Strategi Memimpin Keluarga?

Friday, December 19, 2008

Assalamualaikum Wbt,,

Alhamdulillah pagi ni,rase nk mengulas sedutan kisah keluarga sahabat ana mengenai ummi dan abinya memimpin keluarga.Sememangnya tanggungjawab seorg ummi dan abi itu cukup besar dan sukar utk dipikul.Ia harus disusuli dgn strategi yg mantap dan mempunyai ilmu mengenai memimpin keluarga.
Anak-anak ibarat kain putih,Ibu bapa lah yg memcoraknya.Baik buruk anak2 merekalah yg dipertanggungjawabkn.Setengah ibu bapa ada yg terlalu memanjakan anak.dan setengah yg lain ada yg terlalu bertegas dgn anak.Seharusnya kedua2 sikap ini harus diseimbangkan.Dalam manja ada ketegasan.
Kisah ini apabila dicerita oleh sahabat ana,dia menangis teresak2 memikirkn sikap ibu bapanya selama ini.Si ayah hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan mencari nafkah namun tidak mengamalkn aktiviti pentarbiyahan dgn betul terhadap anak2.Dan segala urusan rumah dan pentarbiyahan anak2 diserahkan bulat2 kpd si ibu.

"Tidak pernah gerak pun suruh gi sembahyang,"inilah komentar yg dilontarkn sahabat ana semasa dlm sesi muhasabah.Dan ada yg bertanya apakah abangnya tidak ambil cakna soal solat.
"Bagaimana acuan,begitulah bentuknya.Ayah borek anak rintik".Mahu harapkan abang,mereka semua tidak bertanggungjawab.Bagaimana mrk nk tanam sikap bertanggungjawab spt mengejutkn adik bangun solat sekiranya ayahnya pun tidak pernah berbuat demikian.Fikir2 klu xpernh kejut solat,Pernah x diorang sekeluarga mendirikan solat jemaah?
Tugas tarbiyah anak2 tidak seharusnya diserahkn kpd si ibu 99%.Mmg xkan dpt bentuk anak tu.Ibu dilihat lemah dan sewenangnya shj boleh ditindas krn kelembutan mrk.Ajar mengaji Al-Quran boleh laa,tp nk bentuk anak menjadi seorg yg baik.20% shj boleh dilakukan sekiranya tarbiyah itu diserahkan bulat2 kpd si ibu.

Bagaimana nk bentuk keluarga hasanah,ayah berkerja dan bila balik care hal sendiri.Mase mane dia tarbiyah anak2?Bila anak ada mslh besar spt kes di sekolah barulah ayah ambik tahu.Dan kerjanya hanya marah dan menengking.Tp akarnya semua itu adlh berpunca krn si ayah yg selama ini tidak mentarbiyah dan tidak cakna terhadap anak.

Persoalannya pembentukan keluarga dan anak2 haruslh berpandukan agama.Ibu bapa pun harus ikut agama,ikut bagaimana cara Rasulullah SAW didik anak.Sebab apa kita nk anak kita jd elok?Sebab esok2 dialah yg akan pelihara kita samaada sms tua mahupun di alam kubur.

Tiga yg dibawa ke alam kubur.
  • Sedeqah jariah
  • Ilmu yg diajar
  • Doa anak yg soleh

Terdapat juga kisah seorang akhawat ana,Keluarganya memang berpegang pada Islam.Tapi yang salahnya personaliti si abi dan si umi.Sayugianya seorang abi harus berpersonaliti tegas dan ini wajib.Akan tetapi dalam permasalahan ini,si abi memegang watak lembut manakala uminya tegas dan kuat menengking.(Tau-tau aje la kalau yang mengamuk itu namanya wanita).

Dan akhawat ana ni,menjadi seorang yang bermasalah di sekolah.Gemar melawan akhawat senior.Asatizah pun dilawannya.Percakapannya mengarut dan kurang ajar.Namun ana mengambil inisiatif utk selidik dulu puncanya budak ni jadi begini.

Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang pada agama.Itu sudah okay.Tambahan lagi dia adalah kakak sulong dan mempunyai seorang abang yang turut bermasalah di pondok. Punyai adik namun sering bertengkar.Setelah diteliti,punca yang dapat ana simpulkan adalah silapnya ayah kerana berlembut dgn anak dan hanya menegur dgn cara lembut.Salahnya ibu kerana begitu bengis dgn si anak.

Lihat pada keluarga kita sendiri la.Andaikata umi-umi antum yang bengis serta selalu marah-marah.Antum jugak jadi bengang akhirnya bila sampai tahap menyampah kerana kebiasaan si umi, antum jugak akan mula melawan.Kalau ddari kecik kene marah,dah besar pun kene marah.Anak tu makin keras.

Keadaan akan berlainan kiranya si abi yang berperilaku sedemikian.Kita memandang orang lelaki itu memang tegasnya disitu...........

(Huhu..masa mencemburui.nak pergi sekolah pulak.So pasal artikel ni entum fikirlaa sendiri.)

0 Komentar: