Ini Peringatan Dari Yang Maha Esa

Saturday, October 31, 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,ruang waktu yang berbaki sebelum aku memulakan langkah menuju HadiQah Ilmu di Rusila..Musim Tengkujuh sudah tiba.Hujan di Ardhullah (Bumi Allah),Apa di sana ada Nikmat RezekiNya..Atau di sana ada Hikmat BalaNya?Yang Pasti,Allah Maha Berkuasa di atas Segala2nya.

Muthakhir ini,terlalu banyak berita2 yang kita dengar.Sekalipun aku sudah skian lama terperap di Hadiqah Ilmu Rusila,namun masih ada juga sedikit sebnyak berita yang aku dengar yang harus diamati.Bala Allah di Amerika,Jepun,Indonesia,serta Malaysia turut terkena biasnya.

Sekalipun semua ini tanda Marah dan Ihzar,tetapi tidak semua insan berfikir tentang Zat-Nya dan Sifat-Nya disebalik kejadian ini.Dan aku masih ingat diantara ayat yang aku hafal..iaitu di dalam surah Ali Imran.

Allah Menyatakan "Dan Allah memberi peringatan kepada mereka terhadap diri-Nya (iaitu Siksa Allah swt),Maka Allah itu sungguh Maha Penyayang terhadap Hamba2nya"
Meskipun kita melihat Allah itu menurunkan bala,tetapi mengapa kita tidak mengambil pengajaran daripadanya untuk diri kita?Diri yang sering melakukan dosa dan maksiat.Yang sering lalai daripada mengingatiNya.Dan diri yang sering sombong daripada RahmatNya.

"Astaghfirullah Al-Azhim...Allazi La Ilaaha Illa Hu.."

HUmm,,dan diri aku pulak..Ape nak jadi ntah!! Exam seminggu lagi,tapi membaca pun kurang. Kitab pun baru 2/3 biji yang sudah ditelaah.Masih berbaki 19 mawad.Aduhai Saada!!!

Dan minggu lepas,terjadi beberapa peristiwa ke atas diri aku.Yang buat aku sedar,yang selama ni terlampau banyak aku membuat dosa dan menganiaya.Dan sejak itu.Aku garapkan satu tekad dan azam dalam diri untuk melakukan perubahan.

Aku tetap Aku! Namun Aku yang dulu telah lama berlalu.Kini aku mahu mulakan hidup baru, bersama cita-cita dan impian sendiri.Aku harus berani dalam menempuhi semua ini.Kerana aku tahu pasti muncul di sana nanti warna Pelangi..Aku dan Semua..

Hidup ni xterlepas daripada masalah sebenarnya.Tapi atas diri sesorang,yang mencipta tempat Mengadu, yang mencetus penyelesaian bagi setiap permasalahan.Marah bukan Berani tetapi Takut untuk menghadapi!
Tapi,Penyelesaian perlukan MASA..Ada pepatah berkata,
"Biarlah waktu yang mengubat hati yang lara,jua jiwa yang berduka"
Dan kawanku,,
Aku tidak menagih simpati dalam menuntut sesuatu,cuma harapanku, persahabatan yang dahulunya kita jalin akan terus kekal,di atas nama ukhuwah kerana Allah. Tidak pernah aku membenci kalian kerana kamu semua bukan lawan,Tetapi Kawan!

"Ma ibghodhokun munzu Ahabbukunna"

0 Komentar: