Adab-adab Puasa dan Sunnah-sunahnya

Saturday, September 05, 2009

Digesa terhadap orang yang berpuasa supaya menjaga di dalam puasanya adab-adab yang berikut.

1 – Bersahur:Daripada Anas, bahawa Rasulullah telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
[maksudnya]: (Bersahurlah, kerana di dalam bersahur terdapat keberkatan)

Dan Sahur: adalah makan di akhir malam, dan Sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar, kerana ia telah dilakukan oleh Nabi.

Daripada Anas bin Malik, daripada Zaid bin Thabit, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَام
إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
[maksudnya]: (Kami telah bersahur dengan Nabi, kemudian Baginda bangun kepada Solah. Aku katakan: Berapakah di antara azan dan sahur tersebut? Beliau berkata: Kadar lima puluh ayat)

2 – Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari:Daripada Sahl bin Saad, bahawa Nabi telah bersabda:

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
[maksudnya]: (Sentiasalah orang ramai di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka)

Dan Sunnah hendaklah dia berbuka dengan rutob, sekiranya dia tidak dapati maka dengan tamar, sekiranya dia tidak dapat maka dengan air,

kerana kata-kata Anas:

"Dahulunya Nabi berbuka sebelum solat dengan beberapa biji rutob. Sekiranya tidak ada rutob maka dengan beberapa biji tamar. Sekiranya tiada tamar maka Baginda akan meneguk beberapa teguk air."

3 – Doa Yang Ma’thur.Telah sabit bahawa Nabi dahulunya apabila Baginda berbuka, Baginda berkata:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
[maksudnya]: (Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah tetap pahala إن شاء الله-

4– Hendaklah dia mengatakan kepada sesiapa yang mencelanya; 'aku berpuasa':Kerana hadith Abi Hurairah, bahawa Nabi bersabda:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
[maksudnya]: (dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata "aku adalah seorang yang berpuasa".)

5 – Menahan daripada apa yang bertentangan dengan Puasa:Sesungguhnya telah bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
[maksudnya]: (Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata bohong dan perbuatan dengannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya)

6 – Bermurah hati dan mengulang Al-Quran:Kerana telah sabit daripada Ibnu Abbas -رضي الله عنهما-, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
[maksudnya]: (Rasulullah adalah orang yang paling murah hati dengan kebaikan. Dan paling murah hari keadaan Baginda adalah di dalam Ramadhan, ketika menemuinya Jibrail, dan dia menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan lalu dia mengulang ajar Baginda Al-Quran. Benar-benar Rasulullah lebih murah hati dengan kebaikan daripada angin yang bertiup)

7 – Bersungguh-sungguh di dalam Ibadat:Apatah lagi di sepuluh akhir Ramadhan;Daripada Aisyah -رضي الله عنها-

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
[maksudnya]: Bahawa Nabi dahulunya, apabila masuk sepuluh akhir, Baginda akan menghidupkan malam, mengejutkan keluarga Baginda.
copy by : friendster kawan

0 Komentar: