Jatuhkan Rasa Hebat untuk membina Perpaduan

Sunday, December 19, 2010

Alhamdulillah,dicelah-celah kesibukan yang dirasai saat ini aku terasa ingin menulis beberapa perkara yang agak ringkas,tetapi mungkin penting sedikit.


Baru-baru ini aku terpilih untuk mengikuti satu konvensyen keagamaan yang bertajuk 'Persaudaraan di antara Islam dan Masihi(Kristian)" yang bertempat di Ebla Hotel,Dimasyq. Konvensyen ini dihadiri oleh ulama-ulama 2 agama besar di dunia yang datang dari negara sekitar timur tengah.


Jelas sekali maksud konvensyen ini diadakan adalah untuk menyatukan di antara penganut 2 agama yang kebanyakkannya taasub terhadap agama yang mereka anuti dan akhirnya membawa kepada hasad,permusuhan dan pembunuhan dan sebagainya.


Konvensyen ini teramat bermakna untuk saya yang mana dahulunya agak taasub dengan agama sehingga membenci agama-agama selain islam.Peristiwa yang jelas sekali mengubah minda saya ialah dimana ulama-ulama besar islam dapat duduk bersama,berbincang dengan ulama-ulama masihi yang memakai rantai emas salib yang besar di dada-dada mereka.Yang paling mengejutkan lagi apabila ucapan pertama yang disampaikan oleh ketua agama katholik,


"Allah itu tuhan yang satu!(dan beliau mengulangnya beberapa kali)...kita semua percaya kepada Allah tetapi mengapa kita harus saling berbunuhan sesama kita?"


dan beliau menyuruh audien yang memenuhi Dewan umawiyyen agar mencari titik persamaan dan tidak berbalah kerana adanya perbezaan.Ucapannya yang begitu hebat menerima tepukan gemuroh daripada seluruh pendengar.


Aku mula kagum dengan Kuasa Allah yang menjadikan kami berbeza dan terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan yang akhirnya meletak satu arahan agar manusia bersatu...


Perpaduan satu ungkapan yang kita semua impikan tetapi hakikatnya sukar untuk kita sendiri melaksanakannya.Tidak perlu kita menoleh kepada orang lain,tetapi lihat sendiri pada diri kita. Bukan mudah untuk meletakkan diri sama taraf dengan golongan yang lain.Sebagaimana sukaruntuk kita menerima pendapat orang yang kita katakan dia salah dan merasakan kita betul.Begitu juga merasa malu untuk duduk bersama dengan orang yang tidak berkemampuan(miskin) kerana merasakan diri dijulang kerana kekayaan.


Hebat tak hebat,Allah dah buktikan yang kita semua sama dan kerdil sahaja di sisiNya sebagaimana ibadah haji yang meletakkan kita,miskin atau kaya dalam keadaan seolah-olah hina.Betul tak betul,kita yang hari ini berjalan megah dan berbangga dengan nikmat pinjamanNya akhirnya kemana tempat kembali kita??Bukankah di bawah tanah yang aku,kau dan manusia lain pijak?????


Tetapi mengapa hari ini kita selaku muslim masih nak mendikriminasikan kedudukan dan taraf manusia?Dimana hebatnya kita?Dari mana datangnya kehebatan kita??Kemana akhirnya pergi kehebatan yang kita ada?dan bilakah kehebatan itu akan berakhir?


Sama-sama kita soal diri sendiri dan bermuhasabah.Rasulullah SAW amat mengharapkan agar ummatNya berpadu dan bersatu ,jadi janganlah kita mengusik hati Kekasih yang kita cinta lantaran perbuatan dan keegoaan kita.Kita semua berjuang untuk meninggikan Islam, tetapi tanpa sedar kita sendiri yang mencacatkan zahir islam dengan peribadi kita..

Dan Semalam,saya dan beberapa rakan ke Bludan untuk melihat keindahan Allah SWT (salji) dan kami sempat berhenti di sebuah hotel di sana untuk mendirikan solat fardhu maghrib berJEMAAH.Di lobi hotel tersebut diletak sebuah patung santa claus dan pokok-pokok krismas. Dan tibe-tibe kawan saya bersuara menyatakan dia tidak senang dengan patung dan pokok krismas tersebut.Saya bertanya kenapa,dan dia menjawab kerana agama....

Saya mula menyusun kata-kata..
"Dulu aku pun sama dengan kau,benci pada agama dan amalan-amalan agama lain.Tetapi cuba kita fikir,selama mana benci masih menguasai hati kita yang selaku daie selagi tu kita takkan dapat bergerak bebas dalam dunia dakwah.Mereka itu menyembah dan mempercayai tuhan yang kita sembah,mereka merintih dan meminta petunjuk dari Tuhan yang mereka percayai di gereja-gereja mereka yaitu Allah..Moga Rintihan mereka di gereja membawa mereka untuk sujud di masjid,Rumah Allah"

Dan pesan untuk Jiwa Daie...
"Serulah manusia dengan hati yang suci dari benci kerana hidayah tidak seiring dengan 'Benci' , ianya seolah-olah magnet yang bertemu bukan dengan pasangannya..."

Harapan yang Harap Jangan Terkubur

Friday, December 10, 2010

Sesekali berbicara mengenai harapan,bukan senang untuk sampai kepada apa yang kita harap serta impikan.ianya amat memerlukan satu titik permulaan yang dirancang,bukan memasang impian dan mengharap ia tercapai begitu sahaja.

UJIAN ..ia ibarat penunggu di perjalanan.Kadang ku anggap ia sebagai penghalang dan terkadang aku menganggapnya sebagai kawan dan teman rapatku.entah macamana aku boleh berfikir begitu,...tetapi bagiku,perjalanan tak sempurna tanpa UJIAN..kelihatan sepi tanpa cabaran..Tiada tangisan,tiada duka,,....tiada airmata yang mengalir di bahu teman seperjuangan, tiada masalah yang boleh diluahkan..

Sedang UJIAN buat kita lebih berani,..buat akal lebih kehadapan..menjadikan diri makin matang dan berfikir beberapa kali sebelum memutuskan sessuatu keputusan...

Alhamdulillah,,aku masih lagi mampu survive berada di bumi syam ni..dah masuk bulan ke-4. Apa yang ingin aku kongsikan untuk kali ini adalah mengenai "HARAPAN"..

justeru itu,,aku sendiri punya harapan yang begitu besar sehinggakan terkadang aku fikir "mampukah aku mencapai cita-cita yang begitu besar ni??" ..Yaa!!! Aku mampu dan aku merancang untuk itu.

Sekarang,,ujian itu adalah satu kepastian..ia datang dan pergi..kemudian ia datang kembali.. Kehadirannya aku tak nanti tapi aku harus bersedia..Usahkan tangis!!Usahkan Esak!! Usahkan Merintih!! Usahkan mengharap!! Seolah2 ujian itu tahu dimana kelemahanku lantas ia menyerangku...

Merasa tak berteman...Merasa keseorangan..Tiada bahu yang bersedia menerima airmataku.. Merasa sesak..Merasa putus asa...Merasa Kecewa..Ingin aku lari,tapi ke mana arah tujuku?

Tapi satu yang aku terus ingat ialah "Harapan".Cita-cita itu menyapu airmataku dari terus mengalir.Membuat kekuatan jiwaku kembali pulih..Membangunkan aku tatkala rebah. Tatkala tiada tangan yang menghulurkan bantuan..aku digagahkan dengan cita-citaku untuk bangkit..

Perjuangan yang hanya aku sahaja memahaminya,,Cita-citaku bukan kerjaya sebagai doktor!bukan kerjaya peguam!!guru!!Pendakwah agama!!bukan aku mengejar kerjaya yang membolehkan aku mengumpul harta!!Bahkan cita-cita aku berada di sini adalah 'HIJRAH'...

Perhijrahan diri..Arus hidup yang wajib aku ubah.Aku bukan ingin mengubah fitrah, tetapi aku ingin kembali kepada fitrahku yang sebenarnya..Fitrah roh yang telah mengikat janji sebelum ditiupkan ke jasad.Fitrah Insan yang ditetapkan berjuang dan mewarisi amanah.Fitrah Wanita yang berbakti dengan caranya yang tersendiri.Fitrah hamba yang harus berjalan menuju Tuhannya...

Dan hijrah ini adalah sukar!Ia melawan kehendak seorang yang dilahirkan berjiwa ingin bebas seperti aku.Seorang yang jiwa memberontak.Jiwa yang suka membangkang.Yang sangat keras kepala.Yang pemarah dan selalu ingin menang.Jiwa2 ini tak harus berada dalam perjuangan! Dan aku tak rela ditolak ketepi dari terus berjuang.Jadi konklusinya,,Aku sedang berhijrah melalui jasad yang sama menuju pembinaan jiwa yang berbeza.

Bagiku,tak mengapa hidup tak berteman.Tapi asalkan jangan lumpuh di medan perjuangan. Tak mengapa dikhianati,tapi jangan kamu mengkhianati.Kamu pasti akan dicaci dan diperli, tapi jangan kamu mencaci dan menyakiti..