Sibuk kan ujian Allah Swt

Friday, October 09, 2009

Hemm,,kesibukan tidak pernah jemu menjengah hidup ini,cuma aku yg diletihkan olehnya sehingga kadang2 terputus asa dgn amanah yg dipikul.Namun dengan RahmatNya aku berjaya mengumpul sedikit kekuatan untuk teruskan perjuangan.

InsyaAllah,tahun ini adalah tahun last aku akan memegang jawatan sbg Setiausaha pengawas. masuk tahun 2010,,aku merdeka dr 1 jawatan.Macam2 pengalaman selama 5 tahun lebih aku jadi pengawas ni.Dulu2 selalu kene buli,Sekarang aku adalah insan yg berani.Kisah lama aku sbg seorang penakut,pemberontak telah berakhir.Aku adalah aku,tapi aku skrg lebih baik dari dahulu.Latihan demi latihan saban tahun membina satu personaliti baru untuk aku.Terima kasih untuk kakak2 mantan 2005,2006,2007,2008,2009 yang telah mendidik aku sehingga aku jadi begini.

Namun,seperti yg aku katakan,kesibukan tdk akan pernah jemu menjengah hidup ini.Kini aku terlantik pula memegang jawatan kedua tertinggi dalam organisasi iaitu Timbalan Yang Di Pertua Majlis Syura Robe' Tsanawi 2009/2010.Humm,,takziah buat diri sendiri...............

Dan hari ini,aku semakin kedepan dalam menjalani hidup.Hidup sebagai kakak ni bukan mudah. Apabila berada di atas,pastinya akan mampu menilai apa yang berada di bawah.Sungguhpun keadaan adik2 skrg cukup2 membimbangkan aku.Ada yang kurang ajar,xreti bahase,x jage kebersihan, dan masalah akhlak yg paling kritikal.

Kelmarin dulu,sahabat2 dikalangan tsnwi3 buat satu gerak gempur bilik adik2.Macam2 masalah ada.Dan gerak gempur ini jugak turut membuat sebilangan pelajar bermasalah mengamuk. Ape taknye..Halang aktiviti diorg mlm2.Aku hanya mampu berdoa agar mereka semua ni insaf.

Tapi gerak gempur malam tu,aku tak mampu libatkan diri krn sakit kepala dan loya2.Nak kate Demam xla.tp teruk la jugak hinggakan aku berjaga malam smp pagi.Lepas subuh baru boleh lelapkan mata stelah aku jampi sket air dgn selawat syifa dan alfatihah.Ujian kan?dalam minggu yg same,hampir 4 hari aku xstudy.2 hari sakit,1 hari ade kirje, 1 hari tertidur.

Huhu..cukup takat ni la..Kene siapkan teks syarahan pulak.hari ni ade pertandingan syarahan peringkat Dun..Doakan aku berjaya..

0 Komentar: