Kekalkah Kejayaan itu?

Saturday, September 05, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah,,tidak terhingga syukur yang ingin ku panjatkan kepada Rabbul Jalil yang telah mengurniakan aku kehidupan hasanah,keluarga toyyibah,sifat2 mahmudah dan mudah2han dijauhi diri dari angkara mazmumah.

Exam akhir tahun hanya tinggal 2 bulan lagi,,sepatutnya cuti istimewa ramadhan ini, kugunakan untuk study mawaid yang telah dijadualkan oleh Lujnah akademik..tapi alangkah malangnya..aku xmampu nak mendisiplinkan diri betul-betul untuk konsentrate pada buku.

Tahun depan aku bakal menjejakkan langkah baru di saf Robe' tsanawi,iaitu pelajar tahun akhir di Darul Quran..Macamana la agaknya nasibku tahun depan.Bergelumang dengan buku2 dan kitab2 tebal..Apatah lagi disaingkan pula dgn saingan yang tidak kurang hebatnya..

Untuk exam akhir tahun ni,aku akan buat yang terbaik untuk menguji setakat mana keupayaanku dalam penghafalan dan kefahaman agar ianya mampu memberi aku lebih kekuatan untuk menghadapi syahadah Tsanawiah tahun hadapan..

Antara langkah2ku...

  1. Akan menghafal semua yang dipelajari tanpa menggunakan kholasah yang diberi ustaz.. sebab senior2 dah pesan,kadang ustaz saje bagi kholasoh sbb nak uji.Dan untuk syahadah nanti,dengar2 la,soalan exam akan dipantau oleh ustaz harun taib dan mungkin akan berlaku sedikit perubahan tanpa diketahui ustaz yang telah membuat soalan...
  2. Aku akan guna waktu dengan sebaiknya,xnak dah membazir mase dengan lepak sokmo nge kawan2.Dan aku nak kurangkan tidur...yang ni la paling payah..hahhaha
  3. Aku kene ngaji Al-Quran sokmo same nge ma'thurat,at least skali sehari.Sebab ni akan buat kita xlupa pergantungan dan pengharapan hanya kpd Allah SWT..Ni petua2 pelajor cemerlang ea.So same2 kita amalkan.
  4. Aku nak cuba amalkan ihyaullail yang mana ni amalan Rasulullah SAW.Supaya aku jadi Abdan Syakuura...Hamba yang bersyukur diatas segala kejayaan yang telah Dia berikan kepada aku..
  5. Aku xnak berjaye sorang2......Aku nak seme kawan2 aku di saf sanawi 3 berjaye lakke.So aku akan ajak diorang untuk menghafal same2..Aku pikir la..xnikmat la kalau diri sendiri berjaye yang lain ada yang tersungkur dalam sangkar Dhoif..

Akhir kalam,,Doakan Aku dan kawan2 aku yang lain yup..

0 Komentar: