Kelas Tuisyen Bahasa Arab

Wednesday, December 16, 2009


Assalamualaikum,,huhu,,lame benor xupdate blog ni..kali ni just nk cakap2 pasal Kelas Tuisyen Bahasa Arab yang dianjurkan oleh pelajar tsanawi 3 banat baru2 ni.Kelas ni dibuat selama 2 minggu.Tapi kami tak menginap di asrama,dan mujurlah kak ina memberi keizinan buat kami menumpang di rumah bahagian atas.

Makan minum xder masalah,kitorang memasak pakai resepi budak2 muda.Amacam?orang tua tengok pun kurang berkenan nak buat menantu..hahahha.apelah sangat,hidup sederhana tanpa mak bapak.so kena la berjimat cermat..Makan telur,ikan..ayam pun ade gak sekali due..(wat2 kaye)
Hari-hari kitorang terisi dengan perkara2 yg berfaedah la jugak.Pagi-pagi hari wajib solat subuh di Masjid Rusila,then menghafal Al-quran Juz 4.pah subuh,kelam kabut jugak nak memasak.kul 9 start kelas pagi.

Kelas sesi pagi biasa habis kul 11 atau lebih gok..atas tajuk yg ustaz ajar la.FYI,ustaz yang mengajar hanya seorang ustaz iaitu Ustaz Rozi Ali.sbb kitorang belajar pengkhususan untuk madah tatabahasa Arab.
  • Kelas sesi pagi start kul 9.00 smp kul 11.00.
  • Kelas sesi petang start kul 2.30 smp kul 4.30.
  • Bagi kelas malam bermula jam 9.00 smp 10.30.

Tetapi ada jugak kelas yg dibatalkn atas sbb keuzuran.

Waktu petang,kitorang beriadhah.Kadang-kdg bersama2 adik2 tahfiz(main bola jaring)..Adakala berjalan di pantai ambik angin.Main badminton dan sebagainya.Riadhah ni untuk menghilangkan tension yg dialami spnjang pembelajaran harian.

Ada petang isnin tu,kitorang melawat Ustazah Wan Nazrah.huhuuhu.kalau dang bersembang dgn ustazah..mmg xhabis cerite.bnyk pengalaman ustazah yg hendak dicungkil tetapi masa tak mengizinkan.


Posing dgn ustazah kat pantai.pergi tengok belut kat umah habibah smp xsedar hari menjelang senja.Kitorang pun kedek-kedek balik ke penginapan.

Ada jugak sekali,kami mengadakan kelas talaqqi bersama ustaz Syamms.Melalui talaqqi ni,kitorang bnyk sedar yg,terlalu bnyk kekurangan pada bacaan al-Quran kami.Dan insyaAllah,kelas talqqi ni akan terus berlangsung setiap hati rabu petang.

time maghrib,diwajibkan juga solat di masjid dan menghafaz al-quran smp tiba waktu isya.Ada yg dapat menghafaz 1 helai sehari,ada yang 1 muka.seme tu bergantung atas kesungguhan dan kemampuan sesorang.

Apepun,kursus ni mmg bermakna.

0 Komentar: