STUDY MODE

Saturday, March 20, 2010

STUDY M0DE

Exam daa Dekat,

Ambil Buku Cepat,

Study Biar Semangat,

Kena Hafal Rapat-rapat,

Ni Pesan Ustaz,

Masa begitu pantas berlalu,,Kalimah demi kalimah menghilangkan tiap-tiap saat.Nafas yang lelah selelah berlalunya waktu.Benarlah Kata Imam Itu ...


"Kewajipan itu lebih banyak daripada Waktu yang kita Ada..."


Hikmat Al-Ghazali ini tepat,setelah aku melaluinya.Terlalu banyak yang ingin aku lakukan dan perlu aku lakukan,Sungguhpun,aku rasa terkejar..Semenjak bermulanya tahun 2010,aku rasa kesibukan yang aku lalui pd tahun ini dan yang telah aku tempuhi pada tahun2 yang lepas adalah sama..Tersasar skali daripada yang aku sangkakan yang apabila menaiki peringkat robe' tsanawi,kesibukan terhadap kerja-kerja itu berkurangan.


Namun aku bersyukur kerana masih berupaya untuk semua ni..Sesekali aku bersenandung bagi merawat keletihan dan kesedihan..


Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Tenang resah silih berganti

Itulah sunnah orang ber juang



Dan terkadang,aku ingat pada Nasihat Baginda Rasulullah SAW terhadap puteri kesayanganNya saidatina Fatimah tatkala meminta disediakan seorang khadam buatnya kerana keletihannya mengerjakan kerja rumah,agar menyebut kalimah :

سبحان الله والحمد لله والله اكبر

Dan sekarang,Aku harus fokus kepada study.Trial Exam cuma tinggal 1 bulan shj lagi, setelah cuti 2 minggu,aku akan menghadapi Syahadah tsanawiah pula..
Tiada apa yang aku mohon,melainkan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi semua ini.