Faraidh: 1 laki Umpama 2 Wanita

Wednesday, December 02, 2009

Bismillah...

Ilmu Faraidh,ilmu yang begitu diambil cakna dlm Islam.Sehinggakan keutamaan agar mempelajarinya dan mengajarnya kepada manusia turut terkandung nas mengenainya di dalam hadis.Dan aturcaranya pula diajar secara langsung oleh Ayat Al-Quranul Kareem.

Semasa aku mula mempelajarinya.Aku pelik,kenapa Laki-laki mendapat bahagian umpama 2 orang wanita."Lizzakari Mislu Hazzhil Untsayain"..Demikian yg aku baca daripada kitab Al-Mawarith,karangan Syeikh Mohammad Ali As-Sobuuniy.

BAB : MENGAPA LELAKI MENDAPAT LEBIH BAHAGIAN DRPD WANITA

1- Wanita mempunyai kecukupan dari segi keperluan.Manakala wajib memberi nafkah kepada wanita iaitu anaknya,atau bapanya atau sedara lelakinya atau selain mereka dikalangan kaum kerabat.

2- Wanita tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.Berlainan dengan kaum lelaki yang dipertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada ahli dan kaum kerabat dan selain mereka yang wajib keatasnya untuk memberi nafkah.

3- Pemberian nafkah bagi lelaki banyak,dan begitu memerlukan kepada harta.Maka berhajat kepada harta bagi lelaki lebih besar daripada hajat seorang wanita terhadap harta.

4- Lelaki pemberi mahar kepada isteri yang dikahwininya.Dan bertanggungjawab bagi memberi nafkah tempat tinggal,makanan,serta pakaian bagi isteri dan anak-anak mereka.

5- Harus (kepada lelaki) mengajar anak-anaknya,serta bertanggungjawab bagi ubat-ubatan untuk isteri dan anak-anak.

Bahkan seorang wanita mengikut Syariat Islam tidak wajib untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun,ke atas diri sendiri atau anak-anak nya.Sekalipun wanita trsebut kaya lagi senang , tatkala mana ADA SUAMI.

SYUKUR LAH KERANA...

BAB : PERWARISAN HARTA BAGI WANITA SEBELUM ISLAM

Sesungguhnya wanita sebelum Kemunculan sinar Islam langsung tidak diberi harta pusaka. Demikian kerana hujah mereka (masyarakat jahiliah) bahawa wanita itu tidak berperang .

Bahkan Kata Orang Arab :

"Bagaimana kami mahu memberi harta kepada orang yang tidak menunggang kuda, tidak mengheret pedang serta tidak memerangi musuh-musuh?"

Maka kaum wanita serta anak-anak kecil terhalang daripada menerima harta pusaka.


0 Komentar: