Kamar Yang Sering Mengintai

Thursday, December 11, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah,,Kali ni dapat jugak ana upgrade sikit entry "Kamarmu Nanti" ini.Baru ni mase posting entry ni,,xder mood nk ulas panjang2.So hari ni ade mood sket rasenye.

Kematian itu pasti,dan hakikat ini semua insan tahu mengenainya dan mengakui bhw akan tiba suatu detik mereka akan pergi meninggalkan dunia yg mereka cintakan dan risaukan ini... Dan disebalik pengakuan mrk,,Mereka ingkar pada Mati.

Bagaimana Keingkaran mrk?
  • Azan mula bergema,mereka masih lagi berlengah dr solat,Boleh jd saat itulah mati menjemput mereka.
  • Mereka berbuat maksiat,dan menyedarinya dan melambatkan taubat mereka,tidak mustahil mati itu mendatangi mrk sblm sempat mrk bertaubat.
  • Mereka melambatkan sesuatu ibadah
  • Serta mempercepatkan amal Kejahatan
  • Mereka tidak bersedia utk menghadapi mati.
Marilah sahabat2ku,kita munasabah diri kita adakah kita tergolong dgn golongan yg ingkar terhadap kematian?Sedarlah bhw umur tidak melewatkn kematian.Kaya tidak menghalang kematian. Sesuatu ajal itu telah ditetapkan oleh Allah SWt,dgn kuasanya lah dilewatkan dan diawalkan ajal seseorng itu.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Sebaik-baik penyedar adalah 'Kematian'.Ingin buat itu dan ini,fikir baik ke buruk!Andai buruk, ingatlah kpd mati.Nescaya sekiranya kamu ingatkn mati dan bertaqwa pdNya,,amalan maksiat itu akan kamu jauhkan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

0 Komentar: