Segalanya MilikNya

Saturday, December 06, 2008

Assalamualaikum Wbt,,
Hari ini mula sayu setelah hmpir 2 hari dah xhujan.tasik mula menjelma di tepi baitku.Dalam hati sepi memikirkan seseorang.Mencuba untuk melupakan kisah silam.
Petang kelmarin,ana dan 2 org kakak pergi tolong seorang makcik (Pn.Nik) membersihkan rumahnya yg ditengelami air akibat banjir teruk yg melanda.Kami tak tahu bagaimana untuk memulakannya,Akhirnya kami sempat membersihkan sebuah bilik sebelum Unit Amal datang dan membersih keseluruhan rumah.Syukur sekali,taman perumahan ana xdilanda banjir.
Berbicara soal hati,baru-baru ni ana baru mufaraqah dengan seorg sahabat ana.setelah lebih 2tahun kami berkawan akhirnya persahabatan kami terpaksa dijarakkan diatas sebab2 yg tertentu.Sedih tu mmg sedih.Dia lah kawan yg paling bnyk menolong,yg paling memahami, yg sabar melayani kerenah ana.Nak buat camane..

"Allah menemukan dan memisahkan.Hakikatnya pertemuan itu manis tetapi perpisahan itu sakit dan menderitakan,, Kita sebagai manusia harus bersyukur bila ada dan menghargainya"

3hbDisember2008,Seorang ayah dan anaknya sepasang kembar meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya.Berita ini menghempapkan sebak ke dalam hati anaknya iaitu rakan ana,Nurul Hikmah Hanafi yang menerima makluman ini tatkala menghadapi peperiksaan akhir tahun.Al-fatihah kita sedeqahkan.
"Allah menghadiahkan sesuatu untuk kita menjaga dan memeliharanya,,Sekiranya kita bersikap cuai terhadap hadiahnya,Dengan kuasaNya lah barang itu dikembalikan.Kerana Segalanya Milik Allah,..Pelajarilah apa itu syukur dan Bersyukurlah,"

0 Komentar: