Tak dirancang ingin pulang awal, ingatkan boleh menolong sahabat-sahabat di Syria tapi beberapa keperluan memanggilku untuk pulang ke Malaysia. Tiket yg dibooking untuk tarikh 15 Jun 2011 terpaksa diawalkan ke tarikh 7 Mei 2011..iaitu hari ni...keputusan dibuat mengejut pada hari khamis lepas.
Abu Dhabi International Airport
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Sunday, May 08, 2011 Sunday, May 08, 2011Kematian tok yang begitu memeranjatkan aku . Isnin lepas kematian Ayah Man, pak sedara .Hari ini aku buka paparan FB , k3 memaklumkan kepada adik-bradik sumer tentang keadaan Pak Ndak, bapa sedara yang sedang Koma disebabkan Lung Effection di Hospital Kuantan..
Kenapa hati gelisah?
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Thursday, April 14, 2011 Thursday, April 14, 2011"Ya Ilahi,, sejak aku mohon padamu, tidak pernah doaku tak kau kabulkan..
Maha Suci Engkau Ya Allah."
"Hati akan terus berada dalam kegelisahan anda diri masih berada dalam kemaksiatan dan dosa yang tidak disudahi dengan keampunan"
Surat Buat Kekasih
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Thursday, February 17, 2011 Thursday, February 17, 2011Tangisan yang kadangnya tak mampu mengalirkan airmata. Namun sebaknya terus menggetar jiwa lalu jasad kaku daripada berbicara , semuanya lantaran rindu pada kekasih yang telah lama pergi menemui Sang Pencipta.
Ya Rasulullah…..
Aku adalah di kalangan ummat-Mu yang begitu jauh dinisbahkan kepada putaran masa kehidupan. Berkurun lama sekalian manusia yang hadir selepas pemergianmu turut merasa seksa memikul cinta terhadapmu , menderita dek rindu yang begitu tebal yang tak akan berakhir melainkan pada hari pertemuan denganmu.
Ya Rasulullah…
Aku adalah salah seorang daripada ummat-Mu yang merasa sengsara berada di tengah masyarakat dunia tanpa Engkau di sisi. Aku manusia hina yang menggelar diri sebagai pejuang agama kerana itu wasiatmu padaku. Aku manusia yang penuh dosa, sungguhpun aku tidak layak untuk menyatakan cintaku padaMu ya Rasulallah… Tapi jauh dari sudut hati ini seolah aku ingin menjerit menyuarakan "Aku benar-benar merinduiMu.."
Ya Rasulallah…
Aku pengikutmu yang menyatakan iman…tapi aku sangat jauh dari landasan iman yang sebenar. Amat sedikit amalanku menuruti sunnahmu. Kadang hariku berlalu tanpa berzikir mengingatimu. Sedangkan Engkau ya Rasulallah, mengingati ummat-Mu walaupun di saat kematian. Engkau mengalirkan air mata tatkala mengingati kami ummat akhir zaman.
Ya Rasulallah…
Aku mungkin tidak benar-benar mengerti perasaan Bilal tikamana meninggalkan Madinah kerana tidak sanggup menahan rindu yang mencengkam jiwanya..Aku juga tak mungkin dapat menangis sebagaimana para sahabat meratap pemergian-Mu..dan tak bisa untuk aku berkorban jiwa ragaku sebagaimana golongan muhajirin dan ansar itu mempertaruhkan jasad mereka untuk menjadi santapan pedang-pedang musyrikin.
Aku cuba untuk menjadi seperti mereka…Aku cuba meraih cinta-Mu. Aku cuba menyambut salam rindu dari-Mu.. aku cuba mempertaruh jiwaku untuk meneruskan perjuangan-Mu…Aku cuba menuruti apa kemahuan-Mu...dan harapanku Cuma satu.. iaitu aku dapat bertemu dengan-MU…aku dapat bertemu dengan insan yang benar-benar aku rindu, melebihi rinduku pada kedua ibu bapaku, melebihi rinduku pada teman hidupku, melebihi rinduku pada sahabat-sahabatku….
Aku insan yang banyak dosa terhadap kekasih-Mu…Kerapkali aku memohon ampun tapi jawapannya masih belum kunjung tiba. Setelah aku mendapat sedikit ilmu, barulah aku tahu bahawa jiwaku belum benar-benar memohon ampun dan bertaubat pada-Nya. Dia juga memperlihatkan padaku ayat-Nya yang bermaksud :
" Katakanlah wahai Muhammad ; Sekiranya kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan menyintai kamu…"
MASULIYYAH : LA TANSA
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Sunday, February 13, 2011 Sunday, February 13, 2011
Dimulakan kalam dengan memuji Yang Maha Agung,
Tidak ada yang selepasnya melainkan Selawat serta Salam buat Kekasih yang dirindui…
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
{Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap muslim}
Mafhum hadis di atas jelas menyatakan kewajipan setiap individu muslim dalam menuntut ilmu.Ilmu adalah aset penting dalam kehidupan seseorang bahkan yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah ilmu.Seorang penyair arab pernah berkata di dalam syairnya :
Ilmu membina rumah-rumah yang tiada padanya tiang-tiang
Akan tetapi Kejahilan meruntuhkan rumah-rumah yang padanya kemuliaan
Begitu juga ilmu meninggikan martabat ahlinya sebagaimana maksud firman Allah SWT:
{Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat}
Dan banyak lagi ayat Alquran yang menunjukkan kepada kepentingan dan kelebihan ilmu.
PERKARA UTAMA ADALAH NIAT
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-khattab,mafhumnya:
{Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya}
Para ulama' telah bersepakat bahawa amalan ibadah seseorang tidak sah melainkan dengan niat yang disertainya.Begitu juga dalam menuntut ilmu,soal niat adalah perkara utama yang harus dititik beratkan oleh penuntut ilmu kerana
1)Perjalanannya untuk menuntut ilmu adalah ibadah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya : {Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju syurga}
2)Niat adalah punca keberkatan.Menuntut ilmu bukan lah satu perkara mudah apatah lagi untuk mengekalkannya di dada penuntut.Apabila seseorang menuntut ilmu kerana Allah SWT untuk menolong agamaNya maka Insha-Allah akan dipermudahkan urusannya.Begitulah dalam firman Allah SWT yang maksudnya:{Barangsiapa yang menolong Allah maka Allah akan menolongnya".
Ustaz Ahmad Amin daripada Mesir pernah menulis.Dalam tulisannya yang bertajuk 'Risalah untuk Anakku' , beliau mengklasifikasikan penuntut ilmu kepada 3 golongan :
1)Penuntut ilmu yang tidak mempunyai matlamat yang akhirnya akan menyiakan kehidupannya tanpa memperolehi apa-apa ketikamana pulang ke tanah air.
2)Penuntut ilmu yang belajar hanya untuk ijazah semata-mata.Mereka ini sememangnya telah berkembang akal dan bertambah ilmu mereka serta dapat membawa pulang segulung ijazah tetapi malang,hati mereka tidak terbuka untuk mengambil tahu hal lain melainkan ilmu di kuliah sahaja.
3)Penuntut ilmu yang memahami tujuan mereka belajar dan mengambil pengiktibaran dari setiap sudut samada di dewan kuliah, hal ehwal semasa dan budaya masyarakat sekeliling.Mereka ini berjaya di dalam pembelajaran dan kehidupan mereka serta kepulangan mereka bermanfaat kepada masyarakat.
TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERILMU
Di antara orang yang dijerut mukanya di hari akhirat kelak ialah mereka yang mempunyai ilmu tetapi menyembunyikannya dan bagi mereka ini tidak lain tidak bukan Neraka yang dijanjikan.
Hari ini kita melihat terlalu banyak kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat samada masyarakat di Malaysia, Timur Tengah atau di setiap negara. Masalah gejala sosial yang melampau telah mula menghakis satu persatu nilai peradaban manusia yang dahulunya di bangga-banggakan. Contohnya masyarakat Melayu yang terkenal dengan nilai sopan santun, hari ini kita sendiri dapat perhatikan bagaimana perilaku anak-anak muda yang di antara mereka merempit di tengah jalanraya, melepak di kaki lima, merogol tanpa mengenal saudara, merompak, menyamun dan sebagainya. Tidaklah pula harus kita banggakan dengan fakta bilangan anak luar nikah yang telah dilahirkan dalam masa 1 tahun mencecah ribuan bayi.
Malaysia pula yang dikatakan sebuah negara maju harus mengkaji semula apa itu istilah 'kemajuan' yang sebenarnya. Membangunkah sesebuah negara andai pemudanya sudah kehilangan harga diri, sudah ketandusan telaga iman, mula mendahagakan rimbunan ketaqwaan dan melihat Islam seolah-olah fatamorgana yang berada di hadapan?
Tidak perlu bagi ana menulis dan memberi contoh yang banyak sedangkan hakikat sebenar telah dimaklumi oleh kalian para pelajar. Penting untuk ana bicarakan ialah tanggungjawab seorang pelajar dalam memahami matlamat sebenar seseorang itu menuntut ilmu.
Tanggungjawab seorang penuntut ilmu ;
1)Memahami Islam dengan kefahaman yang betul. Ini kerana terlalu banyak pelajar yang menjadi graduan universiti tetapi masih tidak mendapat kefahaman Islam yang sebenarnya. Hasil daripada itu, muncul fahaman-fahaman sesat ataupun menjadi pengikut kepada gerakan-gerakan yang tersasar dari landasan Islam.
2)Mempraktikkan apa yang telah di pelajari. Tanggungjawab yang kedua amatlah sukar untuk dilaksanakan tetapi ianya adalah satu kewajipan yang perlu kita tunaikan selaku seorang insan yang berilmu dan ia juga berkait rapat dengan tanggungjawab yang ketiga.
3)Menyampaikan ilmu kepada orang lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW " Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat " .
Bolehkah kita bayangkan seekor ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan ia berjalan bengkok begitulah juga seorang penyampai ilmu yang menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan meninggalkan maksiat sedangkan dirinya sendiri melakukan yang yang sebaliknya apakah mad'u akan mengikutinya serta mengikut ajarannya?
Akhir kalam, tulisan ini bukan ingin menunding jari, tetapi mahu masing-masing mengislah diri serta memikirkan sudut mana yang perlu diperbaiki seterusnya mula merentakkan irama perjuangan dalam menegakkan Islam di negara sendiri.
Hayatilah sepotong kata-kata yang dihadiahkan kepada ana dan sahabat-sahabat semasa menuntut di Jamiah Abu Nour yang hingga kini menjadi perangsang diri ;
ان الطبيب يحي روحا واحدا
ولاكن الداعي يحي امة واحدة
" Sesungguhnya seorang doktor mampu menyelamatkan satu nyawa , akan tetapi kalian seorang da'ie mampu menyelamatkan nyawa ummah!! Nyawa UMMAH!!"
Siiru ala barakatillah
Sebarang komentar bolehlah diajukan agar penulis mampu memperbaiki kesilapan.
Jatuhkan Rasa Hebat untuk membina Perpaduan
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Sunday, December 19, 2010 Labels: Perpaduan tanpa dikriminasi Sunday, December 19, 2010Baru-baru ini aku terpilih untuk mengikuti satu konvensyen keagamaan yang bertajuk 'Persaudaraan di antara Islam dan Masihi(Kristian)" yang bertempat di Ebla Hotel,Dimasyq. Konvensyen ini dihadiri oleh ulama-ulama 2 agama besar di dunia yang datang dari negara sekitar timur tengah.
Jelas sekali maksud konvensyen ini diadakan adalah untuk menyatukan di antara penganut 2 agama yang kebanyakkannya taasub terhadap agama yang mereka anuti dan akhirnya membawa kepada hasad,permusuhan dan pembunuhan dan sebagainya.
Konvensyen ini teramat bermakna untuk saya yang mana dahulunya agak taasub dengan agama sehingga membenci agama-agama selain islam.Peristiwa yang jelas sekali mengubah minda saya ialah dimana ulama-ulama besar islam dapat duduk bersama,berbincang dengan ulama-ulama masihi yang memakai rantai emas salib yang besar di dada-dada mereka.Yang paling mengejutkan lagi apabila ucapan pertama yang disampaikan oleh ketua agama katholik,
"Allah itu tuhan yang satu!(dan beliau mengulangnya beberapa kali)...kita semua percaya kepada Allah tetapi mengapa kita harus saling berbunuhan sesama kita?"
dan beliau menyuruh audien yang memenuhi Dewan umawiyyen agar mencari titik persamaan dan tidak berbalah kerana adanya perbezaan.Ucapannya yang begitu hebat menerima tepukan gemuroh daripada seluruh pendengar.
Aku mula kagum dengan Kuasa Allah yang menjadikan kami berbeza dan terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan yang akhirnya meletak satu arahan agar manusia bersatu...
Perpaduan satu ungkapan yang kita semua impikan tetapi hakikatnya sukar untuk kita sendiri melaksanakannya.Tidak perlu kita menoleh kepada orang lain,tetapi lihat sendiri pada diri kita. Bukan mudah untuk meletakkan diri sama taraf dengan golongan yang lain.Sebagaimana sukaruntuk kita menerima pendapat orang yang kita katakan dia salah dan merasakan kita betul.Begitu juga merasa malu untuk duduk bersama dengan orang yang tidak berkemampuan(miskin) kerana merasakan diri dijulang kerana kekayaan.
Hebat tak hebat,Allah dah buktikan yang kita semua sama dan kerdil sahaja di sisiNya sebagaimana ibadah haji yang meletakkan kita,miskin atau kaya dalam keadaan seolah-olah hina.Betul tak betul,kita yang hari ini berjalan megah dan berbangga dengan nikmat pinjamanNya akhirnya kemana tempat kembali kita??Bukankah di bawah tanah yang aku,kau dan manusia lain pijak?????
Tetapi mengapa hari ini kita selaku muslim masih nak mendikriminasikan kedudukan dan taraf manusia?Dimana hebatnya kita?Dari mana datangnya kehebatan kita??Kemana akhirnya pergi kehebatan yang kita ada?dan bilakah kehebatan itu akan berakhir?
Sama-sama kita soal diri sendiri dan bermuhasabah.Rasulullah SAW amat mengharapkan agar ummatNya berpadu dan bersatu ,jadi janganlah kita mengusik hati Kekasih yang kita cinta lantaran perbuatan dan keegoaan kita.Kita semua berjuang untuk meninggikan Islam, tetapi tanpa sedar kita sendiri yang mencacatkan zahir islam dengan peribadi kita..
Dan Semalam,saya dan beberapa rakan ke Bludan untuk melihat keindahan Allah SWT (salji) dan kami sempat berhenti di sebuah hotel di sana untuk mendirikan solat fardhu maghrib berJEMAAH.Di lobi hotel tersebut diletak sebuah patung santa claus dan pokok-pokok krismas. Dan tibe-tibe kawan saya bersuara menyatakan dia tidak senang dengan patung dan pokok krismas tersebut.Saya bertanya kenapa,dan dia menjawab kerana agama....
Saya mula menyusun kata-kata..
"Dulu aku pun sama dengan kau,benci pada agama dan amalan-amalan agama lain.Tetapi cuba kita fikir,selama mana benci masih menguasai hati kita yang selaku daie selagi tu kita takkan dapat bergerak bebas dalam dunia dakwah.Mereka itu menyembah dan mempercayai tuhan yang kita sembah,mereka merintih dan meminta petunjuk dari Tuhan yang mereka percayai di gereja-gereja mereka yaitu Allah..Moga Rintihan mereka di gereja membawa mereka untuk sujud di masjid,Rumah Allah"
Dan pesan untuk Jiwa Daie...
"Serulah manusia dengan hati yang suci dari benci kerana hidayah tidak seiring dengan 'Benci' , ianya seolah-olah magnet yang bertemu bukan dengan pasangannya..."
Harapan yang Harap Jangan Terkubur
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, December 10, 2010 Friday, December 10, 2010Sesekali berbicara mengenai harapan,bukan senang untuk sampai kepada apa yang kita harap serta impikan.ianya amat memerlukan satu titik permulaan yang dirancang,bukan memasang impian dan mengharap ia tercapai begitu sahaja.
UJIAN ..ia ibarat penunggu di perjalanan.Kadang ku anggap ia sebagai penghalang dan terkadang aku menganggapnya sebagai kawan dan teman rapatku.entah macamana aku boleh berfikir begitu,...tetapi bagiku,perjalanan tak sempurna tanpa UJIAN..kelihatan sepi tanpa cabaran..Tiada tangisan,tiada duka,,....tiada airmata yang mengalir di bahu teman seperjuangan, tiada masalah yang boleh diluahkan..
Sedang UJIAN buat kita lebih berani,..buat akal lebih kehadapan..menjadikan diri makin matang dan berfikir beberapa kali sebelum memutuskan sessuatu keputusan...
Alhamdulillah,,aku masih lagi mampu survive berada di bumi syam ni..dah masuk bulan ke-4. Apa yang ingin aku kongsikan untuk kali ini adalah mengenai "HARAPAN"..
justeru itu,,aku sendiri punya harapan yang begitu besar sehinggakan terkadang aku fikir "mampukah aku mencapai cita-cita yang begitu besar ni??" ..Yaa!!! Aku mampu dan aku merancang untuk itu.
Sekarang,,ujian itu adalah satu kepastian..ia datang dan pergi..kemudian ia datang kembali.. Kehadirannya aku tak nanti tapi aku harus bersedia..Usahkan tangis!!Usahkan Esak!! Usahkan Merintih!! Usahkan mengharap!! Seolah2 ujian itu tahu dimana kelemahanku lantas ia menyerangku...
Merasa tak berteman...Merasa keseorangan..Tiada bahu yang bersedia menerima airmataku.. Merasa sesak..Merasa putus asa...Merasa Kecewa..Ingin aku lari,tapi ke mana arah tujuku?
Tapi satu yang aku terus ingat ialah "Harapan".Cita-cita itu menyapu airmataku dari terus mengalir.Membuat kekuatan jiwaku kembali pulih..Membangunkan aku tatkala rebah. Tatkala tiada tangan yang menghulurkan bantuan..aku digagahkan dengan cita-citaku untuk bangkit..
Perjuangan yang hanya aku sahaja memahaminya,,Cita-citaku bukan kerjaya sebagai doktor!bukan kerjaya peguam!!guru!!Pendakwah agama!!bukan aku mengejar kerjaya yang membolehkan aku mengumpul harta!!Bahkan cita-cita aku berada di sini adalah 'HIJRAH'...
Perhijrahan diri..Arus hidup yang wajib aku ubah.Aku bukan ingin mengubah fitrah, tetapi aku ingin kembali kepada fitrahku yang sebenarnya..Fitrah roh yang telah mengikat janji sebelum ditiupkan ke jasad.Fitrah Insan yang ditetapkan berjuang dan mewarisi amanah.Fitrah Wanita yang berbakti dengan caranya yang tersendiri.Fitrah hamba yang harus berjalan menuju Tuhannya...
Dan hijrah ini adalah sukar!Ia melawan kehendak seorang yang dilahirkan berjiwa ingin bebas seperti aku.Seorang yang jiwa memberontak.Jiwa yang suka membangkang.Yang sangat keras kepala.Yang pemarah dan selalu ingin menang.Jiwa2 ini tak harus berada dalam perjuangan! Dan aku tak rela ditolak ketepi dari terus berjuang.Jadi konklusinya,,Aku sedang berhijrah melalui jasad yang sama menuju pembinaan jiwa yang berbeza.
Bagiku,tak mengapa hidup tak berteman.Tapi asalkan jangan lumpuh di medan perjuangan. Tak mengapa dikhianati,tapi jangan kamu mengkhianati.Kamu pasti akan dicaci dan diperli, tapi jangan kamu mencaci dan menyakiti..
Selamat hari Raye Eid Adha
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Wednesday, November 17, 2010 Wednesday, November 17, 2010HUmm..agak lame rasenye x update blog..dh berapa bulan bersarang..alhamdulillah..hari ni dapat gak update sket2..tp xde isi pun nk ditaipkan..huhu
Sepintas Lalu Kekejaman Kroni Israel
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Thursday, July 29, 2010 Labels: Sepintas lalu Kekejaman Kroni Israel Thursday, July 29, 2010BOIKOT ISRAEL, AMERIKA DAN SEKUTU MEREKA!
PALESTIN SEPINTAS LALU
Negara ‘haram’ *israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa.
IRAQ DAN AFGHANISTAN
Selain dari Palestin, Amerika yang didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq, sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991.
sedikit coretan
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Wednesday, July 28, 2010 Wednesday, July 28, 2010Alhamdulillah...
tinggal beberapa minggu lagi sebelum tarikh jangkaan keberangkatan rombongan ke syria.. Dan sedikit urusan telah diurus spt kad bank,salinan2 dokumen..dan bnyk urusan lagi belum siap..hehhe.. ex pasport..cop jkkkkk...packing barang..
inshaAllah..lepas dpt cop jkk,ana akan ke jpn untuk uruskn passport..humm jd budak bawah umur ni susah sket..mende2 kene gune tandatgn penjaga...huhu..bit tired for that!!! gitu jugak nak buat kad bank.. mareng dh membazir rm10 utk mati setem..tp xdapat jugak buat kad di Maybank sbb fingerprint xleh dibaca..so buat atas nama mak..Alhamdulillah.. start urusan dr jam 12 siap kul 3.00 lebih...lame kan?? darah ambe pun tgh naik turun mase tu..kdg rase cam urusan kat maybank tu tak bersistem..bila masuk..jd bingung..dok tahu nak tanye kat mana???? dgn keadaan semua org sibuk..dgn pejabat yg kecik..
tp lepas nama dipanggil utk ke kaunter,,jd lega..tp urusannye lame gile..tp mujur encik yg berurusan tu pandai jage hati..dan dia pandai bersembang sikit2...dia tak tunjukkan wajah yg serabut walaupun urusannya masih banyak...ramai yg datang bertanya,,ramai yang menunggu utk berurusan dengannya,,tp dia tetap tenang..can i be like him..???hehhe..i will try..
kelmaren jugak ,,kami bertige (pljr bnt nak ke syria,,just 3) pergi ke dq untuk mengambil surat. lame jugak duk bersembang dengan mudir..hehhe..then kitorang saling berbelanje makan di gerai biasa..warung ape ntah namenye..tp kitorang pljr robe slalu makan kat situ..smp dh rapat dgn pekerja2 warung tu..tp sbb ape ana suke warung tu,,sebab roti canai dia mmg sedap.. lembut, rangup..hahahha...and very cheap..and slalu dpt diskaun..hahahah..ade skali tgh makan ramai2,, ade pegawai kerajaan yg turut breakfast kat situ belanje makan..hehhehe..thanks very much..
kelmaren sms ust mat..dia kate nak ejah tarikh dr 4 rmdhan ke 12 rmdhn,,tp tak konfem.. huumm.. jgn buat mcm ni ustaz...ana nk pack barang ni..nk beli brg lagi..
lastly,,ramdhan is coming...am i ready for that?i'm waiting but....hummm
Emak Ingin Naik Haji
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, July 02, 2010 Labels: Emak ingin Naik Haji Friday, July 02, 2010Zakat,Sape nak kasi?
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Saturday, June 26, 2010 Saturday, June 26, 2010Assalamualaikum wbt.
Kepada muslimin muslimat yang membaca blog ni,tolong sebarkan.
Mana-mana yang ingin memberi sumbangan,zakat,derma atau seumpamanya boleh lah menyumbangnya kepada para pelajar tahun akhir di Maahad Darul Quran,rusila yang akan menyambungkan pelajaran pada bulan 8 ini ke Syria..
Tersedar diri banyak tersalah langkah, tapi alangkah bertuahnya. kerap kali aku dipelihara olehNya.Astaghfirullah...Astaghfirullah...astaghfirullah..
Dikisahkan oleh seorang ustaz mengenai sejarah "UBAN" .Manusia pertama yang diciptakan uban padanya ialah Khalilullah,Ibrahim a.s.Beliau bertanya apa itu uban.lalu dijawab bahawa itu adalah rahmah dari Allah swt yang dijadikan sebagai tanda bahawa ajal itu semakin hampir dengannya.
Macam2 nak cakap,so takpayah bertajuk la
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, June 25, 2010 Friday, June 25, 2010Alhamdulillah,,
hari ni,masih mampu bernafas seperti biasa.Beribadah dan bermuamalat seperti hari-hari yang sebelumnya.Esok siapa tahu............takut-takut bukan milikku lagi.
inshaAllah,bukrah aku akan ke maahad.luse exam paper hadis dan mutolaah.Preparation still not enough.but inshaAllah,i'll try my best.May Allah bless us and give us An-Najah..
Petang tadi,abah call Ayah Mat.Tanye soal sambung belajar ke syria.Nampak peluang yang cerah utk aku sampai ke bumi anbiya' tu.harap-harap..Bajet utk pergi kene ada rm5000. dan seblum ni aku dh ade buat sdikit perniagaan,ada la sikit2 utk tampung beli2 barang2,pakaian dsbnye.
2 minggu lagi berbaki,detik ni dikira sbg saat2 terakhir aku di bumi dq.Sayang nak tinggal. banyak kenangan kat sana.Espceli katil dan meja study kat sbelah katil tu.Tapi apa boleh buat. setiap pertemuan ada perpisahannya..ni la hakikat hidup yang harus kita berani menerimanya.
bulan 8 ni pula, awal ramdhan aku dijangka akan berangkat ke syria.Moga Allah berkati perjalanan aku nanti dan selamat sampai dan pulang kembali ke malaysia 5 tahun lagi.
Hidup ni banyak perancangan, tapi Allah lah sebaik-baik perancang.Kita merancang utk esok. Tapi sempatkah utk esok itu?
lastly, utk kawan2..teruskan perjuangan dalam mengaji ilmu agama.moge ia menjadi penyuluh kita di barzakh sana.Jangan mudah terpedaya dgn dunia yang indahnya hanya fatamorgana. Dikejar ingatkan ada, tersedar diri dinipu bila letih berusaha mencapainya.
for suliana zulkifli, anda antara hambaNya yang diuji dengan ujian yang aku sndiri tak mampu menghadapinya.Sabar lah wahai sahabatku.Moga Allah swt mengatur perjalanan hidupmu lebih baik dari yang sebelumnya.
k.cau!
Alhamdulillah,
berkesempatan juga utk update blog,sekadar tidak mahu ianya bertambah usang,,,Sekarang ni masih dalam fatrah imtihan.Tapi diatas kehendak 2 pihak,akhirnya berpeluang juga utk pulang ke rumah utk beristirehat..hehe..kodho tidur..
dah lepas 6 paper,alhamdulillah,,boleh laaaaaaaaaaaaaa....cume tadi paper tarbiyah,,rase cam kurang je.Tapi malas nak check,sebab Tuan Fadhilah Khamsah pesan jgn dicheck amende yang dah lepas.Jadi..kite tak check laa..
first paper,alquran punyer madah,waduh2..punye la lame tak menulis,habis tulisan cam tak tentu arah.Gitu jugak paper b.m,,tulisan macam mende...liquid pun banyok..sebab idea cepat datang,bila kita tulis dia lari cak gapok..nok habis pa liquid..mujur ni exam last doh..
Exam daa Dekat,
Ambil Buku Cepat,
Study Biar Semangat,
Kena Hafal Rapat-rapat,
Ni Pesan Ustaz,
Masa begitu pantas berlalu,,Kalimah demi kalimah menghilangkan tiap-tiap saat.Nafas yang lelah selelah berlalunya waktu.Benarlah Kata Imam Itu ...
Dan terkadang,aku ingat pada Nasihat Baginda Rasulullah SAW terhadap puteri kesayanganNya saidatina Fatimah tatkala meminta disediakan seorang khadam buatnya kerana keletihannya mengerjakan kerja rumah,agar menyebut kalimah :
Keindahan Datang dan Pergi
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Sunday, February 14, 2010 Labels: Keindahan Datang dan Pergi Sunday, February 14, 2010السلام عليكم ورحمة الله
الحمد لله رب العالمين الذي لا اله الا الله. اليوم, رجعت عن قريتي في بسوت. زرت جدتي.هي امراة مسنة مريضة.ارجو ان يشفاها الله.امين.... غدا, ساذهب الي المسكن في روسيلا ان شاء الله
Allahuakbar,
Penguasaanku terhadap bahasa arab masih kurang.Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini.Moga Allah memberiku kesempatan untuk menjadi seorang yang fasih bertutur dalam bahasa Syurga ini.Amiin..
Alhamdulillah,pulangnya aku dari melawat sanak-saudaraku di kampung. Sungguhpun terlalu banyak perubahan yang terpaksa aku lihat..Hal ehwal sepupu-2 ku.Yang membesar dalam keadaan kurang tarbiyah islam dalam diri mereka.Keadaan nenekku yang semakin teruk sakitnya. JUga keadaan Tok Su, yang sebelum ini kutemuinya dalam keadaan sihat.Kelmarin, sedikit terkejut serta terkilan aku melihatnya.Pelbagai rasa singgah di hatiku melihatnya. Toksu sudah tidak mampu bertutur seperti biasa,dan gelagatnya sedikit kebudakkan.
Melihat keadaan seumpama itu,aku menghantar pesanan ringkas kpd sahabat baikku.
Pesannya "Yang Indah itu hanya sementara.Itulah hakikat menuju masa depan.."
Ya, aku percaya yang indah itu cume sebentar,hakikatnya ia pasti akan hilang.Sepertimana perginya usia kanak-kanak menuju remaja,dewasa,tua dan semakin tua..Yang berlalu itu adalah keindahan, tetapi ada yang lebih indah datang andai kita pandai menilai dan mencarinya.. Itu lah iman.
Keindahan serta kemanisan iman semakin terasa tatkala usia berlalu hari demi hari.Yang berjaya mencarinya adalah orang yang merasakan hidupnya pasti berakhir sebentar lagi dan dia bersedia untuknya serta orang yang memikirkan dosa-dosa yang terhimpun pada hari-hari lalu lantas dia bertaubat sesungguh hatinya.
Ramai juga yang berfikir , Orang yang umurnya menjengah tua sahaja pasti akan merasai mati. Sekalipun mereka percaya adanya kematian di usia muda.. Mereka Percaya tetapi mereka Tidak merasa Bahawa Calon bagi Kematian itu adalah diri Mereka sendiri...??
Rahsia Kejayaan
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Thursday, February 11, 2010 Labels: Rahsia Kejayaan Thursday, February 11, 2010Assalamualaikum Wbt,
Alhamdulillah,,sampai jugak aku di Kampung halaman dengan selamat.Perancangan asalnye, aku dan kawan2 tak nak balik dan mahu menghabiskan masa di asrama dengan study dan memorizing kutub sementara asrama sunyi dari suara2 tempikan yang riuh-rendah serta hentakan kaki adik2 yang kurang mumayyiz berlari-larian di koridor...
Tahun ini,sekalipun aku bergelar mantan segala jawatan,tetapi itu tidak bererti tanggungjawab aku berlalu seperti berlabuhnya penghargaan di muka sijil penghabisan jawatanku.Selaku mantan pengawas, aku menerima baik kunjungan adik2 pengawas yang sering meminta nasihat serta menimba sedikit pengalaman dariku..Jujurnya,, semasa memegang amanah sbg s/u, aku bukanlah seorang yang bagus.Apepun,aku terasa sedikit dihargai kerana diberi kepercayaan oleh adik-adik pengawas.Moge ukhuwah dan rabithah di antara kami tidak akan putus dan terus kekal hingga ke akhirnya.
Setakat ni,aku menjalani kehidupan selaku pelajar rabi' dengan baik sekali.Meskipun banyak kelas-kelas dan kuliah ilmu yang diaturkan,tetapi aku tidak merasakan ianya berat bagi aku mendepaninya.Kecintaan aku pada Ilmu begitu membuak hinggakan aku merasa kehilangan yang begitu besar lantaran kebudakkan aku semasa menimba ilmu dahulu.Belajar terkadang sekadar untuk lulus exam,, Hafal berkitab-kitab tetapi secebis darinya saja yang kekal di ingatanku hingga sekarang.
Dan harapnya,tahun ini aku tdak akan mengulangi kesilapan dan kebodohanku seperti hari-hari lalu.
Selalu sahaja aku berpesan kepada adik-adik kesayanganku.
"Ingat,,kita belajar ada matlamat yang kita nak tuju.Belajar kita hari ni untuk Islam. Tanggungjawab yang perlu kita pikul tak akan dapat kita laksanakan melainkan dengan Ilmu. Belajar itu bukan untuk Ibu Bapa.Belajar Itu bukan untuk Mendapat Nama dan Kemuliaan semata.Tapi belajar kita adalah untuk perjuangan Islam."
Disamping itu, tiapkali mereka bertanya tentang rahsia kejayaanku...aku menjawab:
"50% punca kejayaan adalah kesungguhan kita, manakala 50 % lagi adalah
berkat.Berkat hormatnya kita pada ibu ayah.Berkat hormatnya kita pada Guru.Berkat hormatnya kita pada Golongan yang lebih tua.Berkat Hormatnya kita pada yang lebih muda.Berkat hormatnya kita pada sahabat dan masyarakat sekeliling.Yang penting Keberkatan dari niat Kita melakukan sesuatu.."
Suka aku katakan, yang baik itu indah.Dan keindahan itu hanya pada Islam.Maka barangsiapa yang mahukan keindahan pada dirinya, Hiduplah di bawah naungan cahaya Islam.
Going Back To School !
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Saturday, January 30, 2010 Saturday, January 30, 2010Assalamualaikum to All..
Sedar tak sedar,rase macam baru semalam aku mula menjejak kaki di Darul Quran,mendaftarkan diri untuk belajar di tingkatan 1.Tindakan mendaftar di Darul Quran adalah pilihan abah.DQ bukan kehendakku pada masa tu..Tapi,mungkin itu jodoh dan ketetapan Tuhan.
Saban tahun aku membuat keputusan untuk menukar tempat pengajianku,tapi tatkala itulah, Allah merancang perancanganNya yang membuatkan aku terus kekal di DQ..Hinggalah saat ini, genap 7 tahun aku di sini,Inilah tahun Akhirku disini.
Pembelajaran di Saff robe' tsanawi..okay,xder la tension-tensyen lagi..Tapi akan datang xtahu laa. Ari rabu ni plak ade buat show,,so kene berlatih laa..Lost my study time laa..Aduuhh..
Tadi chatting dgn sahabat yg study overseas,Syria..Maybe there's my next destination..Doa-doa kan laa..MOge tsabat dan istiqomah..!!!