Abu Dhabi International Airport

Sunday, May 08, 2011

Tak dirancang ingin pulang awal, ingatkan boleh menolong sahabat-sahabat di Syria tapi beberapa keperluan memanggilku untuk pulang ke Malaysia. Tiket yg dibooking untuk tarikh 15 Jun 2011 terpaksa diawalkan ke tarikh 7 Mei 2011..iaitu hari ni...keputusan dibuat mengejut pada hari khamis lepas.


Keputusan agak terburu-buru tapi alhamdulillah.semuanya berjalan lancar bermula di Airport Damascus, kami rombongan pelajar seramai 12 orang menaiki kapal terbang Etihad pada jam 3.35 petang (waktu Dimasyq) dan selamat tiba di Abu Dhabi Internation Airport tepat jam 7.07 malam (waktu Abu Dhabi).

Dan sekarang, aku nak berkira...first nak makan nasi goreng pataya..pastu nak balik terengganu dan ke Darul Quran untuk menghulurkan pertolongan...(kalau diperlukan...tp kalau x perlu, nak wat camane)...dan aku nk bergiat dlm pas cawangan..

Aku terus ingat pesanan K.na , k.ngah , k.erin dan sume sahabat2... "Balik berjuang...."

Pasakkan semangat, hasil tarbiyyah selama hampir 8 bulan di Ulynnuha dan syam akan aku aplikasikan dalam kehidupan harian..Tiada lagi panas baran, hormat orang lain, bersegera dalam urusan kebaikan dan yang penting , bergerak menurut Islam...

Ayuh Islah diri , Islah jemaah dan Islah Masyarakat...Allahu Akbar.

0 Komentar: