Assalamualaikum,,
Kali ni nak tambah sikit je,,Kelmarin 03042009 telah diisytiharkan bahawa Dato' Seri Mohd Najib Tun abdul Razak menjadi Perdana menteri ke-6 Malaysia setelah Pak lah mengundur diri kerana merasakan dirinya tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan2 dan ujian yang ingin menjatuhkannya.
Benarlah perkataan Rahman yang disusun oleh perdana2 menteri malaysia yg pertama sehingga keenam.Namun,,acu cube kita fikir!Najib adalah huruf N terakhir bg perkataan Rahman.Maka adakah ini bermakna Najib Pm barisan Nasional terakhir?
Harap-harap macam tu laa...ini Sekadar berceloteh,PUak pakatan jgn gelak,Puak barisan jgn terasa,..
N yang Terakhir buat Najib
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Saturday, April 04, 2009 Labels: N yg Terakhir buat Najib Saturday, April 04, 2009Al-quran,Mu'jizat terunggul (telah diedit)
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Tuesday, March 17, 2009 Labels: Mukjizat Al-quran Tuesday, March 17, 2009Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian lama xdiupdate laman SDC ni.Akhirnya ana ada sedikit idea yang ingin dikongsi bersama. Sempena Mawlid A-Rosul baru-baru ni,MDQ telah menganjurkan satu forum berkenaan Mawlid Ar-Rosul.Dalam forum tu ana tertarik dengan pertanyaan dari Ustaz Khalil berkenaan mukjizat Al-quran zaman kini.
Al-quran adalah kalam Allah SWT yang bisa mengalahkan tutur kata manusia.Yang mampu melemahkan mata dan anggota musuh.Yang berdaya mengubah hati-hati manusia dari hati yang gelap kepada hati yang tersuluh dengan kebenaran.
MAKSUD MU'JIZAT
Mu'jizat adalah bermakna melemahkan.Sebagaimana mu'jizat tongkat nabi Musa yang melemahkan ular-ular Ahli Sihir yang lain sekaligus melemahkan hati-hati penyihir Firaun untuk jatuh sujud kepada Allah SWT.Subhanallah!!Begitu juga mu'jizat Al-quran yang meluruhkan kekufuran Saidina Umar Al-Khattab R.A tatkala mendengar alunan al-Quran daripada bibir adiknya..
MU'JIZAT AL-QURAN ZAMAN KINI
Hasil kajian ahli Sains mengenai alam ini terbukti benar.Bumi ini terhasil setelah terhasilnya bintang-bintang.Bintang pula hasil daripada sadaim(Kabus/asap).Kabus/asap pula terbentuk daripada Gas-gaz yang bertaburan secara tersusun di angkasa melalui proses pemelwapan. Lantas terbentuklah Bumi.
GAS -proses pemelwapan- KABUS -kabus berhimpun- BINTANG -dipecahkan/dibahagikan- PLANET (TERMASUK BUMI)
Firman Allah SWT:
Setelah kejadian bintang telah berlaku.Ia dipecahkan kepada planet-planet dan bintang.Bukti bumi adalah hasil daripada pecahan tersebut ialah terdapatnya gunung berapi di permukaan bumi dan adanya bahan bakar didalam perut bumi
Merujuk kepada buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin..Ayat ini bermaksud bahawa langit dan bumi suatu masa dahulu adalah suatu yang bersambung,,namun ia dipisahkan dengan dinaikkan langit shingga zohirlah bumi.
Justeru itulah hasil kajian sains yg baru ditemui hari ini membuktikan bahawa tuduhan orang kafir bahawa al-quran itu kalam Muhammad adalah
salah.Ini adalah mu'jizat Al-quran yang mengalahkan kalam manusia.
BAHAYA GEJALA AL-FUTUR
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, February 20, 2009 Labels: BAHAYA GEJALA AL-FUTUR Friday, February 20, 2009(Kupasan daripada buku "Wabak Sepanjang Jalan" karangan Dr Al Syed Muhammad Noh) Pengenalan Sudah menjadi sunnah dalam perjuangan menegakkan agama Allah pastinya dihadangi oleh pelbagai jenis rintangan. Selain daripada tekanan oleh pihak musuh, gerakan Islam juga berhadapan dengan masalah dalaman yang sentiasa mengganggu-gugat perjalanan gerakan Islam itu sendiri. Masalah dalaman ini berpunca daripada sikap para anggotanya yang tidak komited dalam perjuangan di samping gagal mempersiapkan diri mereka sesuai sebagai seorang pendukung Islam. Sikap inilah yang telah menghalang gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan mengikut agenda dan perancangan. Di antara sikap yang merupakan wabak atau penyakit yang menyerang para amilin gerakan Islam ialah penyakital-futur. Definisi Al-Futur Dari segi bahasa : 1. Terputus atau terhenti sesudah berjalan atau diam sesudah bergerak. 2. Malas; menangguh-nangguh; melengah-lengah sesusah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh. Dari segi istilah : Al-futur merupakan penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para petugas gerakan Islam, bahkan ada petugas yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah terhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan. Sebab-sebab Berlakunya Al-Futur 1. Sikap keterlaluan (tasydid) dan berlebih-lebihan dalam agama (sehingga membebankan diri atau mengabaikan sebahagian tuntutan diri yang lain. Contohnya, seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin dan bekerja hanya kerana ingin melakukan ibadat khusus semata-mata). 2. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan (contohnya, makan terlalu banyak). 3. Mufaraqah (meninggalkan) jamaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan. 4. Kurang mengingati mati dan Hari Akhirat. 5. Pengabaian atau cuai dalam melaksanakan ibadat harian. 6. Mengambil makanan yang haram atau syubhah. 7. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu sahaja dari ajaran Islam. 8. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan. 9. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin. 10. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan. 11. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar. 12. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah. 13. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh. Kesan Al-Futur Kesan ke atas amilin : - Kurang perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kesan ke atas gerakan Islam : - Gerakan Islam terpaksa menempuh jalan yang panjang dan sukar, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak kerana Allah hanya memberikan kemenangan kepada mereka yang benar-benar istiqamah dan berjuang bersunguh-sungguh di jalan Allah. Mengubati Al-Futur 1. Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat sama ada yang besar mahu pun yang kecil. 2. Berterusan melakukan ibadat harian. 3. Mengintai (mencari kesempatan) waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat. 4. Membebaskan diri daripada keterlaluan dalam agama. 5. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah. 6. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya. 7. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan. 8. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan. 9. Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad di kalangan hamba-hamba Allah. 10. Memberi hak kepada tubuh badan. 11. Menghiburkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang harus. 12. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku Sirah An-Nabawiyyah, sejarah dan biografi pejuang-pejuang di jalan Allah. 13. Seniasa mengingati mati dan soal kubur. 14. Sentiasa mengingati syurga dan neraka. 15. Sentiasa menghadiri majlis ilmu. 16. Menerima Islam secara keseluruhan. 17. Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa. MOHD IZZU'DDIN BIN ISMAIL Bumi Kenyalang.
KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, February 20, 2009 Labels: Komunikasi yg Berkesan
Jabatan Komunikasi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
e-mail: abmuati@putra.upm.edu.my
Pengenalan
Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah Subhanahu wataala dengan spesifikasi sosial. Ertinya manusia tidak dapat hidup bersendirian, tanpa manusia lain atau masyarakat. Justeru manusia yang hidup dalam masyarakat pula perlu dipimpin atau diketuai oleh manusia lain dalam menjalankan urusan penghidupan hariannya. Allah Subhanahu wataala telah menetapkan missi hidup manusia di tengah-tengah masyarakat itu untuk mengabdikan diri kepadaNya. Pengabdian ini dimanifestasikan dengan suruhan beribadah kepadaNya. Ibadah yang diperintah Allah Subhanahu wataala kepada umat manusia perlu difahami dalam konteks yang luas, mencakupi ibadah yang am dan yang khusus. Maka dalam masyarakat umat manusia itu diperintah pula oleh Allah Subhanahu wataala untuk berdakwah atau menyeru ke jalanNya. Dakwah Islamiah adalah kewajipan yang ditanggung setiap manusia Islam terutamanya yang memegang amanah kepemimpinan. Paksi seruan dakwah ini ialah “amar makruf nahil mungkar”. Inilah sebenarnya komunikasi Islam. Kertas kerja ini memuatkan kupasan ringkas mengenai cara mana kita sebagai umat Islam dapat menggapai kegemilangan melalui komunikasi antara sesama insan.
Konsep komunikasi
Komunikasi secara umumnya merujuk kepada usaha perkongsian maklumat antara satu pihak yang disebut sumber dengan pihak yang lagi satu yang disebut penerima atau sasaran. Maka yang menjadi asas dalam interaksi sesama manusia ini ialah perkongsian makna. Justeru seseorang manusia yang menjadi sumber itu hendaklah berusaha menjadikan mesejnya mudah difahami agar maksud mesej dapat sama-sama ditafsirkan oleh penerima. Sekiranya penerima gagal mentafsir mesej yang diterimanya dari sumber, maka komunikasi tidak berlaku. Malah apa yang berlaku ialah kerosakan berkomunikasi.
Kepemimpinan Insan dalam Islam
Insan sebagai khalifah di atas muka bumi sebenarnya telah dijanjikan akan kegemilangannya. Malah Allah s.w.t. juga telah menjanjikan bahawa insan ini adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikanNya. Walau bagaimanapun, lantaran tergelincir dari landasan iman dan tuntunan agama insan kehilangan kegemilangan. Keciciran insan ini antara lain dapat dilihat dari ketidakupayaan mereka berkomunikasi dengan berkesan sehingga menimbulkan pelabagai macam kerosakan dan masalah dalam menguruskan kehidupan harian terutamanya yang berkaitan kepeimpinan umat. Hakikatnya komunikasi dalam Islam berpaksikan kepada dua iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Kepemimpinan dari kaca mata Barat lebih kepada kebolehan individu pemimpin mempengaruhi pengikut mencapai objektif yang dihasratkannya tetapi dari kaca mata islam kepemimpinan lebih kepada amanah dan tanggungjawab mensejahterakan pengikut (ra’in). Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah cara merealisasikan kesejahteraan umat. Kelalaian dan kegagalan insan menjalankan kedua-dua tuntutan berkomunikasi ini mengakibatkan kualiti kegemilangan insan itu pudar malah ada ketikanya tenggelam langsung. Contoh teladan baginda Rasulullah s.a.w. menyeimbang dan melaksanakan kedua-duanya menyebabkan umat Arab Quraisy pada zaman lampau muncul dari segala kejahilan menjadi insan yang paling gemilang dalam sejarah peradaban umat manusia. Kesinambungan kegemilangan Islam dapat dilihat dalam zaman pemerintahan atau kepemimpinan khalifah-khalifah selepas baginda sehingga Islam memerintah sebahagian besar muka bumi dan membentuk tamadun yang dikagumi di Timur dan Barat. Namun kegemilangan tamadun Islam semakin pudar dan musnah apabila pemimpin-pemimpin empayar Islam semakin renggang dari perintah Allah Subhanahu wataala dan membelakangkan sunah Rasul. Sejarah banyak mencatatkan hakikat ini sebagai pengajaran khususnya apa yang berlaku di Andalusia dan Turki.
Kegemilangan Insan dan Komunikasi
Telah kita maklumi bahawa telah menjadi sunatullah di dalam hidup ini manusia perlu berhubung dengan Tuhan yang menciptakannya, sesama manusia lain di sekelilingnya dan juga dengan alam sekitaran penghidupannya. Sebagai ad-din atau peradaban hidup yang sempurna, Islam tentunya mempunyai garis panduan yang boleh dijadikan landasan dalam berkomunikasi.
Sepertimana yang disebutkan tadi, komunikasi dalam Islam dilaksanakan dengan tujuan untuk menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain komunikasi Islam berpaksikan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan atau kemungkaran (amar ma’ruf nahil mungkar). Justeru dari nas-nas Al-Quran dan Hadits Rasul, garispanduan berikut boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi demi menyerlahkan kegemilangan insan seperti mana yang dijanjikan.
1. Rancang idea sebelum berkomunikasi.
Komunikasi yang berkesan samalah seperti aktiviti lain yang dijalankan oleh manusia. Ia memerlukan perancangan yang rapi. Kaedah komunikasi yang terancang dengan baik dan sistematik melambangkan kebijaksanaan pengucap.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah An‑Nahl (125) bermaksud ..."Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik....."
Hikmah di sini merujuk kepada perancangan yang bijaksana yang memerlukan usaha pemerhatian, pengamatan, penelitian dan perencanaan yang sistematik agar dapat mencerakinkan situasi dan seterusnya membentuk strategi yang tepat.
2. Analisis penerima atau sasaran.
Penerima atau sasaran hendaklah dianalisis agar dapat disesuaikan mesej dengan mereka. Antara perkara‑perkara yang perlu diketahui ialah seperti tahap pengetahuan, tahap pendidikan, sikap, sensitiviti serta mentaliti mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud “berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing”.
3. Isi bicara hendaklah benar.
Kebenaran isi bicara amat mustahak apabila kita berko munikasi, apatah lagi jika berkomunikasi dengan hasrat untuk mengubah golongan sasaran. Keyakinan dan keintiman pendengar terhadap kita akan hancur sekiranya terselit kesangsian tentang kebenaran mesej yang kita bawa.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Ahzab ayat 70 bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “iman seseorang itu tidak lurus kecuali hatinya lurus dan hatinya tidak lurus kecuali lidahnya lurus”.
Kedua-dua dalil ini dengan jelas menyatakan kepada kita bahawa bercakap benar adalah suatu perintah yang utama.
4. Gaya bahasa hendaklah bersesuaian dan baik.
Kata orang bahasa melambangkan bangsa. Sebenarnya Allah menciptakan bahasa dengan penuh keindahan. Hanya manusia yang mencemari keindahan bahasa itu dengan menggunakan perkataan yang kotor lagi keji apabila tidak dapat mengawal lidah dengan fikiran yang waras.
Berkaitan dengan persoalan ini Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:
“dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik……..” (Al-Isra:53)
“…dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Al-Baqarah:83)
“…dan katakanlah kepada mereka perkataan yang baik.” (An-Nisaa:8)
Sabda Rasulullah s.a.w. pula bermaksud “Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaklah beliau mengatakan yang baik atau diam sahaja”.
Islam juga amat menitikberatkan penggunaan perkataan atau bahasa yang baik ketika berkomunikasi, khususnya dalam keluarga. Individu yang datang dari keluarga yang sopan biasanya menggunakan bahasa yang baik, manakala anak‑anak yang dibesarkan dalam masyarakat atau keluarga yang pincang lazimnya gemar menggunakan perkataan keji dan kotor seperti memaki hamun, mengeluarkan kata-kata lucah dan sebagainya.
5. Nada percakapan hendaklah terkawal dan sesuai.
Ini adalah kerana kelembutan bicara dan kelunakan suara amat berkesan dalam usaha‑usaha memujuk untuk mengubah manusia. Suara yang lunak menikam kalbu dan mampu memadam pertentangan.
Firman Allah Taala bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata yang lemah-lembut semoga ia beringat atau takut”. (Ta-Ha:43-44)
“….dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai)”. (Luqman:19)
Kadang-kadang bila kemarahan menguasai pemikiran, orang mencari jalan keluar dengan meninggikan suara. Lazimnya orang yang ditengking akan menengking balas. Ini akan memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang. Akhirnya keharmonian hilang. Tetapi kemarahan yang menyinga mampu dipadam dengan kelembutan suara. Malah orang lebih mudah disedarkan dari kesilapan dengan suara yang lunak.
6. Susunan maklumat perlu jelas dan berstruktur.
Mesej yang tersusun dengan jelas mampu memahamkan pendengar dengan mudah dan tidak mengelirukan.
Firman Allah Taala bermaksud: “Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.” (An-Nur:54)
Dhirran bin Dhamrah Alkinany pernah memberitahu Muawiyah tentang keperibadian Saidina Ali r.a. . Katanya “ Ketahuilah bahawa Ali r.a. itu ialah orang yang berpandangan jauh, orang yang kuat, bila berkata perkataannya jelas (tepat) dan bila menghukum beliau berlaku adil, ………”
Sebaliknya mesej yang tidak tersusun akan menjadikan penerima keliru dan salah faham.
7. Bahasa badan perlu menyokong lisan.
Penghayatan dan semangat perlu dalam masa berkomunikasi bagi melambangkan keseriusan tujuan. Penghayatan ini terpancar melalui bahasa badan yang kerapkali digunakan untuk menguatkan makna lisan.
Muslim dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan: “Apabila Rasulullah s.a.w. berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit, bagai seorang panglima perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya”.
Hadrat Amrah r.a. pernah bertanya kepada A’ishah r.a. “Apakah yang Rasulullah s.a.w. lakukan apabila berada bersendirian bersama isteri-isteri baginda? A’ishah r.a. memberitahu bahawa seperti juga lelaki lain Rasulullah s.a.w. juga lelaki tetapi baginda adalah orang yang sangat pengasih serta bersifat penyayang dan beliau sentiasa mengukirkan senyuman.”
Senyuman adalah bahasa badan yang memanifestasikan kejernihan hati dan jiwa. Kata-kata yang baik tentunya kosong dan tidak bermakna tanpa senyuman dan kejernihan air muka.
8. Berhujah dengan waras.
Ada kalanya sebagai manusia kita tidak boleh lari dari keperluan berhujah. Maka hujah yang paling baik dan berkualiti ialah hujah yang waras atau rasional, bukan yang penuh emosi.
Allah Taala berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud: “…dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik….”
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.” (Riwayat At-Tabrani).
Kita berhujah bukan untuk mencari kemenangan tetapi adalah dengan tujuan untuk menyerlahkan kebenaran. Maka sandarkanlah hujah-hujah kita kepada alasan-alasan dan dalil-dalil yang benar lagi menasabah. Dan bersedialah mengaku kesilapan dengan hati terbuka andai terbukti hujah kita tersilap.
9. Ambilkira pendapat orang lain.
Jika perlu dan bersesuaian, sentiasalah bertanya pendapat orang lain yang mungkin lebih berkepakaran dan berpengalaman dalam sesuatu aspek semasa merancang komunikasi.
Dalam hal ini Allah Taala berfirman bermaksud:
“…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu….” (Ali-Imran:159)
“…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka…” (Shura:36).
Kerapkali keputusan yang dibuat secara kolektif sama ada dalam keluarga atau pun dalam organisasi jauh lebih tepat dan berkat berbanding keputusan yang dibuat sendirian.
10. Perbuat apa yang dicakapkan.
Cara menasihat atau mengajar yang terbaik ialah dengan cara memberikan contoh teladan. Perilaku pembicara sendiri harus melambangkan satu idola yang boleh dijadikan model oleh para pendengarnya.
Firman Allah Taala bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3).
Penerima lazimnya lebih terpengaruh dengan apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Sumber yang berwibawa ialah yang mengatakan sesuatu dengan perbuatan, bukan hanya dengan lisan.
11. Meninggalkan celaan dan mengumpat.
Mengumpat dan mengutuk orang lain akan hanya menjatuh kan kredibiliti sendiri. Komunikasi yang dimuatkan dengan umpat keji tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Dalam konteks ini kita lihat firman Allah Taala bermaksud:
“Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela”. (Al-Humazah:1)
Manakala sabda Rasulullah s.a.w. pula bermaksud:
“Orang Mukmin itu bukanlah jenis orang yang suka mengutuk.” (Riwayat At-Tarmizi).
“Janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam dan janganlah meneliti cela-cela mereka.” (Riwayat Abu Daud).
‘Tidak masuk syurga orang yang suka membawa fitnah.” (Riwayat Al-Bukhari).
Maka rebutlah peluang berkomunikasi itu dengan menitikberatkan keistimewaan dan kekuatan orang lain, bukan mencari dan membesarkan kesalahan, kelemahan dan keaiban mereka.
12. Menjauhi tanggapan buruk terhadap orang lain.
Sikap suka menilai orang dari pandangan pertama yang berbentuk kulitan harus dijauhi oleh semua orang. Sikap buruk begini akan hanya menimbulkan perasaan negatif yang akan membawa kepada prasangka buruk atau prejudis yang tidak akan menguntungkan sesiapa.
Firman Allah Taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12).
Prasangka buruk adalah punca kepada segala gejala yang negatif seperti mengumpat, gossip, mencela, sabotaj dan sebagainya yang meruntuhkan sesama umat. Maka padamkanlah prasangka buruk tatkala ia terdetik di dalam hati dengan istighfar.
13. Mendengar dengan berkesan.
Komunikasi tidak hanya tertumpu kepada mulut yang berbicara tetapi juga kepada sepasang telinga yang sentiasa tersedia untuk mendengar dan memahami dengan rasional.
Firman Allah Taala bermaksud “Sesungguhnya yang memperkenankan (seruan engkau) hanya orang-orang yang sebenarnya mendengar. Tetapi orang yang mati (pelita hatinya) nanti Allah akan membangkitkan mereka kemudian mereka dikembalikan kepadaNya”. (Al-Anaam:36)
“Jangan kamu seperti orang-orang yang berkata: kami telah mendengar, tetapi mereka tiada mendengarkan. Sesungguhnya sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikir apa-apa pun”. (Al-Anfaal: 21-22)
“Apabila dibacakan ayat-ayat kami kepadanya, ia berpaling menyombongkan diri, seolah-olah telinganya pekak, sebab itu berilah dia khabar dengan siksa yang pedih”.(Luqman:7)
Mendengar bukan hanya tindakan pukulan gelombang bunyi ke atas gegendang telinga semata-mata. Ianya adalah proses menterjemahkan tindakan fizikal bunyi tadi kepada pemahaman yang membuahkan respons. Hanya orang yang benar-benar mendengar sahaja boleh memahami. Jika tidak, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tidak membuahkan apa-apa hasil.
Penutup
Demikianlah sedikit kupasan mengenai komunikasi dan perkaitannya dengan amanah kepemimpinan bagi mencapai kegemilangan diri seseorang insan dan masyarakat serta umat Islam sejagat. Semoga kupasan ringkas ini dapat dimanfaatkan. Wallahu a'am bissawab
Risalah Kempen Boikot
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Tuesday, January 27, 2009 Labels: Mengapa perlu Boikot? Tuesday, January 27, 2009KEKEJAMAN DAN KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH REJIM YAHUDI YANG TURUT DISOKONG OLEH KERAJAAN AMERIKA TERHADAP NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LEMAH TELAH BERLARUTAN SEJAK BERPULUHAN TAHUN DAHULU.MEREKA PULA DISOKONG KUAT DENGAN SOKONGAN MORAL DAN KEWANGAN YANG BESAR OLEH BANYAK SYARIKAT-SYARIKAT PENYOKONG DAN BERKEPENTINGAN YAHUDI.
KITA SEBAGAI PEMBELI DAN PENGGUNA,APAKAH KITA MANGSA ATAU PEMANGSA?
MENGAPA KITA HARUS MEMBOIKOT?
DIKISAHKAN DALAM SEJARAH ISLAM,KETIKAMANA PEPERANGAN KHAIBAR BERSAMA RASULULLAH SAW. BAGINDA TELAH MENGARAHKAN PARA SAHABAT UNTUK MEMBAKAR LADANG DAN KEBUN KURMA PIHAK MUSUH.DENGAN INI EKONOMI MUSUH MENJADI LEMAH SEKALIGUS MENGGERUNKAN MEREKA. NATIJAHNYA,KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA ISLAM.
TUJUAN MEMBOIKOT INI ADALAH SEBAGAI SATU USAHA BAGI MELEMAHKAN EKONOMI PIHAK MUSUH DAN MERUNTUHKAN IKATAN KERJASAMA SYARIKAT-SYARIKAT DENGAN ISRAEL.SEKIRANYA HASIL PEMBOIKOTAN KITA INI BERJAYA MENGGERTAK SYARIKAT YANG BERKERJASAMA DENGAN ISRAEL SUDAH PASTI MEREKA AKAN BERFIKIR 2 KALI UNTUK TERUS MENYOKONG REJIM ZIONIS YANG ZALIM INI.
KITA SENDIRI BOLEH MENYEMAK BAGAIMANA HASIL DARIPADA PEMBOIKOTAN UMAT ISLAM TERHADAP BARANGAN DENMARK GARA-GARA KEBIADABAN MEREKA DGN MELAKAR KARIKATUR NABI MUHAMMAD SAW.MEREKA MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR,SEHINGGA TERPAKSA MELANCARKAN PELBAGAI USAHA BAGI MENGHENTIKAN PEMBOIKOTAN UMAT ISLAM TERHADAP BARANGAN MEREKA.
PENYOKONG KEPADA MUSUH KITA ADALAH MUSUH KITA JUA. PERJUANGAN MEMBELA KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN KEMANUSIAAN SEJAGAT ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA DAN IANYA MEMERLUKAN PENGORBANAN.MARI KITA BUKTIKAN BAHAWA KITA BOLEH MELAKUKAN SESUATU DALAM PERJUANGAN MEMBAWA KEAMANAN.
SELAKU MANUSIA,APATAH LAGI YANG BERAGAMA ISLAM,RASANYA TIDAK CUKUP KITA SEKADAR MENGUTUK KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH REJIM YAHUDI-ZIONIS INI.SETIAP DARIPADA KITA YANG SEDAR DAN INGIN MELAKUKAN SESUATU BAGI MENGHENTIKAN KEGANASAN INI DAPATLAH MEMAINKAN PERANAN DENGAN MENYERTAI KEMPEN BOIKOT INI BAGI MENYAMPAIKAN ISYARAT BERNADA AMARAN KEPADA MEREKA YANG BUTA HATI DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN INI.
Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Saturday, January 24, 2009 Labels: Misi Dajjal di Timur Tengah Saturday, January 24, 2009oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
- Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
- Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.
Senjata Kita Melumpuhkan Israel
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Friday, January 23, 2009 Labels: Senjata Melumpuhkan Israel Friday, January 23, 2009
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Mumtazah 91.21%
Tutur Pena Tengku Nurul Sa'adah Pada Thursday, January 22, 2009 Thursday, January 22, 2009Assalamualaikum Wbt,,
Awwalan syukran ana rakamkan buat rakan2 yg masih terus setia dgn bl0g ni.Sekalipun spanjang pilihan raya ana xupdate sikit pun blog ni.Skrg dh ada waktu yg terluang.Gambar2 br spanjang PRK pun ana dh letak.Pakat2 tgk la yepp!
Alhamdulillah,,11hbJanuari2009 br ni.Ana menerima slip result bagi exam final 2008.Memang bersyukur sangat2.Ana ingatkan keputusan ana akan menurun sbb mengalami ketekanan sikit time exam final.Tapi dgn Kudrat dan RahmatNya.Dikurniakan juga ana menjadi seorang mumtazah dgn berperatuskan 91.21%.
JUMLAH SUBJEK:19
JUMLAH MARKAH:1743/1900
PERATUS AWAL:90.68%
PERATUS AKHIR:91.74
PERATUS SEBENAR:91.21%
RINGKASAN PENCAPAIAN:15 A+,3A,1B
aPEpun,ana xlupa yg seme ni hadiah dr Allah..Mungkin hadiah krn menolong JalanNya dan Berkat d0a umi dan abah.Syukran Lillah!!




