Ziarah Golongan Miskin Dun Tepoh

Tuesday, September 08, 2009

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi ,andai bukan kerana RahmanNya tidaklah hari ini menjadi hari yang baik buat kita.Tidaklah bersama2 kita hari ini iaitu nikmat keluarga,harta,kasih sayang, dan sbgnya sekiranya bukan kerana Kasih serta Cinta Allah SWT buat hambaNya.

Kira2 jam 11 lebih pagi tadi,aku menerima sms daripada ketua nisa' cwngan,mengajak aku agar bersama-sama lujnah kebajikan muslimat dalam aktiviti ziarah golongan2 miskin dun Tepuh. Tanpa berfikir panjang,aku terus membalas sms tersebut bg menyatakan aku bersedia untuk menyertai aktiviti tersebut..

kira-kira 6 buah rumah telah diziarahi oleh kami,masing-masing dikalangan insan yang dhoif dan golongan tua.Turut menyertai rombongan kami ini,Yb Hj.Abu Bakar Abdullah selaku calon wakil rakyat PAS disana.Sebelum ini sudah beberapa puluh buah rumah telah diziarahi,namun aku tidak berkesempatan untuk menyertainya.Dan kali ini,kami ke Kampung Tok Ba dan Kg Pagar Ubi.

Pelbagai jenis keluarga yang kami ziarahi,ada yang sakit tidak mampu berjalan,ada yang sakit tua,dan juga golongan miskin yang harus dibantu.Sekalipun rombongan kami cuma menghadiahkan sebuah hamper yang berisi barang keperluan dan sekampit beras,namun ianya sudah terasa cukup bagi mereka setelah kelihatan di wajah mereka sedikit kegembiraan dan kesyukuran.

TAK DAPAT WANG EHSAN

Ada sepasang suami isteri yang sudah tua yang sempat kami ziarahi,maklumla kalau dah tua pasti dikaitkan dgn pelbagai penyakit...Setiba kami disana,kami disambut dgn wajah gembira mereka.Garis-garis serta kedutan tua mereka sudah cukup bagi menyatakan betapa susahnya kehidupan mereka..Oleh itu,kami bertanya kpd mereka,apakah mereka tidak diberi 'Wang Ehsan' oleh pihak kerajaan...

Dengan sayu mereka menjawab "manalah nak dapat,tak dapat pun.kalau kampung sana (org PAS) dapat,kat sini diorang tak bagi"

KELUARGA SAHABATKU

Tanpa kusangka,antara rumah yang bakal ku kunjungi ialah budak sebilik dgn aku mase kat Darul Quran.Tapi oleh kerana mslh wang yg agak kritikal,adik fah (adik laa) terpaksa bertukar ke sekolah kerajaan.Sungguhpun mase di DQ,mmg aku cukup mengenali dia serta perwatakannya.Wajah Adik fah penuh dgn coretan duka yang aku sendiri rasanya tidak mampu untuk menghadapinya.Sehingga kadang2 adik fah terpaksa meminjam duitku untuk pembelanjaan hariannya..

Ketika aku sampai di hadapan rumahnya, aku sendiri melihat betapa dhoifnya keluarga adik fah setelah selama ini hanya mendengar cerita mengenai kedhoifannya dari kawan2 yang rapat dgn keluarganya..Adik-beradiknya terlalu ramai.yg majoritinya masih kecil-kecil Ayahnya pula bekerja dgn mendapatkan pendapatan yang sederhana.

Setelah lama tidak bersua dgn adik fah,teringin sekali aku bertemu dgnnya namun takda jodoh la katakan.Ibunya memberitahuku bahawa Adik fah sedang berniaga di bazar ramadhan..Akhirnya,sebelum aku meninggalkan lokasi ziarah yang terakhir tu aku sempat meninjau dr jauh ke sudut dalam rumahnya,cukup membuatku terharu.

Kita yang hidup sekarang,samaada dari kalangan sederhana,berada atau teragak kaya, hisablah diri,muhasabahlah hati...riaknya kita dgn harta kerana melupakan mereka... golongan yang diuji oleh Allah SWT dgn miskinnya harta supaya mereka kaya dgn akal budi. Mereka ini golongan yg sering dipandang hina disisi manusia sombong tetapi merekalah yang dimuliakan Allah serta sekalian penduduk langit.

0 Komentar: