Teruji

Friday, April 22, 2011

Kematian tok yang begitu memeranjatkan aku . Isnin lepas kematian Ayah Man, pak sedara .Hari ini aku buka paparan FB , k3 memaklumkan kepada adik-bradik sumer tentang keadaan Pak Ndak, bapa sedara yang sedang Koma disebabkan Lung Effection di Hospital Kuantan..


Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang. Kuatkanlah kami dalam menyusuri kehidupan yang engkau tetapkan buat kami. Berikanlah petunjuk kepada kami serta saudara-saudara kami. Jangan Engkau biarkan kami terkapai tanpa hala tuju sedangkan Engkau Maha Mengetahui tempat kembali kami...

Amin.

Kenapa hati gelisah?

Thursday, April 14, 2011

"Ya Ilahi,, sejak aku mohon padamu, tidak pernah doaku tak kau kabulkan..
Maha Suci Engkau Ya Allah."

Syukur, kalimah yang seringkali membuatkan aku tersenyum dan menangis. Tersenyum mengenangkan segala kurniaan yang telah Allah limpahkan ke atasku. Yang susah dipermudahkan, yang tiada Dia berikan, yang aku harap Dia hadirkan, dan pelbagai nikmat yang tak mampu aku list dan gambarkan.

Mengenangkan kurniaanNya juga membuatkan aku menangis. Manakan tidak , aku hamba yang penuh dosa, banyak pula tersasar dari jalanNya, sering berlaku maksiat padaNya, Sedikit pula sujud tunduk pada Nya..Tapi betapa Wadudnya Engkau Ya Ilahi... PemberianMu tiada henti, HidayahMu bukan hanya sekali....

Tika ini, aku memahami sesuatu iaitu "ikutlah gerakhati".
kadang apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita kurang pasti apa hukumnya.. atau diri sendiri membolehkan perkara tersebut gara-gara melihat ia sbg satu kebiasaan, kita merasa ada satu suara jauh dari sudut hati menyatakan 'JANGAN BUAT'... timbulnya satu perasaan tidak senang dan gelisah,, rasa serba salah..

Pernah suatu hari aku terdengar kata-kata ;
"Hati akan terus berada dalam kegelisahan anda diri masih berada dalam kemaksiatan dan dosa yang tidak disudahi dengan keampunan"
Oleh itu, aku sedar bahawa posisiku sekarang dalam keadaan yang demikian, dan aku tahu di mana punca permasalahan..Namun apa yang aku harapkan kekuatan dari tuhan agar aku mampu lakukan perubahan dalam diri dan harapnya jangan berakhir nafasku dengan penyesalan.