Menghormati Majlis Ilmu

Thursday, September 18, 2008

Drpd Abi Waqid Al-laithi R.A:
Ssghnya Rasulullah SAW tikamana duduk di masjid(Nabawi) bersama-sama manusia disekelilingnya, datang 3 lelaki,,2 drpdnya mendatangi Rasulullah SAW(menyertai majlis),dan seorang lagi pergi (meninggalkan majlis tersebut).Berkata(Abi Waqid menyambung):2 laki itu duduk bersama Rasulullah SAW.Diantara 2 laki itu pula telah melihat tempat kosong dalam bulatan majlis tersebut maka dia memenuhinya dan seorang lagi duduk di belakangnya.Adapun laki yg ketiga berlalu meninggalkan majlis tersebut.

Setelah selesai berucap,Rasulullah SAW bersabda :Adakah kamu ingin tahu mengenai 3 laki-laki? Adapun salah seorg drpdnya mendampingi Allah,maka Allah mendampinginya.Adapun yang lain merasa malu maka Allah malu dengannya.Dan yang lain berpaling, maka Allah berpaling drpdnya.
________________________________________________________________

huraian ; Mengisahkan tentang 3 org laki-laki yg berjalan dan melihat majlis ilmu, 2 drpd laki-laki tersebut ingin menyertai majlis tersebut dan yg sorang laki berpaling dr menghadirinya.Pahtu 2 laki-laki tu duduk la dlm majlis.and then tetibe slh sorang laki tu perasan yg ada tempat kosong dlm halaqah majlis dia pun isi lah tmpt kosong.dan yg sorang lagi duduk kt belakang dia,,walaupun dia merasa malu tetapi dia tetap kekal berada dalam majlis tersebut.

After hbs berucap(maybe mengajar kot)Rasulullah SAW bersabda tentang 3 org laki ni.Seperti hadith diatas la.Yang mana laki yang isi tmpt kosong tu (mendampingi Allah dan Allah mendampinginya) dan laki yang duk belakang tu kekal diadalam majlis sekalipun berasa malu (dan yg lain merasa malu maka Allah malu dengannya) dan yg awal2 lg xmau masuk majlis tu dikatakan (dan yang berpaling,maka Allah pun turut berpaling drpnya)

Wallahua'lam.(Kalu ade silap tlg tegur)
_______________________________________________________________

Adapun syahidnya disini:

Sepatutnya kita menuntut ilmu atas dasar iman dan niat yg bersungguh2 utk tuntut ilmu.Jgn lah kite mendatangi majlis2 ilmu dengan membawa prsn geram andaikata dipaksa(especially bdk sekolah)Sekalipun program yg kita wajib menghadirinya,ubah niat dan betulkannya dengan mengatakan "takkira apa juga jenis majlis tu,aku tetap akan pergi dgn hrpn dpt menimba sdkt sbnyk ilmu drpnya"

2 golongan yg menghadiri majlis ilmu :
  1. Ikhlas utk menuntut ilmu
  2. Dipaksa menghadirinya
Beza diantara 2 golongan ini adlah golongan yang pertama mendapat keberkatan drpd Allah SWT dan lebih disayangi dan lebih pahala.Golongan yg kedua kurang berkatnya.

Dan ingatlah bhw majlis ilmu itu dinaungi oleh sayap para malaikat yang sentiasa mendoakan manusia yg berada di dalam majlis tersebut.

Ana pernah dengar org baca,Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada ertinya Matahri terbit pada hari itu sekiranya aku tidak mendapat ilmu(sekalipun sikit)"


-au kama q0l-

0 Komentar: