Aku Mahu Ke Sana!

Wednesday, December 23, 2009

6 Tahun akan berlalu seketika nanti.Menjelang 2010,aku akan berada di saff Robe' Tsanawi di Darul Quran, tempat aku diasuh dan dididik dengan pengajian agama.Dari yang tumpul,aku diasah menjadi tajam.Dari yang lemah aku diuji dengan pelbagai ujian sehingga aku mendapat kekuatan.Alhamdulillah,aku bersyukur dengan semua tu.

Awal kedudukanku di darul Quran,aku hanya murid biasa.Bukan seorang pelajar yang begitu pintar.Suka bermain dan cepat memberontak.Pasti ada sahaja yang tidak kena dengan aku.Tapi semua tu berlalu hari demi hari.Aku mula ditarbiyah dengan ditaklifkan berpesatuan.Gemar pada mulanya,tetapi kerana masalah yang begitu banyak (almaklum,budak2 lagi masa tu,xpandai nk selesai mslh sendiri) aku lupa siapa aku.Seorang pengawas yang lebih teruk dr pelajar?

Alhamdulillah,itu tidak lama.Benar kata orang,"Yang Guru Itu Adalah Ujian" ujian yang banyak melahirkan kekuatan dan kekebalan.Sampai saat ini,tatkala ujian menimpa,aku tidak menggelabah seperti dulu.Kerana aku tahu,aku hanya sedang diperhatikan bagaimana caraku menghadapi serta menyelesaikannya.

Bukan itu yang aku mahu ceritakan sebenarnya dlm posting kali ni.huhu,,sedih rasanye hati ni bila dengar kesukaran bagi pelajar ajanib ke Syria.Sebelum ni memang masalah tu dah berlaku.Tetapi baru-baru ini Ada ura-ura kerajaan syria nak beri iqomah buat pelajar ajanib.Dan sekarang,,Masalah yang sama berlaku semula.

Semenjak aku diberi harapan untuk menyambung pelajaran ke Syria ,semangatku untuk belajar begitu berkobar-kobar.Sehingga aku menampal di meja studyku "SYRIA OGOS 2010" ... dan aku telah menarget yg terbaik untuk exam Syahadah Tsanawiah.Aku telah merancang beberapa kelas bahsa arab sbg persediaan ke sana..Aku tahu semua usaha ni tidak sia-sia..Dan Berita tentang masalah ke Syria ni bukan hanya berita sedih buat aku,malah ianya membuat jiwa aku lebih bersemangat untuk ke sana..

Ya Allah,,

0 Komentar: