Cita-citaku kerana Islam

Friday, September 04, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,tatkala ini kedinginan senja yang dihujani air mata langit masih terasa sekalipun hujan tidak turun lagi...Hujan yang turun sebentar tadi menghapus sebentar masalah-masalah yang harus difikirkan dari benak fikiran.Airmata langit itu membawa hati ini terasa jauh lebih tenang. Alhamdulillahi robbi al-alamiin...

Aku teringat suatu kisah dahulu,ketika bertaaruf dengan sebilangan adik-adik DQ.Ku ajukan satu persoalan kepada mereka yang mana kurasakan soalan inilah yang terlebih penting bagiku mengenal diri adik2ku ini...

Persoalan yang kuajukan kpd mereka ialah 'Apakah cita-cita kalian apabila besar nanti?'

Pelbagai jawapan yang ku terima, ada yang ingin menjadi usahawan , pensyarah. dan sebagainya. Oleh kerana kami semua menuntut di sebuah sekolah agama adalah majoriti yang menyatakan impian mereka untuk menjadi seorang ustazah.

"Cita-cita saya , saya amat menginginkan mati syahid di jalan Allah SWT" ini adalah jawapan salah seorang di antara mereka.Cukup mengharukan apabila mendengar kalimah menginginkan syahid.Alhamdulillah, adik ini memahami islam serta perjuangannya.

Tatkala sibuk mengenali profile adik-adik, cita-citaku pula yang dipersoalkan..

Iyaa..sungguhpun cita-cita yang ku impikan itu banyak.Aku ingin menjadi seorang pereka filem kartun (mcm upn ipin tu) .. kerana aku merasakan ia adalah jalan dakwah masa kini.yang mampu diterima pakai oleh masyarakat amnya.tanpa terikat dengan fahaman politik,bangsa dan perkauman..

Dakwah melalui media menghasilkan impak yang begitu besar.Penonton kartun ni, dari yang kecik-kecik iaitu kanak-kanak sampailah golongan orang tua,,,tanpa mengira umur,mereka gemarkan filem kartun 3D apatah lagi berbahasa melayu dan berunsurkan islami.kalau filem biasa tu,ada yg tertumpu pada kisah cinta,kekeluargaan,dendam,persahabatan..

dari kacamataku sebagai insan yang sering menatap screen televisyen,tidak banyak industri filem negara yang menghasilkan cerita-cerita islami yang mampu mendukung mesej dakwah.Tidak banyak...malahan terlalu sedikit mahu dibandingkan dengan filem2 khayal dan mengarut lagi menyia-nyiakan waktu bagi si penatapnya.

Oleh itu cita-cita ini,kurasakan yang terbaik.Namun untuk mencapainya cukup payah.Aku budak aliran agame yang xbelajar tentang mltimedia dan teknnologi canggih skrg.Tapi oleh kerana cita-citaku kerana Islam dan perjuangan ini,akan kuusahakan semua ni..InsyaAllah..

0 Komentar: