Emak Ingin Naik Haji

Friday, July 02, 2010


Subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallah!!

Sebak mengoncang dada,butir2 jernih mengalir secara automatiknya.Filem yang berkisarkan KEIKHLASAN dan KERINDUAN pada ALLAH swt.diterapkan unsur-unsur taqwa yang betul2 berkesan ke atas penonton.Sebuah karya agung hadiah daripada hamba ALLAH , saudara Asma Nadia

Film "Emak Ingin Naik Haji".sebuah cerita pendek tetapi padat dengan pengajaran.Masha Allah. Cerita yang berkisarkan seorang wanita tua yang miskin.Kematian suami yang meninggal di lautan.Mewariskan seorang putera sulung yang bernama Zein.

Seorang anak yang begitu taat kepada ibunya,berusaha dengan segala daya untuk mengabulkan keinginan ibunya yang terlalu ingin mengerjakan haji di tanah suci.'Emak' seorang wanita yang tua umurnya tidak pernah putus asa.Berkerja membuat kuih dan menghantar ke warung, kadangkala menerima tempahan.hasilnya ditabungkan ke bank bagi mencukupkan bilangan 30 juta rupiah,yang akhirnya membolehkan dia menunaikan haji di makkah.

Namun apalah kudrat seorang wanita tua,pendapatannya hari-harian harus dikumpulkan selama berpuluh2 tahun bagi mencukupkan bilangan 30 juta.Hal ini menyedihkan hati Zein yang hanya menjual hasil lukisannya di pasar.

Pernah sekali,Zein cuba merompak sebuah rumah orang kaya yang merupakan jirannya sendiri. Rompakannya hampir berjaya,tetapi pandangannya beralih kepada senaskhah al-quran yang berada di atas katil di kamar orang kaya tersebut.Taqwanya,imannya, mengalahkan bukti kerinduannya pada Makkah!! Ungkapan 'Astaghfirullah' tanpa henti dibisikkannya.

Sekali lagi dia mencuba, mendaftarkan nama di dalam satu peraduan yang hadiahnya adalah vouncer mengerjakan haji di Makkah.Alhamdulillah, Zein dan ibunya termasuk dikalangan pemenang.Namun semasa perjalanan ke pejabat peraduan tersebut,Zein terlibat dengan satu kemalangan yang akhirnya membuatkannya cacat kaki dan tangan.Dia tidak lagi mampu melukis mahupun berkerja mendapatkan wang bagi menyara kehidupannya bersama ibunya.

Di akhir cerita, hasil ketaqwaan Zein dan Tawakkal seorang Ibu.Allah mengutus seorang hambanya yang menjadi wasilah untuk menghantar Zein dan ibunya ke tanah suci.Seorang wanita yang bernazar,akan menghantar Emak dan Zein menunaikan haji sekiranya dia selamat melahirkan bayi sulungnya.

Mashallah,karya agung yang harus dicontohi oleh para karyawan lain.Subhanallah!!!!!

0 Komentar: