

Ada jugak sekali,kami mengadakan kelas talaqqi bersama ustaz Syamms.Melalui talaqqi ni,kitorang bnyk sedar yg,terlalu bnyk kekurangan pada bacaan al-Quran kami.Dan insyaAllah,kelas talqqi ni akan terus berlangsung setiap hati rabu petang.

time maghrib,diwajibkan juga solat di masjid dan menghafaz al-quran smp tiba waktu isya.Ada yg dapat menghafaz 1 helai sehari,ada yang 1 muka.seme tu bergantung atas kesungguhan dan kemampuan sesorang.

Apepun,kursus ni mmg bermakna.

Faraidh: 1 laki Umpama 2 Wanita

Wednesday, December 02, 2009

Bismillah...

Ilmu Faraidh,ilmu yang begitu diambil cakna dlm Islam.Sehinggakan keutamaan agar mempelajarinya dan mengajarnya kepada manusia turut terkandung nas mengenainya di dalam hadis.Dan aturcaranya pula diajar secara langsung oleh Ayat Al-Quranul Kareem.

Semasa aku mula mempelajarinya.Aku pelik,kenapa Laki-laki mendapat bahagian umpama 2 orang wanita."Lizzakari Mislu Hazzhil Untsayain"..Demikian yg aku baca daripada kitab Al-Mawarith,karangan Syeikh Mohammad Ali As-Sobuuniy.

BAB : MENGAPA LELAKI MENDAPAT LEBIH BAHAGIAN DRPD WANITA

1- Wanita mempunyai kecukupan dari segi keperluan.Manakala wajib memberi nafkah kepada wanita iaitu anaknya,atau bapanya atau sedara lelakinya atau selain mereka dikalangan kaum kerabat.

2- Wanita tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.Berlainan dengan kaum lelaki yang dipertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada ahli dan kaum kerabat dan selain mereka yang wajib keatasnya untuk memberi nafkah.

3- Pemberian nafkah bagi lelaki banyak,dan begitu memerlukan kepada harta.Maka berhajat kepada harta bagi lelaki lebih besar daripada hajat seorang wanita terhadap harta.

4- Lelaki pemberi mahar kepada isteri yang dikahwininya.Dan bertanggungjawab bagi memberi nafkah tempat tinggal,makanan,serta pakaian bagi isteri dan anak-anak mereka.

5- Harus (kepada lelaki) mengajar anak-anaknya,serta bertanggungjawab bagi ubat-ubatan untuk isteri dan anak-anak.

Bahkan seorang wanita mengikut Syariat Islam tidak wajib untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun,ke atas diri sendiri atau anak-anak nya.Sekalipun wanita trsebut kaya lagi senang , tatkala mana ADA SUAMI.

SYUKUR LAH KERANA...

BAB : PERWARISAN HARTA BAGI WANITA SEBELUM ISLAM

Sesungguhnya wanita sebelum Kemunculan sinar Islam langsung tidak diberi harta pusaka. Demikian kerana hujah mereka (masyarakat jahiliah) bahawa wanita itu tidak berperang .

Bahkan Kata Orang Arab :

"Bagaimana kami mahu memberi harta kepada orang yang tidak menunggang kuda, tidak mengheret pedang serta tidak memerangi musuh-musuh?"

Maka kaum wanita serta anak-anak kecil terhalang daripada menerima harta pusaka.


Arahan buat Orang Makin Gila

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang.

Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang!

"Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.

."�"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�

"Kan kitaorang pemain simpanan!"�

huhuhu

Aku Ingat Pesan Tok Guru

Bismillah..
Kelmaren,,rangkaian media massa memutarbelitkan kenyataan berkenaan Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Aku terkejut.Aku naik benci tp bukan pada Tok Guru,Bahkan aku makin benci pada Stesen TV tu.Dari dulu smp sekarang,rancangan Berita yg start pukul 8.00 malam tu memang jadi musuh ketat aku.Bagi Aku Si Dia adalah "Batu Api" yg cuba melaga2kan pemikiran ummat Islam terhadap PAS..Parti yang berjihad membawa ISLAM di Malaysia ni..
Aku yakin,,bahawa Stesen TV tu Pembohong.Sebab selama ni memang dia suke Bohong pada Rakyat Jelata.Oleh kerana itulah.Seratus peratus aku tak percaya terus padaNya.Tapi jenis aku bukan setakat membiar sesuatu yg buruk berlaku.Aku cuba cari kebenarannya.dan Aku jumpe dalam kenyataan HarakahDaily....
______________________________________________________________
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.
Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan."Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain."Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.
Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.
"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak
yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.
Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.
Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.
Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.
"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.
Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.
"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.
______________________________________________________________
Akhirnya,Aku ingat pesan Tok Guru....Mafhumnye..Mereka tu hanya nak melagakan.Boikot sahaja akhbar(atau bagiku,TV) yang hanya menjadi "batu Api".

Antara Kesan Penceraian

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum Wbt..

Alhamdulillah,,hari ni iaitu 11 Zulhijjah 1430h aku masih lagi bernyawa untuk terus mengupdate blog yang sudah menjadi hobiku dari dulu sampai sekarang.Hehhe...Lame dh rasenye nk update, cuma takder isi dan takder cerita yang nak dicelotehkan..hohoho..

Wal Aan,,sa Anbiikum Qissotan..Isma'uuu!! Hehhe..buat2 pandai bhase arab la pulak.. Ntah betul ke tak au?Xder kepandaian serta kefasihan dlm komunikasi bahasa arab lagi..Nanti sampai Syria, InsyaAllah aku akan belajar komunikasi bahasa arab,then blog ni akan jadi DWi-Bahasa.. Hhahaha! Berangan Betol la kau Saadah!!!

Perkahwinan,dah menjadi satu fitrah dalam hidup manusia.Kata Orang-Orang,hidup sesorang tak sempurna tanpa Hawa sebagai Isteri..Dan Tak sempurna kehidupan Hawa tanpa Adam yang melindungi sebagai Suami.Haa..Siap ada dalil lagi yang menjadikan Perkahwinan ni satu Sunnat Muaakkkad (Istilah Fiqh):
"Man Ahabba Fitrotii ,Fas Yastunna Bisunnati...Wa min sunnati An-Nikaaha" maksudnye : Barangsiapa yang sukakan fitrahku,maka ikutlah Sunnah2ku.Dan daripada sunnahku adalah NIKAH."
Tetapi,apakah disebalik pernikahan itu pasti ada bahagia?Habis kenapa pula timbulnya Cerai -Menyerai?
Bahkan sewaktu bercinta(bg yg kurang ikut agama la) bukan main lagi "I love U,U love Me" .. Hentah2 lepas kawin 2/3 bulan dah bercerai-berai?Ape kes?

Kalau orang perempuan mase nak diceraikan...apa dia kata.? "Aku kawin dengan kau bukan untuk bercerai!!?"

Lelaki jawab ape? "Kita dah sememangnye xder jodoh!!"

Habis tu sebelum kawin???? "Inilah jodoh kita,,oh darlingku.."?????

Inilah yang dikatakan buta akan pendidikan agama yang mengajar adab serta aturcara dalam mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia.Dan memang benar, setiap rumahtangga ada permasalahannya.Tetapi andai si suami dan isteri berpegang dgn apa yang diajar oleh Islam,,segala masalh boleh diselesaikan.InsyaAllah.

Dan yang kat atas tu,,dialog saje2 je...Jangan sampai ada yang terasa..Tu Ciplak dari filem Melayu belake.
Alkisahnya,jangan kita menganggap penceraian itu langsung tidak mendatangkan kesan. Especially penceraian yang berlaku di dalam sebuah keluarga yang sudah mempunyai cahayamata. Of course ,kita semua dah maklum tentang masalh gejala sosial yang berlaku dikalangan masyarakat sekarang yang kebnyakannya berpunca daripada masalah rumahtangga yang menyebabkan tekanan terhadap anak-anak.
Saya pernah ada seorang kawan,namanya takboleh tulis la..Dia pernah satu sekolah dengan saya dulu,dan sekarang dan lama tak berjumpa,,last sekali terjumpa mase berkempen PRKKT baru ni.Sekalipun dah hidup berjauhan,tapi sedikit sbnyak ada la tahu pasal hidup dia.
Berlatar-belakangkan keluarga yang bercerai-berai..Asal kehidupan (kawan) ni, okay baik,ramah,xder masalh.Tetapi apabila dia meningkat remaja,jiwa memberontaknya parah! Akalnya mula berjinak dengan pengaruh-pengaruh luar.Kini dah terlibat dengan gejala Meremp-It dan dibuang sekolah.
Kehidupan kawan saya ni,saya jadikan contoh sebagai mangsa penceraian ibubapa.Dia kurang didikan daripada seorang Ayah.dan Asuhan seorang ibu tidak mampu mendidik dia dengan sebaik2 pendidikan,sekalipun ibunya seorang guru.

Betapa sinis masyarakat memandang seorang anak
yang menjadi mangsa penceraian,

lagi membuat parah jiwa mangsa memberontak.
Tak mampu dikekang,ditahan.
Hanya mampu kita simpan dalam kenangan segala kebaikan.
Bila Kebaikan cuma sejarah yang kian berlalu.
Keburukan muncul menonjol diri,
kurang siapa yang mampu memperbaikinya lagi.

Yaa..seorang ayah adalah seorang pelindung dan juga seorang SUPERMAN bagi anak.Ketiadaan seorang ayah mengundang ketakutan dan mengancam keselamatan seorang anak.

Baru-baru ini..seorang sahabat saya yang turut menjadi mangsa penceraian ibubapa.Dan kini menetap bersama ibu kerana si ayah sudah mempunyai isteri baru.Ibarat kata ibu kedua itu, RIKA SUMANTO -ibu si bawang Merah.Sape yang suka karakter seprti itu?...

Punyai ayah,tetapi tiada disisi,punya ibu yang bekerja siang dan malam.Punyai abang yang memilih untuk hidup bersendirian kerana tidak tahan dengan masalah penceraian ibubapa. Hidup membela diri sendiri,sakit membenci ayah sendiri kekadangnya..apepun masih lagi punya sayang kerana dia anak kesayangan.
Tapi undangan penceraian bukanlah kebahagian.Mungkin bahagianya dirasa kedua pasangan,tapi bukan far'u warisnya!
Oleh kerana tidak ada si ayah yang melindungi ataupun kaum laki2 seperti abang yang menemani. Kumbang mana yang tidak tahan melihat bunga yang tidak dipagari oleh besi dan duri?
Seberaninya rumah itu diceroboh oleh seekor manusia,membawa nafsu ajaran syaitan.Tiada lagi yang mampu dibicarakan setelah semuanya berlaku..Ibu mahupun bapa tidak berhak menunding jari..melainkan jarinya terkena pada diri sndiri..

Kesan penceraian bila pasangan tidak berbincang dengan sebaiknya.Dayuskah seorang ayah membiarkan anak hidup keseorangan tanpa merisaukan keselamatan dan kebarangkalian akan sebarang ancaman?,mahupun di ibu yang diberi tanggungjawab tetapi menghilang diri siang dan malam?Apatah lagi abang yang memilih untuk lari dari keluarga?

Tepuk dada Tanya Iman...

WallahuaAlam

Ini Peringatan Dari Yang Maha Esa

Saturday, October 31, 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,ruang waktu yang berbaki sebelum aku memulakan langkah menuju HadiQah Ilmu di Rusila..Musim Tengkujuh sudah tiba.Hujan di Ardhullah (Bumi Allah),Apa di sana ada Nikmat RezekiNya..Atau di sana ada Hikmat BalaNya?Yang Pasti,Allah Maha Berkuasa di atas Segala2nya.

Muthakhir ini,terlalu banyak berita2 yang kita dengar.Sekalipun aku sudah skian lama terperap di Hadiqah Ilmu Rusila,namun masih ada juga sedikit sebnyak berita yang aku dengar yang harus diamati.Bala Allah di Amerika,Jepun,Indonesia,serta Malaysia turut terkena biasnya.

Sekalipun semua ini tanda Marah dan Ihzar,tetapi tidak semua insan berfikir tentang Zat-Nya dan Sifat-Nya disebalik kejadian ini.Dan aku masih ingat diantara ayat yang aku hafal..iaitu di dalam surah Ali Imran.

Allah Menyatakan "Dan Allah memberi peringatan kepada mereka terhadap diri-Nya (iaitu Siksa Allah swt),Maka Allah itu sungguh Maha Penyayang terhadap Hamba2nya"
Meskipun kita melihat Allah itu menurunkan bala,tetapi mengapa kita tidak mengambil pengajaran daripadanya untuk diri kita?Diri yang sering melakukan dosa dan maksiat.Yang sering lalai daripada mengingatiNya.Dan diri yang sering sombong daripada RahmatNya.

"Astaghfirullah Al-Azhim...Allazi La Ilaaha Illa Hu.."

HUmm,,dan diri aku pulak..Ape nak jadi ntah!! Exam seminggu lagi,tapi membaca pun kurang. Kitab pun baru 2/3 biji yang sudah ditelaah.Masih berbaki 19 mawad.Aduhai Saada!!!

Dan minggu lepas,terjadi beberapa peristiwa ke atas diri aku.Yang buat aku sedar,yang selama ni terlampau banyak aku membuat dosa dan menganiaya.Dan sejak itu.Aku garapkan satu tekad dan azam dalam diri untuk melakukan perubahan.

Aku tetap Aku! Namun Aku yang dulu telah lama berlalu.Kini aku mahu mulakan hidup baru, bersama cita-cita dan impian sendiri.Aku harus berani dalam menempuhi semua ini.Kerana aku tahu pasti muncul di sana nanti warna Pelangi..Aku dan Semua..

Hidup ni xterlepas daripada masalah sebenarnya.Tapi atas diri sesorang,yang mencipta tempat Mengadu, yang mencetus penyelesaian bagi setiap permasalahan.Marah bukan Berani tetapi Takut untuk menghadapi!
Tapi,Penyelesaian perlukan MASA..Ada pepatah berkata,
"Biarlah waktu yang mengubat hati yang lara,jua jiwa yang berduka"
Dan kawanku,,
Aku tidak menagih simpati dalam menuntut sesuatu,cuma harapanku, persahabatan yang dahulunya kita jalin akan terus kekal,di atas nama ukhuwah kerana Allah. Tidak pernah aku membenci kalian kerana kamu semua bukan lawan,Tetapi Kawan!

"Ma ibghodhokun munzu Ahabbukunna"

Kepada Semua Calon Jenazah

Friday, October 30, 2009

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

  • Ahli Syurga Dari Awal.
  • Ahli Neraka Dari Awal.
  • Ahli Neraka Sementara Bagi Proses Penyucian Dosa
  • Ahli Syurga setelah Mengikuti Program Pra-Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa sahaja.Semua calon mesti bersiap-sedia pada setiap masa.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.


Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
" Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tips Qiyamullail

Pertama,
jangan banyak makan dan minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar. seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!

Kedua,

jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata – kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”

Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat. Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor – faktor penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.



Ketiga, hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”
Sufyan atas-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!
Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat.

Keempat,

lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur.

Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.
Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (hari. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)


(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Sibuk kan ujian Allah Swt

Friday, October 09, 2009

Hemm,,kesibukan tidak pernah jemu menjengah hidup ini,cuma aku yg diletihkan olehnya sehingga kadang2 terputus asa dgn amanah yg dipikul.Namun dengan RahmatNya aku berjaya mengumpul sedikit kekuatan untuk teruskan perjuangan.

InsyaAllah,tahun ini adalah tahun last aku akan memegang jawatan sbg Setiausaha pengawas. masuk tahun 2010,,aku merdeka dr 1 jawatan.Macam2 pengalaman selama 5 tahun lebih aku jadi pengawas ni.Dulu2 selalu kene buli,Sekarang aku adalah insan yg berani.Kisah lama aku sbg seorang penakut,pemberontak telah berakhir.Aku adalah aku,tapi aku skrg lebih baik dari dahulu.Latihan demi latihan saban tahun membina satu personaliti baru untuk aku.Terima kasih untuk kakak2 mantan 2005,2006,2007,2008,2009 yang telah mendidik aku sehingga aku jadi begini.

Namun,seperti yg aku katakan,kesibukan tdk akan pernah jemu menjengah hidup ini.Kini aku terlantik pula memegang jawatan kedua tertinggi dalam organisasi iaitu Timbalan Yang Di Pertua Majlis Syura Robe' Tsanawi 2009/2010.Humm,,takziah buat diri sendiri...............

Dan hari ini,aku semakin kedepan dalam menjalani hidup.Hidup sebagai kakak ni bukan mudah. Apabila berada di atas,pastinya akan mampu menilai apa yang berada di bawah.Sungguhpun keadaan adik2 skrg cukup2 membimbangkan aku.Ada yang kurang ajar,xreti bahase,x jage kebersihan, dan masalah akhlak yg paling kritikal.

Kelmarin dulu,sahabat2 dikalangan tsnwi3 buat satu gerak gempur bilik adik2.Macam2 masalah ada.Dan gerak gempur ini jugak turut membuat sebilangan pelajar bermasalah mengamuk. Ape taknye..Halang aktiviti diorg mlm2.Aku hanya mampu berdoa agar mereka semua ni insaf.

Tapi gerak gempur malam tu,aku tak mampu libatkan diri krn sakit kepala dan loya2.Nak kate Demam xla.tp teruk la jugak hinggakan aku berjaga malam smp pagi.Lepas subuh baru boleh lelapkan mata stelah aku jampi sket air dgn selawat syifa dan alfatihah.Ujian kan?dalam minggu yg same,hampir 4 hari aku xstudy.2 hari sakit,1 hari ade kirje, 1 hari tertidur.

Huhu..cukup takat ni la..Kene siapkan teks syarahan pulak.hari ni ade pertandingan syarahan peringkat Dun..Doakan aku berjaya..

Majlis Hari Raya di Sekolah

Thursday, October 08, 2009

Alhamdulillah,,,dalam kul 3 petang tadi,aku bertolak pulang ke rumah daripada asrama di kampung rusila.Hampir 2 minggu aku merempat di asrama...haha..xla jugak sebab ustazah dan ustaz pun dah start mengajar.


Minggu lepas,pihak sekolah menganjurkan sebuah majlis sempena Hari Raya eidulfitri.Aku di saff tsanawi 3 ditugaskan menyediakan makanan untuk jamuan.Fuhh!!Sibuk..hampir 2 hari kami bertungkus lumus menyediakan kuih raya..raya la katakan..Selain daripada kuih raya,kitorang turut berkerjasama dengan makcik2 dalam menyiapkan acar nenas..Hari khamis tu start majlis, awal2 pagi lagi kene bangun awal untuk settle makanan,tapi pagi tu aku bngun lewat. Membuat sakit mengantuk coz tidur kul 1 lebih malam sblm tu.

Ape-pehal badan aku diniaya oleh rakan2 sbb bangun lewat,dan aku terus didera sehinggalah aku bngun mandi.hahahha..Sibuk betul hari khamis tu,dahla tempat jamuan x strategik langsung! Letih aku dibuatnya..Tapi kaann..


Punya la aku nasib baik,mase adik2 banin tsanawi 3 tengah main dikir2 atas pentas,aku sempat duduk dalam majlis sekejap.Ambil rehat....Then ade la ustaz Azri kasi tawaran sape2 yg berani naik pentas akan dapat duit raye.Asalnye aku nak naik dah,tapi ustz jemput banin dulu..


Dengan sabar aku terus menunggu..selps wakil banin turun pentas,ustaz terus menjemput wakil dr banat..hehhehe..ape lagi..hentam je la.Mula2nye fikir panjang jugak nk naik tu.ye la.muka dahla xcomel,pakaian pun jubah khusus untuk wat kijer(huduh la sket).Jilbab pun x matching. hahhaa..lawok betul aku mase naik tuh.Ramai gak adik2 banat tegur,aku naik pentas sengeh je memanjang..


Anyway,,atas keberanian aku tu,dapat la jugak rm5 ditambah rm10 hadiah dr moksu mase aku turun pentas.hehhee.dont be jelous yep!hak ni kisah baik..kisah malang pun ade jugak


Mase adik2 banin start main2 dikir,,aku malas nk tgk.xnk wat maksiat mate bnyk ngat.So aku terus keluar.Nak tenangkan fikiran dengan mencuri sedikit makanan kat luar di dewan jamuan. Tapi xberkesampaian krn aku antara yg dikerah untuk tolong makcik2 di dapur.huhuhu.. lapar sangat mase tu...hah nak tahu aku kene ape?


mujur aku xpakai jubah lawo2,sbb mase aku ke dapur untuk menolong,makcik2 suruh aku bersih ayam.fuh,,tanpa fikir bnyok,aku wat je la kirje..mase wat kirje tu pulok..ade la sket2 yg xkena dan xberkenan dan xselesa dgn kehadiran bbrapa ajnabi..dahla aku sorang mase tu..

Apepun,majlis berjalan dengan lancar.Dan aku seronok dapat berkhidmat.. ye la,tahun depan xdapt nk kerah tenaga sebnyk ni dah.Coz akan naik robe' tsnawi,so kene tumpu pada pelajaran la pulak.

Salam Eidulfitri..

Saturday, September 19, 2009

Lemahnya Sebuah Bait Muslim

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah,,syukur kupanjatkan ke hadrat rabbul jalil diatas segala nikmat dan hikmahNya.Pagi ini aku ada terbaca sebuah artikel mengenai Upaya serta Langkah2 musuh Islam dalam Menjatuhkan Islam.Sungguh,,strategi yang mereka jalankan kini semakin giat dilaksanakan. Ramai yang menyedarinya tetapi Dunia menutup mata mereka untuk menghalangnya.Hanya yang kuat sahaja mampu menghindarkan keluarga mereka dari Serangan Pemikiran yg dilancarkan ini.

Antara Langkah mereka ialah MERUNTUHKAN NILAI-NILAI KELUARGA MUSLIM (BAIT MUSLIM) ..

Islam sendiri telah meletakkan cara-cara mengenai Pembinaan Keluarga Muslim.Bagaimana mahu mengekalkannya dan ke manakah matlamatnya...
Diantara Sabda Rasulullah SAW , Baginda menyuruh agar ibubapa mengajar anak-anak solat ketika berumor 7 tahun dan pukullah dengan pukulan yang sekadar memberi peringatan bukan atas dasar marah atau ingin menyakiti ketika mana anak itu sudah berumor 10 tahun apabila si anak masih degil mengerjakan solat.
Anak-anak juga mestilah diajar ilmu-ilmu asas agama terutamanya ilmu mengenai Kitabullah yang menjadi teras kekuatan mental seorang budak..Aktiviti mengajar ilmu-ilmu agama inilah yang akan membina connection yang kukuh diantara ayah - anak dan ibu -anak..Sekaligus proses pertama dalam membina bait muslim sudah completed iaitu anak terdidik dgn asas agama dan terpupuknya ukhuwah diantara Ayah ibu dan anak.

Fenomena sekarang,mengapa saya katakan bahawa Dunia menutup mata para ibu bapa dari menghindari keluarga mereka menjadi mangsa serangan pemikiran yg dilancarkan oleh puak2 yahudi dan nasrani.

  • Dunia lah yang menggelapkan para ibubapa dari memandang tanggungjawab mereka dalam pendidikan anak-anak di rumah selain menempatkan mereka di sekolah.. Mereka bekerja siang dan malam demi mendapatkan wang.Dikalangan golongan ini lah ramai yang tidak sedar bahawa pembelajaran anak-anak di sekolah tidak cukup sekiranya tidak ada tarbiyyah secara usrah (kekeluargaan) dilaksanakan.
  • Dunia lah yang melarikan ibu dari bapa,dan melarikan bapa dari ibu.Diantara mereka sendiri tidak mampu mencipta satu persefahaman dan keserasian..Lelaki yang dikatakan sebagai ketua tidak mampu membimbing seorang isteri..Kelemahan yang ada pada Ketua keluarga lah yang menjadi penyebab utama keruntuhan sebuah keluarga..Dan Kelemahan ini berpunca dari "Kurangnya kefahaman mengenai agama dalam diri"
  • Dunia lah yang menutup para ibu bapa untuk melihat Akhirat dan jalannya..Dek kerana asyik mengutip segala harta benda dunia , menjadikan manusia merasakan semakin tidak cukup dengan segala keperluan yang telah diberikan oleh Allah SWT.Kemahuan demi kemahuan semakin melambak difikiran.Natijahnya akan melipat gandakan usaha dalam pencarian Wang..Mungkin dalam solat pun terfikirkan masa depan dunia serta terus nmenerus membayangkan satu perkataan iaitu" Wang".Ini yang mengerjakan solat,, Ramai lagi yang terus melupakan ibadah kepada RabbNya hanya semata-mata tamak mencari harta dunia.Yang akhirnya dilambai harta tatkala tuannya ditenggelamkan ke dalam liang lahad.
Tidakkah kita mengkaji sedikit pun mengapa terjadinya keruntuhan akhlak para remaja sekarang?

Mereka dihantarkan ke sekolah oleh ibu bapa...
Mereka dihantar ke kelas-kelas tuisyen oleh ibu bapa...
Mereka dicukupkan dengan segala keperluan pakaian ,makanan dan sebagainya...
Mengapa masih terjadi masalah keruntuhan akhlak sedemikan rupa?

MasyaAllah..Kalian Tepuk Dada Tanya Iman...

Pernahkah kalian mengajak keluarga untuk solat berjemaah?
Pernahkan kalian mengajak keluarga menghadiri kuliah-kuliah agama?
Pernahkan kalian hidupkan kelas al-quran di dalam rumah? Yang mana ayah dan ibunya guru manakala anaknya murid..
Penatkah usaha mendidik bagi melahirkan seorang anak yang soleh berbanding penatnya menanggung persoalan-persoalan oleh malaikat.

Ingatlah 3 perkara yang dibenarkan masuk ke dalam tabung amal kita setelah mati kelak..
  1. Sedeqah jariah
  2. Ilmu yang diajarkan
  3. Doa seorang anak yang Soleh

Wanita Yg Diazab Akhirat kelak

Wednesday, September 09, 2009


Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?
Ustaz Zainudin Hashim Fri Jul 24, 09 12:43:04 pm MYT

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
  1. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
  2. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
  3. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
  4. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
  5. "Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
  6. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
  7. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
  8. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
  9. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - lanh _
Sumber:

Ziarah Golongan Miskin Dun Tepoh

Tuesday, September 08, 2009

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi ,andai bukan kerana RahmanNya tidaklah hari ini menjadi hari yang baik buat kita.Tidaklah bersama2 kita hari ini iaitu nikmat keluarga,harta,kasih sayang, dan sbgnya sekiranya bukan kerana Kasih serta Cinta Allah SWT buat hambaNya.

Kira2 jam 11 lebih pagi tadi,aku menerima sms daripada ketua nisa' cwngan,mengajak aku agar bersama-sama lujnah kebajikan muslimat dalam aktiviti ziarah golongan2 miskin dun Tepuh. Tanpa berfikir panjang,aku terus membalas sms tersebut bg menyatakan aku bersedia untuk menyertai aktiviti tersebut..

kira-kira 6 buah rumah telah diziarahi oleh kami,masing-masing dikalangan insan yang dhoif dan golongan tua.Turut menyertai rombongan kami ini,Yb Hj.Abu Bakar Abdullah selaku calon wakil rakyat PAS disana.Sebelum ini sudah beberapa puluh buah rumah telah diziarahi,namun aku tidak berkesempatan untuk menyertainya.Dan kali ini,kami ke Kampung Tok Ba dan Kg Pagar Ubi.

Pelbagai jenis keluarga yang kami ziarahi,ada yang sakit tidak mampu berjalan,ada yang sakit tua,dan juga golongan miskin yang harus dibantu.Sekalipun rombongan kami cuma menghadiahkan sebuah hamper yang berisi barang keperluan dan sekampit beras,namun ianya sudah terasa cukup bagi mereka setelah kelihatan di wajah mereka sedikit kegembiraan dan kesyukuran.

TAK DAPAT WANG EHSAN

Ada sepasang suami isteri yang sudah tua yang sempat kami ziarahi,maklumla kalau dah tua pasti dikaitkan dgn pelbagai penyakit...Setiba kami disana,kami disambut dgn wajah gembira mereka.Garis-garis serta kedutan tua mereka sudah cukup bagi menyatakan betapa susahnya kehidupan mereka..Oleh itu,kami bertanya kpd mereka,apakah mereka tidak diberi 'Wang Ehsan' oleh pihak kerajaan...

Dengan sayu mereka menjawab "manalah nak dapat,tak dapat pun.kalau kampung sana (org PAS) dapat,kat sini diorang tak bagi"

KELUARGA SAHABATKU

Tanpa kusangka,antara rumah yang bakal ku kunjungi ialah budak sebilik dgn aku mase kat Darul Quran.Tapi oleh kerana mslh wang yg agak kritikal,adik fah (adik laa) terpaksa bertukar ke sekolah kerajaan.Sungguhpun mase di DQ,mmg aku cukup mengenali dia serta perwatakannya.Wajah Adik fah penuh dgn coretan duka yang aku sendiri rasanya tidak mampu untuk menghadapinya.Sehingga kadang2 adik fah terpaksa meminjam duitku untuk pembelanjaan hariannya..

Ketika aku sampai di hadapan rumahnya, aku sendiri melihat betapa dhoifnya keluarga adik fah setelah selama ini hanya mendengar cerita mengenai kedhoifannya dari kawan2 yang rapat dgn keluarganya..Adik-beradiknya terlalu ramai.yg majoritinya masih kecil-kecil Ayahnya pula bekerja dgn mendapatkan pendapatan yang sederhana.

Setelah lama tidak bersua dgn adik fah,teringin sekali aku bertemu dgnnya namun takda jodoh la katakan.Ibunya memberitahuku bahawa Adik fah sedang berniaga di bazar ramadhan..Akhirnya,sebelum aku meninggalkan lokasi ziarah yang terakhir tu aku sempat meninjau dr jauh ke sudut dalam rumahnya,cukup membuatku terharu.

Kita yang hidup sekarang,samaada dari kalangan sederhana,berada atau teragak kaya, hisablah diri,muhasabahlah hati...riaknya kita dgn harta kerana melupakan mereka... golongan yang diuji oleh Allah SWT dgn miskinnya harta supaya mereka kaya dgn akal budi. Mereka ini golongan yg sering dipandang hina disisi manusia sombong tetapi merekalah yang dimuliakan Allah serta sekalian penduduk langit.

Adab-adab Puasa dan Sunnah-sunahnya

Saturday, September 05, 2009

Digesa terhadap orang yang berpuasa supaya menjaga di dalam puasanya adab-adab yang berikut.

1 – Bersahur:Daripada Anas, bahawa Rasulullah telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
[maksudnya]: (Bersahurlah, kerana di dalam bersahur terdapat keberkatan)

Dan Sahur: adalah makan di akhir malam, dan Sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar, kerana ia telah dilakukan oleh Nabi.

Daripada Anas bin Malik, daripada Zaid bin Thabit, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَام
إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
[maksudnya]: (Kami telah bersahur dengan Nabi, kemudian Baginda bangun kepada Solah. Aku katakan: Berapakah di antara azan dan sahur tersebut? Beliau berkata: Kadar lima puluh ayat)

2 – Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari:Daripada Sahl bin Saad, bahawa Nabi telah bersabda:

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
[maksudnya]: (Sentiasalah orang ramai di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka)

Dan Sunnah hendaklah dia berbuka dengan rutob, sekiranya dia tidak dapati maka dengan tamar, sekiranya dia tidak dapat maka dengan air,

kerana kata-kata Anas:

"Dahulunya Nabi berbuka sebelum solat dengan beberapa biji rutob. Sekiranya tidak ada rutob maka dengan beberapa biji tamar. Sekiranya tiada tamar maka Baginda akan meneguk beberapa teguk air."

3 – Doa Yang Ma’thur.Telah sabit bahawa Nabi dahulunya apabila Baginda berbuka, Baginda berkata:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
[maksudnya]: (Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah tetap pahala إن شاء الله-

4– Hendaklah dia mengatakan kepada sesiapa yang mencelanya; 'aku berpuasa':Kerana hadith Abi Hurairah, bahawa Nabi bersabda:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
[maksudnya]: (dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata "aku adalah seorang yang berpuasa".)

5 – Menahan daripada apa yang bertentangan dengan Puasa:Sesungguhnya telah bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
[maksudnya]: (Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata bohong dan perbuatan dengannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya)

6 – Bermurah hati dan mengulang Al-Quran:Kerana telah sabit daripada Ibnu Abbas -رضي الله عنهما-, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
[maksudnya]: (Rasulullah adalah orang yang paling murah hati dengan kebaikan. Dan paling murah hari keadaan Baginda adalah di dalam Ramadhan, ketika menemuinya Jibrail, dan dia menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan lalu dia mengulang ajar Baginda Al-Quran. Benar-benar Rasulullah lebih murah hati dengan kebaikan daripada angin yang bertiup)

7 – Bersungguh-sungguh di dalam Ibadat:Apatah lagi di sepuluh akhir Ramadhan;Daripada Aisyah -رضي الله عنها-

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
[maksudnya]: Bahawa Nabi dahulunya, apabila masuk sepuluh akhir, Baginda akan menghidupkan malam, mengejutkan keluarga Baginda.
copy by : friendster kawan

Kekalkah Kejayaan itu?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,,tidak terhingga syukur yang ingin ku panjatkan kepada Rabbul Jalil yang telah mengurniakan aku kehidupan hasanah,keluarga toyyibah,sifat2 mahmudah dan mudah2han dijauhi diri dari angkara mazmumah.

Exam akhir tahun hanya tinggal 2 bulan lagi,,sepatutnya cuti istimewa ramadhan ini, kugunakan untuk study mawaid yang telah dijadualkan oleh Lujnah akademik..tapi alangkah malangnya..aku xmampu nak mendisiplinkan diri betul-betul untuk konsentrate pada buku.

Tahun depan aku bakal menjejakkan langkah baru di saf Robe' tsanawi,iaitu pelajar tahun akhir di Darul Quran..Macamana la agaknya nasibku tahun depan.Bergelumang dengan buku2 dan kitab2 tebal..Apatah lagi disaingkan pula dgn saingan yang tidak kurang hebatnya..

Untuk exam akhir tahun ni,aku akan buat yang terbaik untuk menguji setakat mana keupayaanku dalam penghafalan dan kefahaman agar ianya mampu memberi aku lebih kekuatan untuk menghadapi syahadah Tsanawiah tahun hadapan..

Antara langkah2ku...

  1. Akan menghafal semua yang dipelajari tanpa menggunakan kholasah yang diberi ustaz.. sebab senior2 dah pesan,kadang ustaz saje bagi kholasoh sbb nak uji.Dan untuk syahadah nanti,dengar2 la,soalan exam akan dipantau oleh ustaz harun taib dan mungkin akan berlaku sedikit perubahan tanpa diketahui ustaz yang telah membuat soalan...
  2. Aku akan guna waktu dengan sebaiknya,xnak dah membazir mase dengan lepak sokmo nge kawan2.Dan aku nak kurangkan tidur...yang ni la paling payah..hahhaha
  3. Aku kene ngaji Al-Quran sokmo same nge ma'thurat,at least skali sehari.Sebab ni akan buat kita xlupa pergantungan dan pengharapan hanya kpd Allah SWT..Ni petua2 pelajor cemerlang ea.So same2 kita amalkan.
  4. Aku nak cuba amalkan ihyaullail yang mana ni amalan Rasulullah SAW.Supaya aku jadi Abdan Syakuura...Hamba yang bersyukur diatas segala kejayaan yang telah Dia berikan kepada aku..
  5. Aku xnak berjaye sorang2......Aku nak seme kawan2 aku di saf sanawi 3 berjaye lakke.So aku akan ajak diorang untuk menghafal same2..Aku pikir la..xnikmat la kalau diri sendiri berjaye yang lain ada yang tersungkur dalam sangkar Dhoif..

Akhir kalam,,Doakan Aku dan kawan2 aku yang lain yup..

Cita-citaku kerana Islam

Friday, September 04, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,tatkala ini kedinginan senja yang dihujani air mata langit masih terasa sekalipun hujan tidak turun lagi...Hujan yang turun sebentar tadi menghapus sebentar masalah-masalah yang harus difikirkan dari benak fikiran.Airmata langit itu membawa hati ini terasa jauh lebih tenang. Alhamdulillahi robbi al-alamiin...

Aku teringat suatu kisah dahulu,ketika bertaaruf dengan sebilangan adik-adik DQ.Ku ajukan satu persoalan kepada mereka yang mana kurasakan soalan inilah yang terlebih penting bagiku mengenal diri adik2ku ini...

Persoalan yang kuajukan kpd mereka ialah 'Apakah cita-cita kalian apabila besar nanti?'

Pelbagai jawapan yang ku terima, ada yang ingin menjadi usahawan , pensyarah. dan sebagainya. Oleh kerana kami semua menuntut di sebuah sekolah agama adalah majoriti yang menyatakan impian mereka untuk menjadi seorang ustazah.

"Cita-cita saya , saya amat menginginkan mati syahid di jalan Allah SWT" ini adalah jawapan salah seorang di antara mereka.Cukup mengharukan apabila mendengar kalimah menginginkan syahid.Alhamdulillah, adik ini memahami islam serta perjuangannya.

Tatkala sibuk mengenali profile adik-adik, cita-citaku pula yang dipersoalkan..

Iyaa..sungguhpun cita-cita yang ku impikan itu banyak.Aku ingin menjadi seorang pereka filem kartun (mcm upn ipin tu) .. kerana aku merasakan ia adalah jalan dakwah masa kini.yang mampu diterima pakai oleh masyarakat amnya.tanpa terikat dengan fahaman politik,bangsa dan perkauman..

Dakwah melalui media menghasilkan impak yang begitu besar.Penonton kartun ni, dari yang kecik-kecik iaitu kanak-kanak sampailah golongan orang tua,,,tanpa mengira umur,mereka gemarkan filem kartun 3D apatah lagi berbahasa melayu dan berunsurkan islami.kalau filem biasa tu,ada yg tertumpu pada kisah cinta,kekeluargaan,dendam,persahabatan..

dari kacamataku sebagai insan yang sering menatap screen televisyen,tidak banyak industri filem negara yang menghasilkan cerita-cerita islami yang mampu mendukung mesej dakwah.Tidak banyak...malahan terlalu sedikit mahu dibandingkan dengan filem2 khayal dan mengarut lagi menyia-nyiakan waktu bagi si penatapnya.

Oleh itu cita-cita ini,kurasakan yang terbaik.Namun untuk mencapainya cukup payah.Aku budak aliran agame yang xbelajar tentang mltimedia dan teknnologi canggih skrg.Tapi oleh kerana cita-citaku kerana Islam dan perjuangan ini,akan kuusahakan semua ni..InsyaAllah..

Tangis Baginda Rasulullah SAW

Monday, August 31, 2009

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak bersua di alam maya kerana disibukkan dgn perkara2 penting dan yg tidak penting.Akhirnya pagi ni terbuka mata nak menulis sedikit artikel mengenai ini..

KIta umat islam sering diceritakan dengan cerita2 yg mengasyikkan mengenai syurga, yang di dalamnya pokok buah-buahan yg beraneka macam yg rendang dahannya.Dikurnia juga sungai2 yang mengalirkan jenis2 air yang telah disediakan oleh Allah SWT khusus buat hambanya yang berusaha mendapatkannya.

Khabar gembira itu terus-menerus diceritakan bagi menaikkan semangat sang pejuang dalam mengerjakan amal ibadah khalison lillahi taala.

Akan tetapi kita lupa sesuatu mutiara yang harus ditekupkan ke dalam jiwa setiap mujahid.

"Adalah lebih baik meninggalkan satu dosa daripada melakukan amal ibadah"

Ini kerana dosa yang dilakukan pasti akan membintikkan 1 noktah hitam di hati. Apa guna ibadah seorang hamba yang disebaliknya terkumpul dosa? Begitulah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWt " Aa'n solatihim sahuun" - bermaksud Allah SWT mencela orang yang lalai disekitar solatnya.Solat yang cukup 5 waqtu sehari semalam, akan tetapi mereka terus dilalaikan dengan maksiat2 serta dosa2 yang berpanjangan.

Oleh kerana itu, manusia harus diberi khabar mengenai neraka agar mereka merasa neraka senantiasa mengancam mereka..

Diriwayatkan mengenai perbualan Baginda Rasulullah Saw dengan Malikat Jibril:

Rasulullah s.a.w. bertanya kpd malaikat Jibril mengenai perihal api Neraka, lalu Jibril pun menceritakan,

"Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini"

"Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan"

"Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan"

" Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi"

Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril,"
lalu Rasulullah menangis, Jibril pun turut menangis.

Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"

Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk."

Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Andai Kentut Berwarna

Saturday, June 27, 2009

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha mengetahui akan setiap ciptaanNya..Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab2 dan tanpa alasan..adakalanya ia adalah hidayah bagi orang2 yang mahu memikirkannya..

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kiranya apa yang saya bentangkan agak keterlaluan..sekadar hiburan dan cetusan bagi yang memikirkan..Mungkin ada yang pernah memikirkan mengapa Allah jadikan kentut tanpa berwarna..dan mungkin juga ada yang tidak pernah menghiraukan ciptaannya..

Andai kentut berwarna..
  1. Andainya kentut berwarna..dunia ini akan menjadi huru hara.-bayangkan kiranya kentut berwarna dan orang melepaskannya diperhentian bas..maka bertempiaranlah sekelian umat yang sedang menunggu bas dan teksi..dan tidak mustahil ada yang terbabit dengan kemalangan jalanraya..kerana mahu mengelakkan dari warna2 kentut yang bebas bertempiaran diudara..
  2. Kiranya kentut berwarna..pusat membeli belah akan huru hara..-bayangkan ketika hendak membeli baju, tiba2 kita didatangi warna yang bertebangan diudara mencari mangsa..dan ketika itu semua orang sedang sibuk membeli belah untuk hari raya..hmm..apa akan jadi ye..?
  3. Kiranya kentut berwarna..kelas akan menjadi huru hara..-bayangkan pula apa akan terjadi tatkala guru sedang menyampaikan ilmu, tiba2 ada warna2 pelangi sedang mengelilinginya dan menuju kearah kita dengan penuh rakus...hmm..apa akan jadi ye..?
  4. Kiranya kentut berwarna..amal ibadah dimasjid/surau akan huru hara..-bayangkan ketika kita sedang mengerjakan solat, tiba2 ada warna2 yang tidak diketahui mana asal-usulnya dan tuannya datang mengelilingi kita dengan penuh dendam..atau melintasi setiap jemaah..pakej dengan bau-bauan yang agak mengelirukan untuk menafsirnya..apa akan jadi ye..?
  5. Kiranya kentut berwarna..keadaan di dalam bas/keretapi/kapal terbang akan huru hara..-bayangkan pula ketika sedang berbual dengan rakan2 di dalam pengangkutan awam yang mana tiada jalan keluar untuk melepaskan diri..dan tiba2 sahaja, kita diziarahi oleh sekumpulan warna2 yang tidak kita ingini kehadirannya..dan ia berlegar2 di dalamnya dengan meratah mangsa dengan kejam sekali..apa akan jadi ye..?
  6. Kiranya kentut berwarna..tempat paling banyak diwarnai ialah tandas..-bayangkan kiranya kita sedang bermusafir jauh dan tiba2 kita ingin qada' hajat..bila kita ingin masuk ke tandas, kita dibayangi pelbagai warna..kita membayar untuk perkhidmatan tandas awam semata2 untuk menghayati warna2 yang menggerunkan..apa akan jadi ye..?

Maaf kiranya agak keterlaluan..sekadar hiburan jiwa..Sesuatu yang remeh, tidak semestinya tiada bermanfaat..terpulang kepada orang2 yang mahu memikirkannya..Wallahu A'lam..

post by perantau http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=3101225&start=0&

H1N1 Satu Konspirasi

Friday, June 19, 2009

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai
pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya
merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir
sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi.

Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
  • Perkara itu ialah …Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine.
  • Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.
  • Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

  1. Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.
  2. Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
  3. Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008,

  • apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku?
  • atau mereka sendiri yang merancang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana
Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema
Babi ini?

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan.

Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata
biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini
menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang
meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel
amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah
dengan mengatakan; “I can say with certainty that Israel has prepared a series
of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet
Unionmengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;“ISRAEL ADALAH DALANG KEPADA PELBAGAI WABAK DUNIA!!.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

http://sksk.myelise.org/articles.php?article_id=117