Pelajar Tahun Akhir 2010

Thursday, December 31, 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,kesempatan waktu yang ada semntara jejari masih berminat melakar kata-kata.Mood pun sedang2 molek je.oleh tu aku hargainya tanpa terus membuang masa.

hampir sebulan lebih,cuti sekolah hampir tamat dan akan bermulalah sesi persekolahan bagi sesi 2010. Sekalipun tempoh cuti yang agak lama,aku bersyukur krn aku dapat memanfaatkannya dgn pengisian ilmu selama 2 minggu baru-baru ini..

kisah penjelajahan ilmu di Rusila sudah memasuki final season bagi aku dan rakan-rakan se batch.Kalau ayat dalam needfor Speed ia dipanggil FINAL LAP.Tiap kali aku main game ni,,bila tibe final lap,masa tu aku dah terbiasa dgn jalan yang sama dilalui dalam lap 1,2 dan sterusnya.

Oleh itu final lap tidak begitu sukar,akan tetapi bila memasuki final lap,para saingan yang lain turut sama menjadi makin mant0p dan oleh kerana itu, masing-masing semakin ghairah dan bersemangat.

Begitulah juga aku di Darul Quran yang mempunyai 7 laps (pusingan)..Dan aku jua saingan yang lain akan mula berhempas pulas di lap yang ke-7.Siapa yang terkedepan,dan sapa terkebelakang?sukar diramal saat ini. Kejayaanku selama ini juga,tidak mustahil akan dipintas oleh saingan-saingan yang lain.

Baru-baru ini juga,peratus peperiksaan aku jatuh 2 mata(2%).Aku mula merasa kesal diatas sikapku yang acuh tak acuh tatkala menghadapi final exam 2009.Apatah lagi,musim peperiksaan yang kebetulanya musim hujan. Best sangat time tu nak terlelap,terkhoyal..dan macam2 adegan lagi yang sama waktu dengannya..

Waktu menghafalku pn tidak teratur.itulaa tidur punyer pasal,bila kawan kejutkkan buat2 tak sedar (mmg x akan sedor). Pahtu bila terkejut lewat pagi dlm kul 5.30 terhegeh-hegeh membaca kitab yang masih belum dihafal sepenuhnya..kejadian spt ni banyak berlaku padaku baru-baru ini..Lebih kot 3 kali.
Istilah yang aku gune time exam pulak "Biar la aku nk lepas nombor 1 ni ke kawanku yang lain,tak nak tekan sangat exam final ni,,takut time robe' jadi muok,malas,frust.." hasil dari ungkapan ini lah,Aku begitu-begitu banyak bercakap ,dan membuang masa.Lebih-lebih lagi time madah usulfiqh.hahha..

berdosa tak r aku ni? ade se malam tu,aku jadi malas menghafal dan aku bercakap,pahtu sorang2 kawan aku mari bersembang sama. Seme lending masa malam exam tu..Hhahahhha..Poyo betul...
Apepun,,aku still bersyukur diatas kejayaanku,,sekalipun tak kekal dgn peratus awal tahun dan menurun 2 % pada akhir tahun.Alhamdulillah Rabbi AlAaalamin.

Pintu-pintu Syaitan dan Cara Menghalangnya

Wednesday, December 23, 2009

Bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan iblis,Islam telah menunjukkan kpd manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya Berjaya menewaskan musuh ketatnya itu.


Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para solihin dgn katanya: “Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia,ternyata ia masuk ke dalam diri melalui 10 pintu :

  1. Tamak dan buruk sangka,maka aku menghadapinya dgn sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dgn apa yang ada.
  2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan,lalu saya menghadapinya dgn perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
  3. Cintakan kerehatan dan kemewahan,lantas aku menghadapinya dgn keyakinan bahawa kenikmatan itu pasti hilang dan balasan buruk pasti menanti.
  4. Kagum terhadap diri sendiri (u’jub),lantas aku menghadapinya dgn rasa terhutang budi kepada Allah SWT dan kpd akibat buruk.
  5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka,lalu saya menghadapinya dgn mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
  6. Hasad (Dengki),lalu saya menghadapinya dgn sifat berpada (Qana’ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kpd makhlukNya.
  7. Riya’ dan sukakan pujian orang.Lalu saya menghadapinya dengan Ikhlas.
  8. Bakhil (kedekut),lalu saya menghadapinya dgn menyedari bahawa apa yg ada pada makhluk pasti akan binasa .
  9. Takabur(Membesar diri),lalu saya menghadapinya dgn tawadhuk.
  10. Tamak-haloba,lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan disisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Aku Mahu Ke Sana!

6 Tahun akan berlalu seketika nanti.Menjelang 2010,aku akan berada di saff Robe' Tsanawi di Darul Quran, tempat aku diasuh dan dididik dengan pengajian agama.Dari yang tumpul,aku diasah menjadi tajam.Dari yang lemah aku diuji dengan pelbagai ujian sehingga aku mendapat kekuatan.Alhamdulillah,aku bersyukur dengan semua tu.

Awal kedudukanku di darul Quran,aku hanya murid biasa.Bukan seorang pelajar yang begitu pintar.Suka bermain dan cepat memberontak.Pasti ada sahaja yang tidak kena dengan aku.Tapi semua tu berlalu hari demi hari.Aku mula ditarbiyah dengan ditaklifkan berpesatuan.Gemar pada mulanya,tetapi kerana masalah yang begitu banyak (almaklum,budak2 lagi masa tu,xpandai nk selesai mslh sendiri) aku lupa siapa aku.Seorang pengawas yang lebih teruk dr pelajar?

Alhamdulillah,itu tidak lama.Benar kata orang,"Yang Guru Itu Adalah Ujian" ujian yang banyak melahirkan kekuatan dan kekebalan.Sampai saat ini,tatkala ujian menimpa,aku tidak menggelabah seperti dulu.Kerana aku tahu,aku hanya sedang diperhatikan bagaimana caraku menghadapi serta menyelesaikannya.

Bukan itu yang aku mahu ceritakan sebenarnya dlm posting kali ni.huhu,,sedih rasanye hati ni bila dengar kesukaran bagi pelajar ajanib ke Syria.Sebelum ni memang masalah tu dah berlaku.Tetapi baru-baru ini Ada ura-ura kerajaan syria nak beri iqomah buat pelajar ajanib.Dan sekarang,,Masalah yang sama berlaku semula.

Semenjak aku diberi harapan untuk menyambung pelajaran ke Syria ,semangatku untuk belajar begitu berkobar-kobar.Sehingga aku menampal di meja studyku "SYRIA OGOS 2010" ... dan aku telah menarget yg terbaik untuk exam Syahadah Tsanawiah.Aku telah merancang beberapa kelas bahsa arab sbg persediaan ke sana..Aku tahu semua usaha ni tidak sia-sia..Dan Berita tentang masalah ke Syria ni bukan hanya berita sedih buat aku,malah ianya membuat jiwa aku lebih bersemangat untuk ke sana..

Ya Allah,,

Aku Diserang Migrain?

Monday, December 21, 2009

huhu,,2 hari yang lepas aku diserang Sakit kepala sekali lagi.Seperti biasa,tiap kali aku sakit kepala,perutku mula loya dan hilang selera makan dan terasa ingin muntah.Tapi hari itu bukan stakat Rasa Ingin Muntah,tapi aku betul2 muntah.huhuhu..

Sakit kepala tu tak berakhir hari tu je..keesokan hari tu aku masih mengalami simpton yang sama.Kebetulan hari tu aku ditaklif menjadi Fasilitator bagi program Wadah Srikandi di Rusila.

Dan hari ni,sakit kepala mungkin berkurangan tetapi aku masih lagi merasainya.

Pada mulanya,aku kurang pasti samada sakit kepala yg aku alami ni,hanya sakit biasa atau migrain.Dan aku kerap mengalaminya sejak masuk tahun 2009 dan aku menduduki saff tsanawi 3.Kemungkinan sakit ni berpunca dripada proses pembelajaran harian.Letih dan banyak berfikir.

Antara gejala-gejala yg pernah aku alami ialah,

  • Sakit kepala sebelah sahaja
  • loya ,hilang selera makan dan muntah
  • rasa gegaran di kepala
  • kepala berdenyut kuat
  • sensitif terhadap cahaya (fotofobia)
  • sensitif terhadap suara (fonofoia)
  • senstif terhadap bau (osmofobia)

Dan baru ni,aku ke pusat homophaty,mmg aku disahkan berikut.Mane2 yang mengalami simpton2 tersebut, jumpe la doktor2 yg diiktiraf.Coz migrain mmg sakit!!!

Kelas Tuisyen Bahasa Arab

Wednesday, December 16, 2009


Assalamualaikum,,huhu,,lame benor xupdate blog ni..kali ni just nk cakap2 pasal Kelas Tuisyen Bahasa Arab yang dianjurkan oleh pelajar tsanawi 3 banat baru2 ni.Kelas ni dibuat selama 2 minggu.Tapi kami tak menginap di asrama,dan mujurlah kak ina memberi keizinan buat kami menumpang di rumah bahagian atas.

Makan minum xder masalah,kitorang memasak pakai resepi budak2 muda.Amacam?orang tua tengok pun kurang berkenan nak buat menantu..hahahha.apelah sangat,hidup sederhana tanpa mak bapak.so kena la berjimat cermat..Makan telur,ikan..ayam pun ade gak sekali due..(wat2 kaye)
Hari-hari kitorang terisi dengan perkara2 yg berfaedah la jugak.Pagi-pagi hari wajib solat subuh di Masjid Rusila,then menghafal Al-quran Juz 4.pah subuh,kelam kabut jugak nak memasak.kul 9 start kelas pagi.

Kelas sesi pagi biasa habis kul 11 atau lebih gok..atas tajuk yg ustaz ajar la.FYI,ustaz yang mengajar hanya seorang ustaz iaitu Ustaz Rozi Ali.sbb kitorang belajar pengkhususan untuk madah tatabahasa Arab.
  • Kelas sesi pagi start kul 9.00 smp kul 11.00.
  • Kelas sesi petang start kul 2.30 smp kul 4.30.
  • Bagi kelas malam bermula jam 9.00 smp 10.30.

Tetapi ada jugak kelas yg dibatalkn atas sbb keuzuran.

Waktu petang,kitorang beriadhah.Kadang-kdg bersama2 adik2 tahfiz(main bola jaring)..Adakala berjalan di pantai ambik angin.Main badminton dan sebagainya.Riadhah ni untuk menghilangkan tension yg dialami spnjang pembelajaran harian.

Ada petang isnin tu,kitorang melawat Ustazah Wan Nazrah.huhuuhu.kalau dang bersembang dgn ustazah..mmg xhabis cerite.bnyk pengalaman ustazah yg hendak dicungkil tetapi masa tak mengizinkan.


Posing dgn ustazah kat pantai.pergi tengok belut kat umah habibah smp xsedar hari menjelang senja.Kitorang pun kedek-kedek balik ke penginapan.

Ada jugak sekali,kami mengadakan kelas talaqqi bersama ustaz Syamms.Melalui talaqqi ni,kitorang bnyk sedar yg,terlalu bnyk kekurangan pada bacaan al-Quran kami.Dan insyaAllah,kelas talqqi ni akan terus berlangsung setiap hati rabu petang.

time maghrib,diwajibkan juga solat di masjid dan menghafaz al-quran smp tiba waktu isya.Ada yg dapat menghafaz 1 helai sehari,ada yang 1 muka.seme tu bergantung atas kesungguhan dan kemampuan sesorang.

Apepun,kursus ni mmg bermakna.

Faraidh: 1 laki Umpama 2 Wanita

Wednesday, December 02, 2009

Bismillah...

Ilmu Faraidh,ilmu yang begitu diambil cakna dlm Islam.Sehinggakan keutamaan agar mempelajarinya dan mengajarnya kepada manusia turut terkandung nas mengenainya di dalam hadis.Dan aturcaranya pula diajar secara langsung oleh Ayat Al-Quranul Kareem.

Semasa aku mula mempelajarinya.Aku pelik,kenapa Laki-laki mendapat bahagian umpama 2 orang wanita."Lizzakari Mislu Hazzhil Untsayain"..Demikian yg aku baca daripada kitab Al-Mawarith,karangan Syeikh Mohammad Ali As-Sobuuniy.

BAB : MENGAPA LELAKI MENDAPAT LEBIH BAHAGIAN DRPD WANITA

1- Wanita mempunyai kecukupan dari segi keperluan.Manakala wajib memberi nafkah kepada wanita iaitu anaknya,atau bapanya atau sedara lelakinya atau selain mereka dikalangan kaum kerabat.

2- Wanita tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.Berlainan dengan kaum lelaki yang dipertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada ahli dan kaum kerabat dan selain mereka yang wajib keatasnya untuk memberi nafkah.

3- Pemberian nafkah bagi lelaki banyak,dan begitu memerlukan kepada harta.Maka berhajat kepada harta bagi lelaki lebih besar daripada hajat seorang wanita terhadap harta.

4- Lelaki pemberi mahar kepada isteri yang dikahwininya.Dan bertanggungjawab bagi memberi nafkah tempat tinggal,makanan,serta pakaian bagi isteri dan anak-anak mereka.

5- Harus (kepada lelaki) mengajar anak-anaknya,serta bertanggungjawab bagi ubat-ubatan untuk isteri dan anak-anak.

Bahkan seorang wanita mengikut Syariat Islam tidak wajib untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun,ke atas diri sendiri atau anak-anak nya.Sekalipun wanita trsebut kaya lagi senang , tatkala mana ADA SUAMI.

SYUKUR LAH KERANA...

BAB : PERWARISAN HARTA BAGI WANITA SEBELUM ISLAM

Sesungguhnya wanita sebelum Kemunculan sinar Islam langsung tidak diberi harta pusaka. Demikian kerana hujah mereka (masyarakat jahiliah) bahawa wanita itu tidak berperang .

Bahkan Kata Orang Arab :

"Bagaimana kami mahu memberi harta kepada orang yang tidak menunggang kuda, tidak mengheret pedang serta tidak memerangi musuh-musuh?"

Maka kaum wanita serta anak-anak kecil terhalang daripada menerima harta pusaka.


Arahan buat Orang Makin Gila

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang.

Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang!

"Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.

."�"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�

"Kan kitaorang pemain simpanan!"�

huhuhu

Aku Ingat Pesan Tok Guru

Bismillah..
Kelmaren,,rangkaian media massa memutarbelitkan kenyataan berkenaan Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Aku terkejut.Aku naik benci tp bukan pada Tok Guru,Bahkan aku makin benci pada Stesen TV tu.Dari dulu smp sekarang,rancangan Berita yg start pukul 8.00 malam tu memang jadi musuh ketat aku.Bagi Aku Si Dia adalah "Batu Api" yg cuba melaga2kan pemikiran ummat Islam terhadap PAS..Parti yang berjihad membawa ISLAM di Malaysia ni..
Aku yakin,,bahawa Stesen TV tu Pembohong.Sebab selama ni memang dia suke Bohong pada Rakyat Jelata.Oleh kerana itulah.Seratus peratus aku tak percaya terus padaNya.Tapi jenis aku bukan setakat membiar sesuatu yg buruk berlaku.Aku cuba cari kebenarannya.dan Aku jumpe dalam kenyataan HarakahDaily....
______________________________________________________________
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.
Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan."Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain."Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.
Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.
"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak
yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.
Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.
Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.
Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.
"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.
Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.
"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.
______________________________________________________________
Akhirnya,Aku ingat pesan Tok Guru....Mafhumnye..Mereka tu hanya nak melagakan.Boikot sahaja akhbar(atau bagiku,TV) yang hanya menjadi "batu Api".