Lemahnya Sebuah Bait Muslim

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah,,syukur kupanjatkan ke hadrat rabbul jalil diatas segala nikmat dan hikmahNya.Pagi ini aku ada terbaca sebuah artikel mengenai Upaya serta Langkah2 musuh Islam dalam Menjatuhkan Islam.Sungguh,,strategi yang mereka jalankan kini semakin giat dilaksanakan. Ramai yang menyedarinya tetapi Dunia menutup mata mereka untuk menghalangnya.Hanya yang kuat sahaja mampu menghindarkan keluarga mereka dari Serangan Pemikiran yg dilancarkan ini.

Antara Langkah mereka ialah MERUNTUHKAN NILAI-NILAI KELUARGA MUSLIM (BAIT MUSLIM) ..

Islam sendiri telah meletakkan cara-cara mengenai Pembinaan Keluarga Muslim.Bagaimana mahu mengekalkannya dan ke manakah matlamatnya...
Diantara Sabda Rasulullah SAW , Baginda menyuruh agar ibubapa mengajar anak-anak solat ketika berumor 7 tahun dan pukullah dengan pukulan yang sekadar memberi peringatan bukan atas dasar marah atau ingin menyakiti ketika mana anak itu sudah berumor 10 tahun apabila si anak masih degil mengerjakan solat.
Anak-anak juga mestilah diajar ilmu-ilmu asas agama terutamanya ilmu mengenai Kitabullah yang menjadi teras kekuatan mental seorang budak..Aktiviti mengajar ilmu-ilmu agama inilah yang akan membina connection yang kukuh diantara ayah - anak dan ibu -anak..Sekaligus proses pertama dalam membina bait muslim sudah completed iaitu anak terdidik dgn asas agama dan terpupuknya ukhuwah diantara Ayah ibu dan anak.

Fenomena sekarang,mengapa saya katakan bahawa Dunia menutup mata para ibu bapa dari menghindari keluarga mereka menjadi mangsa serangan pemikiran yg dilancarkan oleh puak2 yahudi dan nasrani.

  • Dunia lah yang menggelapkan para ibubapa dari memandang tanggungjawab mereka dalam pendidikan anak-anak di rumah selain menempatkan mereka di sekolah.. Mereka bekerja siang dan malam demi mendapatkan wang.Dikalangan golongan ini lah ramai yang tidak sedar bahawa pembelajaran anak-anak di sekolah tidak cukup sekiranya tidak ada tarbiyyah secara usrah (kekeluargaan) dilaksanakan.
  • Dunia lah yang melarikan ibu dari bapa,dan melarikan bapa dari ibu.Diantara mereka sendiri tidak mampu mencipta satu persefahaman dan keserasian..Lelaki yang dikatakan sebagai ketua tidak mampu membimbing seorang isteri..Kelemahan yang ada pada Ketua keluarga lah yang menjadi penyebab utama keruntuhan sebuah keluarga..Dan Kelemahan ini berpunca dari "Kurangnya kefahaman mengenai agama dalam diri"
  • Dunia lah yang menutup para ibu bapa untuk melihat Akhirat dan jalannya..Dek kerana asyik mengutip segala harta benda dunia , menjadikan manusia merasakan semakin tidak cukup dengan segala keperluan yang telah diberikan oleh Allah SWT.Kemahuan demi kemahuan semakin melambak difikiran.Natijahnya akan melipat gandakan usaha dalam pencarian Wang..Mungkin dalam solat pun terfikirkan masa depan dunia serta terus nmenerus membayangkan satu perkataan iaitu" Wang".Ini yang mengerjakan solat,, Ramai lagi yang terus melupakan ibadah kepada RabbNya hanya semata-mata tamak mencari harta dunia.Yang akhirnya dilambai harta tatkala tuannya ditenggelamkan ke dalam liang lahad.
Tidakkah kita mengkaji sedikit pun mengapa terjadinya keruntuhan akhlak para remaja sekarang?

Mereka dihantarkan ke sekolah oleh ibu bapa...
Mereka dihantar ke kelas-kelas tuisyen oleh ibu bapa...
Mereka dicukupkan dengan segala keperluan pakaian ,makanan dan sebagainya...
Mengapa masih terjadi masalah keruntuhan akhlak sedemikan rupa?

MasyaAllah..Kalian Tepuk Dada Tanya Iman...

Pernahkah kalian mengajak keluarga untuk solat berjemaah?
Pernahkan kalian mengajak keluarga menghadiri kuliah-kuliah agama?
Pernahkan kalian hidupkan kelas al-quran di dalam rumah? Yang mana ayah dan ibunya guru manakala anaknya murid..
Penatkah usaha mendidik bagi melahirkan seorang anak yang soleh berbanding penatnya menanggung persoalan-persoalan oleh malaikat.

Ingatlah 3 perkara yang dibenarkan masuk ke dalam tabung amal kita setelah mati kelak..
  1. Sedeqah jariah
  2. Ilmu yang diajarkan
  3. Doa seorang anak yang Soleh

0 Komentar: