Ingin Mencari Nilai Iman?

Friday, September 28, 2007

Cubalah kalian mengambil Pasu kaca yang halus dan yang tercantik di rumah anda.Dan bersihlah kotoran yang ada padanya.Semestinya anda membersihnya dengan berhati-hati. Takut terjatuh atau terguris yang boleh mencacatkan rupa pasu tersebut.Dan saya nasihatkan agar sentiasa membersih pasu tersebut agar tidak meninggalkan kotoran yang tidak mampu untuk dibersihkan lagi.

Tidakkah anda terfikir disebaliknya.Begitulah diibaratkan Iman kita yang terlalu nipis dan amat mudah tercarik oleh sekali petikan dunia yang menggoda naluri kita sebagai manusia. Inilah nilai Iman..Sesuatu harta yang berharga dan kita tidak mahu kehilangannya atau merosakkannya sedikit pon.
Iman yang harus kita bersih dan sucikannya dr hari ke hari agar tidak meninggalkan kotoran yang terlalu sukar untuk dibersihkan {DOSA}.Dan untuk membersihkannya pula bukan satu perkara yang mudah!Harus dibersih dengan berhati-hati dan dengan cara yang betul.Bukan seperti membasuh sudu atau garfu yang bila terjatuh tidak akan patah.
Saudaraku sekalian..
Iman kitalah yang menjadi saksi di hari akhirat kelak.Apakah sentiasa kita menjagainya atau sering membiarkannya.
Dalam Kitab Muzakarah Tauhid Wal Firqh ada menyatakan..
  • "Setiap apa yang berlaku dihadapan kita adalah sebagai petunjuk dari Allah SWT agar kita berfikir dan mensyukurinya diatas hidayahNya buat Para hamba."
  • "Al-quran meninggalkan begitu banyak persoalan adalah untuk menyuruh Akal kita berfikir sebagai tanda hormat kepada akal kita."
  • Firman Allah Ta'ala "Ambillah renungan terhadap segala apa yang ada di langit dan di bumi"

Oleh itu saya menyeru kpd sahabat2 semua..buat lah kesimpulan dan banyaklah berfikir diatas segala sesuatu yang berlaku samada dilihat ,didengar atau kita sendiri melakukannnya.

0 Komentar: