Sepintas Lalu Kekejaman Kroni Israel

Thursday, July 29, 2010


BOIKOT ISRAEL, AMERIKA DAN SEKUTU MEREKA!


PALESTIN SEPINTAS LALU


Negara ‘haram’ *israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa.


Bermula dari hari itu, seluruh rakyat Palestin terus menanggung episod derita yang tak berkesudahan. Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat israel. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. Sebahagian masjid-masjid ditukarkan menjadi kuil Yahudi manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis israel yang jahat itu. Regim Zionis israel juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari negara haram israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin akan tinggal dalam penjara gergasi ciptaan Zionis israel.


Pada bulan November 2006 lalu, Dunia Hari Ini (RTM) melaporkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan israel setiap hari. Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan dipenjarakan, sementara lebih 2 juta orang lagi menjadi pelarian yang hidup dalam keadaan yang sangat daif. Secara keseluruhannya, 6 juta rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.


Peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan. Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.


Masjidil Al Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam (di mana Nabi Muhammad SAW Mi’raj ke langit bertemu Allah Ta’ala) berada dalam keadaan yang amat genting. Golongan Yahudi Zionis di israel dan seluruh dunia sedang berusaha keras untuk merobohkan masjid ini bagi mendirikan kuil mereka di atas tapak Al Aqsa. Masjid Al Aqsa telah beberapa kali mengalami kebakaran yang teruk akibat percubaan Yahudi untuk memusnahkannya semenjak berpuluh tahun yang lalu. Mereka telahpun menggali beberapa terowong yang besar di bawah Al Aqsa untuk melemahkan strukturnya.

IRAQ DAN AFGHANISTAN


Selain dari Palestin, Amerika yang didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq, sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991.


Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.
Masihkah anda ingat, seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di media massa seluruh dunia. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Sebahagian besar bukti penyeksaan telah berjaya dimusnahkan oleh ‘Bush and the gang’, sebelum mereka meninggalkan Rumah Putih.
Tidak dilupakan, Vietnam juga dihancurkan lebih 35 tahun dulu sewaktu Amerika cuba menjajah negara tersebut (1965-1975). 3 juta orang awam dibunuh tanpa sebab. Banyak lagi negara lain di dalam dunia menerima nasib yang sama dari angkara Amerika, cuma kisahnya dibiarkan tersorok dalam lipatan sejarah silam. (untuk berita terkini dan analisis sila layari http://www.uruknet.info)
dicopy dr laman web sabasun

sedikit coretan

Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah...

tinggal beberapa minggu lagi sebelum tarikh jangkaan keberangkatan rombongan ke syria.. Dan sedikit urusan telah diurus spt kad bank,salinan2 dokumen..dan bnyk urusan lagi belum siap..hehhe.. ex pasport..cop jkkkkk...packing barang..

inshaAllah..lepas dpt cop jkk,ana akan ke jpn untuk uruskn passport..humm jd budak bawah umur ni susah sket..mende2 kene gune tandatgn penjaga...huhu..bit tired for that!!! gitu jugak nak buat kad bank.. mareng dh membazir rm10 utk mati setem..tp xdapat jugak buat kad di Maybank sbb fingerprint xleh dibaca..so buat atas nama mak..Alhamdulillah.. start urusan dr jam 12 siap kul 3.00 lebih...lame kan?? darah ambe pun tgh naik turun mase tu..kdg rase cam urusan kat maybank tu tak bersistem..bila masuk..jd bingung..dok tahu nak tanye kat mana???? dgn keadaan semua org sibuk..dgn pejabat yg kecik..

tp lepas nama dipanggil utk ke kaunter,,jd lega..tp urusannye lame gile..tp mujur encik yg berurusan tu pandai jage hati..dan dia pandai bersembang sikit2...dia tak tunjukkan wajah yg serabut walaupun urusannya masih banyak...ramai yg datang bertanya,,ramai yang menunggu utk berurusan dengannya,,tp dia tetap tenang..can i be like him..???hehhe..i will try..

kelmaren jugak ,,kami bertige (pljr bnt nak ke syria,,just 3) pergi ke dq untuk mengambil surat. lame jugak duk bersembang dengan mudir..hehhe..then kitorang saling berbelanje makan di gerai biasa..warung ape ntah namenye..tp kitorang pljr robe slalu makan kat situ..smp dh rapat dgn pekerja2 warung tu..tp sbb ape ana suke warung tu,,sebab roti canai dia mmg sedap.. lembut, rangup..hahahha...and very cheap..and slalu dpt diskaun..hahahah..ade skali tgh makan ramai2,, ade pegawai kerajaan yg turut breakfast kat situ belanje makan..hehhehe..thanks very much..

kelmaren sms ust mat..dia kate nak ejah tarikh dr 4 rmdhan ke 12 rmdhn,,tp tak konfem.. huumm.. jgn buat mcm ni ustaz...ana nk pack barang ni..nk beli brg lagi..

lastly,,ramdhan is coming...am i ready for that?i'm waiting but....hummm

Emak Ingin Naik Haji

Friday, July 02, 2010


Subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallah!!

Sebak mengoncang dada,butir2 jernih mengalir secara automatiknya.Filem yang berkisarkan KEIKHLASAN dan KERINDUAN pada ALLAH swt.diterapkan unsur-unsur taqwa yang betul2 berkesan ke atas penonton.Sebuah karya agung hadiah daripada hamba ALLAH , saudara Asma Nadia

Film "Emak Ingin Naik Haji".sebuah cerita pendek tetapi padat dengan pengajaran.Masha Allah. Cerita yang berkisarkan seorang wanita tua yang miskin.Kematian suami yang meninggal di lautan.Mewariskan seorang putera sulung yang bernama Zein.

Seorang anak yang begitu taat kepada ibunya,berusaha dengan segala daya untuk mengabulkan keinginan ibunya yang terlalu ingin mengerjakan haji di tanah suci.'Emak' seorang wanita yang tua umurnya tidak pernah putus asa.Berkerja membuat kuih dan menghantar ke warung, kadangkala menerima tempahan.hasilnya ditabungkan ke bank bagi mencukupkan bilangan 30 juta rupiah,yang akhirnya membolehkan dia menunaikan haji di makkah.

Namun apalah kudrat seorang wanita tua,pendapatannya hari-harian harus dikumpulkan selama berpuluh2 tahun bagi mencukupkan bilangan 30 juta.Hal ini menyedihkan hati Zein yang hanya menjual hasil lukisannya di pasar.

Pernah sekali,Zein cuba merompak sebuah rumah orang kaya yang merupakan jirannya sendiri. Rompakannya hampir berjaya,tetapi pandangannya beralih kepada senaskhah al-quran yang berada di atas katil di kamar orang kaya tersebut.Taqwanya,imannya, mengalahkan bukti kerinduannya pada Makkah!! Ungkapan 'Astaghfirullah' tanpa henti dibisikkannya.

Sekali lagi dia mencuba, mendaftarkan nama di dalam satu peraduan yang hadiahnya adalah vouncer mengerjakan haji di Makkah.Alhamdulillah, Zein dan ibunya termasuk dikalangan pemenang.Namun semasa perjalanan ke pejabat peraduan tersebut,Zein terlibat dengan satu kemalangan yang akhirnya membuatkannya cacat kaki dan tangan.Dia tidak lagi mampu melukis mahupun berkerja mendapatkan wang bagi menyara kehidupannya bersama ibunya.

Di akhir cerita, hasil ketaqwaan Zein dan Tawakkal seorang Ibu.Allah mengutus seorang hambanya yang menjadi wasilah untuk menghantar Zein dan ibunya ke tanah suci.Seorang wanita yang bernazar,akan menghantar Emak dan Zein menunaikan haji sekiranya dia selamat melahirkan bayi sulungnya.

Mashallah,karya agung yang harus dicontohi oleh para karyawan lain.Subhanallah!!!!!