Yang Menjadi Tanda Tanya?

Saturday, December 06, 2008

Darul Quran,,Darul Quran,,,Darul Quran,,
Dimana boleh ku temu jiwa yg cintakan islam?
Dimana boleh ku cari darah yg sanggup mengalir di Jalan Allah?
Katakan siapa yg sakitnya memikirkan Ummah?

Sepatutnya semakin jahil masyarakat harus ada golongan yg berilmu untuk mengalimkan rakyat.Namun golongan yg tidak diharapkan,tidak boleh diharap,dan golongan yg diharap pulak bersesuaian dgn peribahasa "Harapkan pagar,pagar makan padi".

Fenomena 'tidak ikhlas' membanjiri bumi Darul Quran,masing2 tidak sedar keupayaan dan daya mereka utk islam.Belajar dan faqqihnya dalam ilmu hanya utk Islam.DIkatakan 10% shj yg dapat kita temui golongan2 yg berusaha,belajar,dan menuntut kerana Allah SWt..Dimanakah 90% lagi?

"Mereka hanyut dalam berkawan,Mereka lemas utk bebas.Mereka rebah utk bangkit maju mengikut arus kemodenan.Mereka berkejaran untuk Nafsu yg bersifat Dunia semata-mata. MasyaAllah!!Dapatkan kita bayangkan golongan yang diharap ini rosak dan punah?Agama mereka satukan di bibir tetapi disekutukan oleh hati dan perilaku?"


"Wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati-hati ini berkumpul dalam mengasihiMu, dan bertemu dalam mencari RedhaMu,serta bersatu dalam menyeru manusia ke jalanMu, Kekalkanlah kami di JalanMu!Jangan biar kami jatuh cinta pada dunia sekalipun hati kami terliur melihatnya.Jika kami rebah Engkau bangunkan kami dengan nur HidayahMu,, Kasihanilah kami kerana kami ingin syahid di jalanMu,Peliharalah hati-hati kami daripada tidak ikhlas,riya' serta lupakanMu.."
SELAMATKANLAH DARUL QURAN!

0 Komentar: