Jatuhkan Rasa Hebat untuk membina Perpaduan

Sunday, December 19, 2010

Alhamdulillah,dicelah-celah kesibukan yang dirasai saat ini aku terasa ingin menulis beberapa perkara yang agak ringkas,tetapi mungkin penting sedikit.


Baru-baru ini aku terpilih untuk mengikuti satu konvensyen keagamaan yang bertajuk 'Persaudaraan di antara Islam dan Masihi(Kristian)" yang bertempat di Ebla Hotel,Dimasyq. Konvensyen ini dihadiri oleh ulama-ulama 2 agama besar di dunia yang datang dari negara sekitar timur tengah.


Jelas sekali maksud konvensyen ini diadakan adalah untuk menyatukan di antara penganut 2 agama yang kebanyakkannya taasub terhadap agama yang mereka anuti dan akhirnya membawa kepada hasad,permusuhan dan pembunuhan dan sebagainya.


Konvensyen ini teramat bermakna untuk saya yang mana dahulunya agak taasub dengan agama sehingga membenci agama-agama selain islam.Peristiwa yang jelas sekali mengubah minda saya ialah dimana ulama-ulama besar islam dapat duduk bersama,berbincang dengan ulama-ulama masihi yang memakai rantai emas salib yang besar di dada-dada mereka.Yang paling mengejutkan lagi apabila ucapan pertama yang disampaikan oleh ketua agama katholik,


"Allah itu tuhan yang satu!(dan beliau mengulangnya beberapa kali)...kita semua percaya kepada Allah tetapi mengapa kita harus saling berbunuhan sesama kita?"


dan beliau menyuruh audien yang memenuhi Dewan umawiyyen agar mencari titik persamaan dan tidak berbalah kerana adanya perbezaan.Ucapannya yang begitu hebat menerima tepukan gemuroh daripada seluruh pendengar.


Aku mula kagum dengan Kuasa Allah yang menjadikan kami berbeza dan terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan yang akhirnya meletak satu arahan agar manusia bersatu...


Perpaduan satu ungkapan yang kita semua impikan tetapi hakikatnya sukar untuk kita sendiri melaksanakannya.Tidak perlu kita menoleh kepada orang lain,tetapi lihat sendiri pada diri kita. Bukan mudah untuk meletakkan diri sama taraf dengan golongan yang lain.Sebagaimana sukaruntuk kita menerima pendapat orang yang kita katakan dia salah dan merasakan kita betul.Begitu juga merasa malu untuk duduk bersama dengan orang yang tidak berkemampuan(miskin) kerana merasakan diri dijulang kerana kekayaan.


Hebat tak hebat,Allah dah buktikan yang kita semua sama dan kerdil sahaja di sisiNya sebagaimana ibadah haji yang meletakkan kita,miskin atau kaya dalam keadaan seolah-olah hina.Betul tak betul,kita yang hari ini berjalan megah dan berbangga dengan nikmat pinjamanNya akhirnya kemana tempat kembali kita??Bukankah di bawah tanah yang aku,kau dan manusia lain pijak?????


Tetapi mengapa hari ini kita selaku muslim masih nak mendikriminasikan kedudukan dan taraf manusia?Dimana hebatnya kita?Dari mana datangnya kehebatan kita??Kemana akhirnya pergi kehebatan yang kita ada?dan bilakah kehebatan itu akan berakhir?


Sama-sama kita soal diri sendiri dan bermuhasabah.Rasulullah SAW amat mengharapkan agar ummatNya berpadu dan bersatu ,jadi janganlah kita mengusik hati Kekasih yang kita cinta lantaran perbuatan dan keegoaan kita.Kita semua berjuang untuk meninggikan Islam, tetapi tanpa sedar kita sendiri yang mencacatkan zahir islam dengan peribadi kita..

Dan Semalam,saya dan beberapa rakan ke Bludan untuk melihat keindahan Allah SWT (salji) dan kami sempat berhenti di sebuah hotel di sana untuk mendirikan solat fardhu maghrib berJEMAAH.Di lobi hotel tersebut diletak sebuah patung santa claus dan pokok-pokok krismas. Dan tibe-tibe kawan saya bersuara menyatakan dia tidak senang dengan patung dan pokok krismas tersebut.Saya bertanya kenapa,dan dia menjawab kerana agama....

Saya mula menyusun kata-kata..
"Dulu aku pun sama dengan kau,benci pada agama dan amalan-amalan agama lain.Tetapi cuba kita fikir,selama mana benci masih menguasai hati kita yang selaku daie selagi tu kita takkan dapat bergerak bebas dalam dunia dakwah.Mereka itu menyembah dan mempercayai tuhan yang kita sembah,mereka merintih dan meminta petunjuk dari Tuhan yang mereka percayai di gereja-gereja mereka yaitu Allah..Moga Rintihan mereka di gereja membawa mereka untuk sujud di masjid,Rumah Allah"

Dan pesan untuk Jiwa Daie...
"Serulah manusia dengan hati yang suci dari benci kerana hidayah tidak seiring dengan 'Benci' , ianya seolah-olah magnet yang bertemu bukan dengan pasangannya..."

0 Komentar: